Dulu-dulu saya adik saya berbuai guna kain pelikat ayah.Tapi tak pernah lagi dengar zaman tu baby lemas tidur dalam buai.Sekarang ni kain buaian seperti kain net,ada udara keluar masuk dan tak bahayakan baby.Tapi ada juga yang mengatakan baby yang tidur buai ni tak elok,sebab buaian itu akan menggegarkan otak baby.Itu kalau di ayun buai laju-laju,mana tak bergegar otak baby.Saya sarankan diletakkan tilam kecil di bawah buaian untuk keselamatan.
Tidur buaian ni pun banyak pendapat saya dengar.Kalau kita nak kemana-mana kena bawa buaian ke hulu-hilir.Mesti ada lebih dari satu buaian di rumah,satu nak letak rumah pengasuh.satu nak letak dalam bonet kereta.Susah juga ye.Mujur kesemua anak-anak saya boleh kedua-duanya sekali,jika tidur buai pun tak pe tidur atas tilam pun okey.
Takut jatuh buai pun salah satu aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian.Ada sesetengah budak pandai turun sendiri dari buaian.Itu yang ditakutkan.Ada juga buaiannya jika tak stabil,bila baby banyak bergerak,menyebabkan buaian tak stabil dan baby pun jatuh.Kalau baby ringan lagi mudah jatuh.
Kalau tidur di atas tilam pun baby nak menelangkup juga.Bahaya tak?Bahaya juga kalau dia masih tak pandai menggerakkan badannya sendiri.Jadi lebih baik elakkan.Tapi bagi saya jika dia tidur meniarap,pastikan mukanya mengereng ke kiri atau kanan.Jangan dibiarkan telangkup ke bawah.Ada juga mengatakan jika baby asyik tidur menelentang je,akan menyebabkan tulang belakang meleper,sekaligus menyebabkan perkembangan otaknya terjejas.
Tapi ada juga mengatakan tidur meniarap/telungkup ni elok untuk baby yang kembung perut.Lepas sapu minyak ke perut,boleh meniarapkan baby.Baby akan mudah muntah.
Kalau yang saya tahu baby yang berumur 2 tahun kebawah,bantal tidak diperlukan.Banyak kali dah misi klinik bagitau perkara ni.Tapi kita dah beli tilam mesti ada bantal sekali dan mesti gunakan sekali.
Tak kisahlah,tidur buai ke tidur atas tilam ke,yang penting keselamatan anak di perhatikan.Pilihan di tangan anda.
Pesanan:Anak saya yang 2 tahun tu,kalau saja-saja diletakkan dalam buai jadi macam 'blur' je...he he he
Dpt bayangkan muka blur die dlm buai tu..hik3..
ReplyDeleteanak sy semua dia rasa..masa kecik2 pakai buai, pastu besr sikit, dlm sebulan tdo meniarap, skg xpakai bantal..
betul tu, kita mmg perlu hati2 apa2 pilihan pun. :)
dah lama tak nik buai last pun umur bulan2 tu yang blur ..he he he
Deleteyelah pilihan masing2...
anak saya kat rumah pengasuh je berbuai..tapi bahayalah baby tidur meniarap..takut lemas je..kalau nmpk cepat2 la betoikan kedudukan dia..
ReplyDeletetu lah saya pun nampak je telangkup kepala dia,terus betulkan kedudukan kepala dia..
Deletebetul aidil sekrang dah pandai terjun buaian...bahaya la...tapi dia kalau nk tido memang cari buaian...
ReplyDeletebiasa budak ni dia hulur kaki dulu...tu yang bahaya tu...
Deletebiasanya adik2 dni, parents dni ajar tdo atas buai eehe
ReplyDeleteoh takpe kalau tido buai pun asal tak terjatuh atau terhantuk kat dinding waktu membuai tu....anak dni nanti camne yek..
Deletesenang kat tilam...
ReplyDeleteduk dalam buai nanti nak enjut saja, berhenti sure jaga......
betul tu,anak saya jaga...buai dia lelap mata,ingat dah tido..berhenti dia pun menangis...kena lah enjut buat sampai dia betul2 tidur..
DeleteHai..anak saya 3 org tak pernah tidur buai. Sebab kat rumah ni pernah ader kes buai jatuh. Dkg ni kalau dorg tgok bb flm buai masing2 datang dorg punya pelik tu.
ReplyDeleteoh tak pakai buai dah ye..
Deleteanak saya dua2 tak mau tido buai..rugi je beli masa anak sulung dulu..
ReplyDeletela ye ke...tak pe lah boleh bagi sepupu ke atau anak buah yang lain guna..
DeleteBetul tu kan kak, yang penting keselamatan haruslah diutamakan :)
ReplyDeletemasa baby ni lah macam2 boleh jadi kalau tak berhati-hati kan...
Deleteank sy dulu pun tak pakai buai.
ReplyDeletesy malas nak bg sbb susah kalau nak berjalan-jln.
salam kenal dr sy mamyharrazblog :)
ye lah..nak kena bawa ke hulu hilir..
Deletesalam kenal juga ye mamyharraz
Saya nanti bercadang tanak ajar anak tidur buai. Takut nanti payah nak bawak berjalan. Tapi tak tau le. Takde anak lg bleh la plan macam2 ye dok? Heheh.
ReplyDeletelebih mudah nak anta pengasuh rasanya...mudah tidur sendiri atas tilam..
Deleteanak sy dlu punye la nangis2.lepas letak dlm buai terus diam.mak sy ckp ada org bgtau nak bg buai ke?mmg abg ipar ada ckp nal bg.bila xdpt mmg dia nangis la.so mak ckp jgn ckp2 pon.xtau la betul ke x.
ReplyDeletenasib baik sampai 8 bln je dia nal berbuai.
ada juga anak begitu...bila masuk buai senyaplah...tu lah terpulang pada mak ayah sendiri nak buat pilihan untuk keselesaan anaknya..
Deletemasuk blog akak nak cari perlu ke buaian ni.. ingat nak ajr anak tidur tilam je, nanti tak susah , xpayah berangkut nak kemana mana.
ReplyDeletetapi MIL macam nak je suh kita buaikan anak. kang kalau argue susah pulak.
ni la jadinya bila MIL & menantu mengandung sama tahun, beza 5 bulan je.haha.
bila tengok dia jaga adik ipar bongsu tu,tidur berbuai..bila enjut buaian lena ja..bila berenti enjut terjaga.macam sama je -____-
ikut pengalaman saya,susah juga ajar anak berbuai,bila nak berjalan mana-mana,takde buai dia tidur tak lena...tapi terpulanglah...
Delete