Di Stesen Petronas Padang Tembak ada majlis pelancaran NGV.Jadi kalau ada kereta yang guna NGV tu,datang Kelantan takde masalah lah.Boleh je isi gas kat sini.Majlis pelancarannya juga turut diselitkan berbagai acara.
Ini acara mewarna untuk kanak-kanak.Anak saya nak masuk tapi rupanya mereka ni dah daftar lama.Kami baru sampai tak tahu pulak.
Ramai juga yang hadir.Ni kaunter pendaftaran.Belakang tu banyak hadiah lumayan disediakan.
Kemudian ada juga Pesta Flora Kelantan 2012 yang sedang berlangsung di Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa.Hari ini hari terakhir pesta tersebut.
Kemudian kami tengok siaran langsung di Astro Arena perlawanan Kelantan lawan Perak.Kelantan berjaya menjadi Juara Liga Super 2012 apabila berjaya mengumpul 3 mata kemenangan untuk menewaskan Lion XII,dengan mengalahkan Perak 6-0.Tak terkata kami apabila masa pertama je dah 5 gol berjaya disumbat.Tahniah Kelantan!
credit picture:kelantan.net
Kemudian pada masa yang sama ada Kelantan International Bike Week 6,7 & 8 Julai 2012.Majlis perasmiannya dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
credit picture:SINI
Begitulah rentetan peristiwa dalam 2 hari sabtu dan ahad saya ke Kelantan.tapi oleh kerana saya balik kerana menguruskan hal keluarga,jadi saya hanya lihat selayang pandang je lah aktiviti tu.Cuma yang lihat sepenuh masa hanyalah perlawanan bola je.
Pesanan:Banyak lagi tempat kat Kelantan tak sempat terjah dek sebab masa tak mengizinkan.
