Saturday, May 16, 2015

Rindunya zaman pakai public phone

Entah mengapa saya sudah mulai bosan dengan gajet-gajet yang kini hampir semua orang mampu.memilikinya terutamanya handphone.Bezanya sama ada handphone seseorang itu lebih mahal lebih banyak kegunaanya.

Hampir kesemua handphone ada aplikasi we chat,instagram,facebook,whats app dan macam-macam lagi.

Sekarang dimana-mana sahaja kita berada handphone pasti ada ditangan masing-masing.Hingga ke masjid pun handphone tetap dibawa.

Apa yang buat saya bosan dan rimas bila waktu berkumpul sama ada menziarahi keluarga sihat atau sakit,sewaktu makan bersama pasti handphone berada ditangan masing-masing.Sekejap-sekejap menelek handphone masing-masing.

Baik tua atau muda sehingga umur setahun pun dah pandai menggunakan handphone..pandai guna yang touch screen lagi.

Dulu hanya orang yang berkemampuan boleh memilikinya,kini serendah harga rm70-rm90 pun orang mampu membelinya.Atau murah lagi harganya.

Dulu beratur panjang juga kalau nak guna public phone,tapi takde lah pula berbual lama sebab dah tahu ramai yang tunggu giliran.Jadi duit pun tak habis banyak.Setiap rumah pun bukan ada telefon Telekom tu.Kadang-kadang guna nombor jiran sebelah rumah untuk tinggalkan pesanan untuk keluarga kita.

Boleh lihat,zaman ni nak makan pun tak kusyuk,sibuk belek-belek handphone masing-masing.Kejap senyum.Kejap berkerut dahi.Nasi sepinggan nak habiskan pun makan masa berjam-jam.Nak habis macam mana?Sesuap nasi,berhenti belek handphone lagi.Sesuap lagi nasi belek lagi handphone.

Rimas juga.Saya pun buat juga begitu dulu.Kini saya cuba tidak menggunakan handphone jika sedang makan.Barulah lancar makanan masuk dalam perut.

Nak berbual dengan orang yang berada bersama kita nak makan pun takde masalah jika tiada handphone di tangan.Banyak hal boleh kita kongsikan.

Ingatkan negara kita je mengalami keadaan sebegini,negara luar pun sama sehingga keluarlah sketch kartun memperli dan video tentang hal tersebut.

Hmmm...semuanya terserah kepada rasa masing-masing.Tertanya-tanya juga bagaimana keadaan 10 tahun akan datang?...

Pesanan:Canggih sangat bawa padah juga.

Friday, May 15, 2015

Bento Yang Sangat Kreatif

Saya dah lama takde entry pasal makanan.Tiba-tiba dapat idea bila mana kawan sekolah menengah lama saya dulu sering post gambar-gambar bekalan makanan yang sering dia bekalkan kepada anak-anaknya untuk ke sekolah.

Bento ni dalam bahasa Jepun.Jadi dia selalu sebut bento dalam tulisannya.Memang kalau di Jepun Bento tidak asing dibawa oleh sesiapa sahaja yang bekerja di pejabat atau sekolah.

Kawan saya letak nama Emy Borhan dalam fb nya.Setelah memohon keizinannya untuk share dengan pembaca blog saya,baru saya berani publishkan.

Saya sangat tertarik dengan idea kreatifnya setiap hari.Bila dah macam ni rupanya bento tu,semua anak-anak pun suka dan akan bawa bekal setiap hari.

Tapi kalau difikir2kan banyak masa juga dia habiskan nak mereka bentuk makanan tu hehehe.Rajin betul kawan saya ni.

Jom tengok!







Harap-harap perkongsian ini memberi idea untuk anda menggalakkan lagi anak-anak bawa bekalan makanan dari rumah.Air tangan ibu dan bersih lagi.
Bestkan idea ni!

Pesanan:Kena rajin bawa boleh reka macam-macam.

Tuesday, May 12, 2015

Cuti sekolah datang lagi.Jom ke Kelantan!

Cuti sekolah kali ini akan bermula pada 30 Mei 2015 dan akan berakhir pada 14 Jun 2015.Yang ini untuk sekolah-sekolah yang cutinya jatuh Sabtu dan Ahad.

Bagi negeri yang cuti hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu seperti Negeri Kelantan ni,cuti sekolah bermula 29 Mei dan berakhir pada 13 Jun 2015.

Dah mula merancang percutian?Ada yang nak keluar negara?Dalam negara?Boleh je nak kemana-mana pun sebab ikut kemampuan masing-masing.

Dalam Malaysia pun tempat percutian hebat juga. Jangan nafikan.Lihat lah berapa ramai pelancong luar negara yang datang ke Malaysia ni.Kerap jugakan jumpa mat-mat dan minah-minah saleh kan.Hahaha

Okay kalau dah pening tak tahu nak ke mana cuti ni jom jalan-jalan ke Kelantan.

Banyak juga tempat menariknya.Nak cari penginapan pun banyak.Hotel ada,hostel ada,resort ada,homestay pun ada.

Hah apa kata menginap di D'Family Homestay.Lokasi homestay ni mudah dan dekat juga sama ada hendak ke Kota Bharu atau ke Pantai Cahaya Bulan.
Boleh lawati blog di D'Family HomestayD'Family Homestay



Pemilik beragama Islam dan hanya tetamu Islam sahaja yang menginap di sini atas sebab kebersihan untuk menunaikan ibadah.

Jom cuti-cuti Malaysia!

Tuesday, May 05, 2015

Persatuan dan Mesyuarat yang memang tidak dapat dipisahkan

Bila dah jadi pengusaha taska ni,saya kenalah masuk persatuan untuk mengetahui segala aktiviti berkaitan dengan TASKA.

Oleh kerana taska saya terletak di kawasan Pahang,maka Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP)adalah persatuan yang tepat untuk saya sertai.Bermacam aktiviti dan program yang telah dirancang untuk ahli-ahlinya.

Bermula dengan program Sambutan Hari Pengasuh sehinggalah ke Mesyuarat Agungnya.Kebetulan saya ada masa lapang,maka saya sertailah program yang diadakan.Biasalah mula-mula saya pun tak berapa kenal sangat dengan ahli-ahlinya,kerana ahli-ahli baru dan lama bersilih ganti.Namun demikian akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru.

Untuk pengetahuan PPNP ini terdiri dari pengusaha dan pengasuh TASKA seluruh Negeri Pahang.Sangatlah rugi jika kita mengusahakan TASKA dan bekerja di TASKA kita tidak menyertai persatuan yang ditubuhkan untuk membela ahli-ahlinya jika terdapat sebarang masalah berkaitan TASKA dan mencadangkan kepada pihak berkenaan terutamanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tentang sesuatu usaha menaik tarafkan kedudukan TASKA atau cadangan daripada ahli-ahli persatuan sendiri.



Kami berbincang dan mengeluarkan pendapat untuk aktiviti berkumpulan pada sambutan hari pengasuh.


Acara makan malam yang diadakan di Felda Residence Tekam,Jerantut.



Diakhiri dengan Mesyuarat Agung untuk membincangkan usul-usul dan seterusnya berbincang dan memilih Ahli Jawatankuasa dari kalangan pengusaha dan pengasuh untuk menerajui pimpinan PPNP.


Bila dah berpersatuan ni,banyak lah sikit aktiviti yang dirancang.Terpulang kepada kita untuk memilih aktiviti yang bersesuain dengan kehendak kita.Banyak manfaat yang kita dapat dari berpersatuan.Semoga sesiapa yang di luar sana berminat untuk menjadi ahli,bolehlah berhubung dengan PPNP.

Pesanan:Ramai kawan baru dapat,banyak ilmu baru dikaut.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...