Friday, October 01, 2010

Menyepi selepas raya

Lama saya tidak update blog saya. Kesibukan saya yang bermula dari 3 hari sebelum raya dan juga selepas raya. Saya pulang awal ke kampung suami kerana akan balik awal ke rumah semula.

Hari raya pertama pada sebelah petang saya sudah sibuk menyiapkan 500 biji kek cokelat kukus untuk dibungkus sebagai buah tangan buat para tetamu yang bakal hadir pada hari perkahwinan anak saudara suami saya. Saya bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam,kerana menggunakan kukusan kecil dan acuan yang sedikit. Tetapi dengan bantuan dari saudara-saudara yang lain dapatlah saya menyelesaikan tugasan saya itu. Maka pada hari keesokannya saya cuma membantu serba sedikit sahaja. Hari perkahwinan pada hari raya ketiga. Raya keempat saya perlu bergegas pulang ke Kuala Lipis kerana anak saya yang bakal menghadapi UPSR perlu menghadiri kelas tambahannya,maka percutian kami disingkatkan dan hari raya disambut ala kadar sahaja.

Jadi sepanjang peperiksaan anak saya, saya perlu menjenguknya setiap hari untuk bertanya khabar dan memberi semangat kepadanya. Sehinggalah selesai peperiksaan tersebut. Saya dan keluarga pula bergegas ke Kuala Lumpur sekadar 1 hari setengah untuk melawat mak dan ayah sempena hari raya. Pulang dari Kuala Lumpur 3 orang anak saya dan saya juga mendapat sakit mata. Maka saya perlu berehat dengan baik agar pulih segalanya.

Dan kerana sudah sihat hari ini,maka saya berkesempatan update blog saya dengan jayanya.Tapi untuk sementara juga. Kerana banyak lagi kerja tertangguh yang perlu saya selesaikan. Memang mencabar kehidupan ini.

Sekian buat masa ini,jumpa lagi.

Pesanan: Saya buat yang penting dulu...

2 comments:

  1. xpe sis...wt slow2..buat yg pnting dlu..blog bile2 boleh..:)

    ReplyDelete
  2. @echah mashuri...tq...beri semangat tu yang buat saya lebih yakin...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...