Thursday, March 17, 2011
Nak beli keropok lekor ambil nombor dulu....
Sekarang zaman makin canggih.Jangan kita sangka hanya menunggu giliran untuk urusan terutama di bank-bank,klinik-klinik atau di jabatan kerajaan lain sahaja menggunakan nombor giliran.
Baru-baru ni,saya ke Terengganu untuk menghadiri satu majlis perkahwinan adik Cikgu Niena.Di kesempatan itu saya mesti membeli keropok lekor sebagai buah tangan untuk membawanya pulang.Rakan saya Suhaila yang sudah lama menetap di sana membawa kami ke Seberang Takir,Terengganu untuk menikmati keropok lekor yang sedap.
Sesampai sahaja di sana kami terus ke kedai tersebut dan yang uniknya kami perlu mengambil nombor giliran untuk membeli keropok lekor di sana.Wah! Ini sudah maju!Ini juga menunjukkan kedai mereka sentiasa mendapat sambutan hangat.Dan juga sangat praktikal.Tidaklah perlu kita berbaris panjang hingga lenguh-lenguh kaki kita.Tapi kena beli banyak sikit lah baru berbaloi menunggu!
dihadapan kedai keropok lekor...
ada arahan untuk mengambil no giliran...
no saya.....ada 119 orang lagi yang sedang menunggu....sabar je lah...
suasana di dalam..orang ramai sedang menunggu sambil order minuman dan keropok lekor rebus...nampak tak ramai...mungkin ada yang pulang ke rumah dahulu setelah mengambil nombor..
kami pun sempat berkelah...jimat kos sikit...
Pesanan:Maaf saya tak ingat nama penuh kedai itu,tapi saya rasa hanya kedai dia sahaja yang menyediakan nombor giliran.Mungkin seperti yang tercatat di kertas itu Keropok Lekor B.T.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah! macam duduk dlm bank pula...mesti sedap sgt keropok lekor tu kak kan?
ReplyDeletekepok lekor fav dni:)
ReplyDeleteamboi...laris sungguhlah tu. alhamdulillah..murah rezeki niaga dia dari sekecik-kecik sampai siap kena pakai nombor.
ReplyDeletehahahhahahaha..pernah gie sini...
ReplyDeletemmg sentiasa ramai org...