Sebak sangat,entah kenapa saya merasa sedih sangat sedangkan saya berjumpa depan mata pun belum pernah, Saya sanjung dan hormatinya sebagai ulamak dan orang alim yang sentiasa memperjuangkan agama Islam.Kesedihan itulah yang melambatkan saya menaip di blog berkenaan dengan berita sedih ini.
Sejak saya berkahwin dengan orang Kelantan (saya orang Selangor),saya banyak kali mengajak suami untuk melihat sendiri dari dekat rumahnya.Alhamdulillah rupanya rumah mertua saya sangat dekat dengan rumahnya,Saya selalu juga lalu di kawasan rumah beliau,dapat melihat dari jauh rumahnya.Rumah yang dikatakan hanyalah sebuah rumah kampung biasa,bukannya rumah banglo seperti yang saya bayangkan dimiliki oleh seorang Menteri Besar.
Sehinggalah pada suatu hari emak dan keluarga saya dari Kuala Lumpur teringin benar melawat ke rumah beliau.Kami pun pergi,namun ketika itu hanya ada anak lelaki dan anak perempuannya sahaja.Kami berbual di kawasan luar rumah.Saya tak ingat ke mana Tok Guru Nik Aziz pergi ketika itu.
Hampir semua ahli keluarga suami saya menangis selepas mendengar khabar tersebut.Saya pula ketika itu memang berada di Kelantan menjemput suami habis berkursus,namun balik pada hari yang sama,dan mendengar berita tersebut setelah hampir separuh perjalanan untuk pulang ke Kuala Lipis dari Kelantan.Tak dapat saya berpatah balik,kerana ada tanggungjawab lainnya keesokan harinya.
Bila seorang ulamak sepertinya meninggalkan kita,pasti tiada lagi pengganti yang sama sepertinya.Seluruh rakyat yang sayangkannya menangis hiba.
Al Fatihah....
"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat,melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur".(HR Ahmad dan Tirmidzi)
Innalillahiwainnailaihirajiun....
Pesanan:Kenangan terindah anak ke 3 saya ditahnikkan oleh beliau di Masjid Pulau Melaka miliknya pada tahun 2001.Mengambil berkat orang alim.
Salam ida..
ReplyDeleteMmg sedih kan.
Semoga areah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh..
Sama la dengan saya kak. Saya tak pernah jumpa, walaupun bumbung rumah dia pun saya tak pernah tgk. Tapi mendengar berita kematiannya saya turut menangis. Tidak pernah begitu selama ni pada pemimpin2 lain. Mmg Tuan Guru adalah insan yang dimuliakan oleh Allah.
ReplyDelete