Thursday, November 07, 2013

Insaf lihat gambar anak-anak yang ambil SPM

Keterangan Gambar:

Gambar 1-Muhd Faiz Hasiri yang patah tangan kanan menjawab soalan dalam bentuk rakaman dibantu guru Pengawas Peperiksaaan Sharifah Baity Syed Bustomai untuk mencatatkan jawapannya ketika menduduki peperiksaan SPM di sebuah bilik khas di Sekolah Menengah Kebangsaan jitra.

Gambar 2-Pelajar Calon berkeperluan Khas,Siti Suhaila Mohd sabri menggunakan CCTV ketika mengambil SPM di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan),Setapak.

Gambar 3 - Nurul Nadia Najwa Othman, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan,Padang Besar, menjawab kertas soalan SPM menggunakan kaki berikutan dilahirkan tanpa kedua-dua tangannya.

Walaupun demikian keadaan mereka semangat mengambil peperiksaan tidak luntur dari jiwa mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain.Yang sihat tubuh badan dan cukup sifat fizikalnya belum tentu lagi bersemangat sebegini.Mungkin hanya segelintir sahaja.

Pesanan: Sentiasa insaf melihat gambar yang menginsafkan..

10 comments:

  1. Teringat zaman saya ambik SPM..
    Rilex je..study pun malas..
    Klau dpt putar blk waktu..rasa nk ambk SPM lg skli jep..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan cikgu rin..nak putar balik masa kalau boleh kan...

      Delete
  2. insaf kejap. Wp tidak sempurna seperti kita, tapi kegigihan tu membuatkan saya kagum dgn mereka.

    ReplyDelete
  3. Kekurangan bukan bererti mengalah....mereka telah buktikannya.
    Semoga mereka berjaya!

    ReplyDelete
  4. rasa nak menangis.. ketabahan mereka buat akak malu sendiri... kita baru diberikan sedikit ujian dah gelabah.. membayangkan juga emak2 mereka yang tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentu mak ayah mereka sangat tabah menghadapi ujian sebegini-mendapat anak seprti mereka.

      Delete
  5. sedih tengok..tp semngat yg kuat tu bleh dicontohi...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...