Showing posts with label Menguap. Show all posts
Showing posts with label Menguap. Show all posts

Monday, April 09, 2012

Kenapa Kita Menguap?

Gambar cik google


Nampak tak gambar bayi tu menguap?Tak rasa nak menguap sama ke?Fuh!Sedapnya kalau menguap besar kan.Terasa nak tercabut rahang kalau menguap besar dan rasa mengantuk sangat-sangat.

Perasankah kita apabila seseorang menguap,orang lain ikut sama?Penyelidik menyatakan antara 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap akan turut menguap.Bukan manusia sahaja yang menguap.Binatang pun menguap juga.

Sewaktu menaip entry ni,entah berapa kali dah saya menguap.Ish betullah tu.Sebab sambil menaip ternampak pula gambar bayi menguap ni.Apalagi sama menguaplah saya.

Penerangan saintifik menyatakan bahawa kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita.Selain daripada kepenatan,kita juga menguap sekiranya darah kita kekurangan oksigen.Malah, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa menguap dapat melaraskan suhu badan kita.Sesetengah orang berfikiran bahawa kita menguap kalau kita rasa bosan.

Hmm...berhentilah menguap,tarik bantal tidur lagi sedap.Siapa nak join?Jom!!

Sumber:Majalah Asuh Mac 2012.(yang diboldkan sahaja)

Pesanan:Saya rajin juga buat-buat menguap kalau nak hilangkan dengung dalam telinga kalau kita naik tempat tinggi.Mujarab juga.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...