USIM ialah singkatan untuk Universiti Sains Islam Malaysia,Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Terletak di Bandar Baru Nilai,Nilai Negeri Sembilan.Tujuan saya dan suami turut serta menjemput anaknya yang juga anak buah suami ialah untuk pandu arah jalan.Mereka bertolak dari Kelantan dan singgah di rumah saya di Kuala Lipis dan terus kami ke Kuala Lumpur.
Selesai mengambil segala barang-barang di rumah sewa anak buah,kami meneruskan perjalanan dengan memasuki USIM untuk meninjau-ninjau keadaaan di dalamnya.
Kalau tak kerana anak buah masuk situ,saya pun tak tahu kewujudan USIM ni.
Inilah gambar yang sempat saya ambil buat kenangan dan tanamkan semangat semoga ada salah seorang anak saya masuk ke USIM ni suatu hari nanti.
Ni ambil waktu di lebuh raya,snap dari dalam kereta.
Pandangan dari pintu masuk USIM
Lambang bahasa Arab Iqra'-bacalah..sangat sesuai dengan USIM ni..
Gambar atas ni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnnah,tengok lambang rehal di atas bangunan itu...unik kan!
Suasana persekitaran yang luas dan jalan raya yang tidak sibuk...sebab takde pelajar waktu ni.
USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
- Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
- Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
- Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
- Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
- Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
- Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
- Fakulti Pergigian (FPg)
lawat laman web USIM sendirilah kalau nak keterangan lanjut.
Pesanan: Cara nak galakkan anak-anak belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk U ialah dengan buat lawatan sebegini,ini menaikkan semangat anak-anak.




