Tuesday, August 31, 2010
Impiannya sudah tercapai
Monday, August 30, 2010
Kuih Cara Berlauk
Bahan-bahannya:(Inti)
Daging cincang (mangkuk kecil)
1/2 biji bawang besar merah (potong dadu kecil)
1 biji bawang putih (cincang halus)
3 sdb Serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu cili kering (kalau nak rasa pedas sikit)
garam
gula
Hiasan:
daun bawang (hiris kecil)
cilim merah(potong kecil-kecil)
Cara-cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Cili kering. Serbuk kari. Goreng sekejap. Masukkan daging cincang. Garam dan gula secukup rasa. angkat.
Sementara itu, bancuh tepung gandum 2 cawan. Air secukupnya. Telur sebiji. Garam sedikit. Serbuk kunyit sedikit.Blender aje.Agak-agak dia tak pekat sangat dan tak cair sangat. Ekjas-ekjas lah.
Kemudian panaskan acuan cara. Sapu minyak sikit kat acuan tu agar tak melekat. Tuang adunan tepung, jangan penuh sangat. ambil 1/2 sudu kecil inti,nak banyak pun ok je. Letak kat tengah adunan dan hias sikit dengan daun bawang dan cili merah. Tutup. Dah masak angkat. Tak lama. Mungkin dalam 1-1/2 minit. Api kecillah.
Pesanan: Cubalah. Kuih saya buat tu taklah sesempurna macam kedai jual,jadi ada juga yang terlebih dari acuan,tapi sekurang-kurangnya saya mencuba...sodap....
Saturday, August 28, 2010
Ramainya orang di Sogo
Saya ke pusat membeli-belah Sogo, katanya ada jualan murah....cuba tengok...betapa ramainya orang di sana. Saya dan anak berjalan-jalan di dalamnya,tengok kalau ada baju-baju yang memang betul-betul murah. Bolehlah beli sehelai dua. Letih anak-anak mengikut berjalan dalam bulan puasa pulak tu. Kasihan mereka. Ram,ai betul ye orang,walaupun di KL hari tu hari bekerja. Lebih ramai masa orang lelaki sedang solat jumaat.
Thursday, August 26, 2010
Betul ke musim perayaan ni ada Jualan Murah?
Kenapa nak tunggu raya baru nak beli. Sedangkan hari sebelum raya pun boleh beli. Ini yang menyebabkan peniaga mula menaikkan harga barang (biarpun mereka dah tulis SALE). Memang betul ada yang benar-benar menurunkan harga, tapi tidak kurang juga yang memang meletakkan harga sama seperti sebelum raya. Kita yang tertipu? Atau mereka yang menipu?
Saya ada rakan-rakan yang terlalu 'detail' tentang harga barang di sesebuah pasaraya yang telah mereka kunjungi. Mereka ni sering membandingkan harga sesuatu barang dengan pasaraya yang lain pula. Jadi apabila tiba jualan murah,mereka pergi semula ke pasaraya tersebut, apa yang mereka dapati harga barang tersebut sama sebelum barang tersebut di tag dengan jualan murah.
Inilah yang selalu kita kejarkan. Jualan murah yang memang sudah murah. Jadi bagi kita yang tidak terlalu peka dengan perbezaan harga sesuatu barang ini pula menyangka bahawa mereka memang menurunkan harga barang,pada hal harganya tetap sama malah mungkin juga mereka menaikkan sedikit harganya. Itu kita tidak tahu.
Jadi berhati-hatilah semasa berbelanja di musim perayaan ini, nak yang murah dapat yang mahal. Tepuk dada tanya diri sendiri.
Pesanan: Saya cuma nak membeli yang perlu sahaja. Harap-harap tidak 'over budget'.
Wednesday, August 25, 2010
Adab Memberi Salam Dan Bertanya Khabar
Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullulah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain".
Baginda SAW seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjawab salam,maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya,maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku."
Biasanya,salam yang diberikan ialah:
Assalammualaikum
"Semoga keselamatan dilimpahkan ke atas kamu semua."
Dijawab dengan:
Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh.
"Semoga keselamatan dilimpahkan ke atasmu juga rahmat-Nya dan berkat-Nya".
Diikuti dengan khabar pertanyaan tentang urusan kerja masing-masing,hal-ehwal kesihatan keluarga,berbincang tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya dan sebagainya.
Jelaslah manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak,sebagai pembuka bicara dan penghubung tali silaturahim sesama Islam yang dikenali mahupun yang belum dikenali. Memberi salam adalah sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib.
Pesanan: Mudah aje kan. Kalau kita jumpa sahabat-sahabat kita, jangan lupa beri salam dulu.
Sumber:Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd.Azrul Azlen Ab. Hamid.
Tuesday, August 24, 2010
Arissa manja sangat
Apa yang saya nak cerita disini, anak kecil saya Arissa yang sudah berumur 5 bulan lebih tu, tersangat manja semenjak saya asyik berkepit je dengan dia.Mungkin dulu sebelum ni dia tak banyak bergerak dan asyik tidur je. Sekarang ni kalau sebelah pagi bolehlah saya berkepit dengan dia. waktu suami balik, saya serahkan pula padanya. Saya nak sediakan makanan untuk berbuka. Mula-mula okay je. Lama-lama tu dia nampak kelibat saya berjalan depan dia, terus dia menangis macam nak suruh saya ambil dia. Saya pun ambil dan dukung dia, sama seperti yang suami saya buat padanya. Terus dia senyap. Kemudian saya beri balik pada suami. Wah...sekejap je dia nak,lepas tu menangis balik. Macam mana ni... Takkan nak kat saya je... Susahlah nak memasak macam ni.
Bagi dia susu, sekejap je dia senyap dan main sorang-sorang. Lepas saya nak bangun aje, terus dia menangis balik. Oh! Anak saya sudah besar. Tak macam umur dia 3 atau 4 bulan dulu. Dulu dia senyap je,bergolek-golek dan banyak tidur, boleh aje saya membuat kek dan roti untuk dijual. Bila dah macam ni, 1 bulan lagi dia makin cerdik dan besar, macam mana saya mulakan jualan kek saya. Makin galak lah dia nanti, dah kenal orang. Mesti nak kat saya aje. Ni lah penangan susu ibu. Anak pun tak boleh berenggang dengan ibu. Bau ibu tu dah bagi syok kat dia. Macam ketagihlah.
Manja betullah. Agaknya dia tahu kot dia anak bongsu. (bongsu ke?).
Pesanan: Arissa dah boleh angkat punggung, macam nak merangkak aje gayanya...
Monday, August 23, 2010
Umi tak puasa ye...
"Umi makan ye?".
"Hey! kan umi tengah suap adik ni. Nampak ke umi makan?".tanya saya pula.
"Ingat umi makan tadi"
Mereka ni dah tahu yang saya tak boleh puasa kerana 'uzur'. Jadi sibuk nak tanya saya makan ke tidak. Saya tak puasa pun takkan nak menunjuk makan depan anak-anak. Saya pun sahur bersama mereka walaupun tak boleh puasa. Sikit-sikit tanya umi makan ke tidak.
Kali ni baru saya tengok mereka ambil berat dan faham kenapa saya tidak boleh puasa. Ini menunjukkan mereka sudah faham dan sudah semakin besar. Dulu masa mereka kecil-kecil makan depan mereka pun tak kisah. Tapi sekarang budak-budak umur 5 dan 6 tahun pun boleh tanya balik kat kita kenapa makan kalau puasa.
Saya manalah boleh nak makan bersungguh-sungguh walaupun tak puasa. Saya masih hormat pada bulan puasa dan pada orang yang ramai berpuasa di rumah ni dari yang tak berpuasa. Kecualilah waktu mereka dah ke sekolah. Takpelah. Mereka tak nampak. he he he...
Pesanan: sabar je lah melayan karenah anak-anak ni.
Zakat
Zakat bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih.Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki,iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya,serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.
Dari Segi Syarak:
Zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna menuai (bagi tanam-tanaman).
Orang yang mampu dan cukup hartanya setiap tahun wajib mengeluarkan zakat. Sebaliknya,orang Islam yang tidak cukup hartanya satu nisab,tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
Dirikanlah solat dan keluarkan zakat.
(Surah al-Baqarah 110)
Pesanan: Jangan lupa pada orang yang lebih susah dari kita.Ingatan untuk diri saya dan anda.
Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd.Azrul Azlen Ab. Hamid.
Sunday, August 22, 2010
Kecewanya Anis
Pergi sama ke pasar 3 orang anak saya termasuk Anis. Saya bawa dia sekali kerana dah berjanji nak belikan subangnya. Setelah selesai ke pasar, jam sudah menunjukkan jam 9 pagi. Saya pun ke kedai emas berdekatan di dalam bandar Kuala Lipis tu. Kedai emas cuma ada 3 buah aje. Tengok kedai yang biasa saya pergi, memang buka . Dari jauh lagi saya dah tersenyum. Wah, gembiralah Anis nanti ni. Malangnya, memang kedainya buka,tapi pekerja yang biasa menindik telinga tu tak bekerja pula hari tu. Hari isnin baru boleh. Saya terangkan pada Anis dalam bahasa yang boleh dia fahami.(dengan lembut sekali) Anis dengan muka sedih tapi tak menangis memeluk kaki kakaknya. (nak tunjuk kecewalahtu)
Suami saran kami lihat kedai lain pula. Setelah puas mencari, kedua-dua kedai emas tersebut juga tutup. Kecewa betul. Sehingga jam sepuluh baru kami balik. Saya terpaksa memujuk Anis memberitahu padanya bahawa kedai semua tutup. Nampaknya memang sedih aje mukanya. Tapi bila saya tawarkan untuk beli roti padanya, sejuk sikit hatinya. Mmmm....tak dapat juga bertindik Anis ni. Takpelah Anis,kita cuba pergi hari lain pula ye.
Pesanan: Sebagai seorang ibu,saya merasa sedih juga bila anak bersedih. Inilah yang dinamakan naluri ibu kuat dengan kasih sayang. Jadi sayangilah anak-anak kita.
Thursday, August 19, 2010
Anis nak pakai subang
Jimat sikit kali ni
Apa yang dibeli suami saya masak dengan penuh kasih sayang. he he he,mudah-mudahan semua sayang saya. Cuma bulan puasa ni kena cari menu yang sedap sikit, jadi banyak yang saya cari dari internet. Tugas mencari menu lauk adalah anak kedua saya. Saya kata "okay hari ni nak masak ayam,cari ayam masak berkuah ". Aisyah pun terus menaip perkataan tersebut,keluarlah macam-macam menu. Saya pilih je. Sebab nak merasa tak boleh,kalau tengok resepi adalah sukatannya. Ikut ajelah. Bagi yang dah biasa memasak, boleh agak-agak je.
Lagipun kalau saya membeli pasti tak cukup. Tak cukup okay lagi,mahal pulak tu. Rupa memang menarik.Rasa tak pasti lagi. Pulak tu pasti dah mereka masak awal pagi-pagi lagi. Kalau beli tak dipanaskan pasti tak boleh bawa hingga ke sahur.
Saya pun bukannya tak pergi langsung ke pasar ramadan. Beberapa hari dah puasa ni ada dua kali ke pasar ramadan. Mencari kuih seringgit dua je. Ada sekali tu, rumah saya air paipnya keruh.Dah masak pun masih keruh lagi. Nak buat air untuk berbuka pun tak tergamak rasanya. Jalan singkat pergi beli air. Sebungkus je. Itupun kira mahal bagi saya.RM3 sebungkus.Tapi cukuplah minum anak-beranak. Kan saya pernah kata jika sentiasa bersyukur,pasti rezeki sentiasa cukup.
Pastinya saya masih ternanti-nanti kuih popia basah kegemaran saya jika saya pulang ke rumah mak. Mengidamnya nak makan kat KL punya. Kat sini ada biasa-biasa je rasanya. Macam tak umphh lah. Nak buat malas sikit.Sikit je malasnya.
Pesanan:Lama lagi ke nak cuti sekolah. Nak balik rumah mak berbuka di sana pula.
Wednesday, August 18, 2010
Keutamaan Tadarus Al-Quran Pada Bulan Ramadan
- Membaca al-Quran serta menghayati isi kandungannya pada bulan Ramadan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
- Setiap satu huruf al-Quran yang dibaca pada bulan Ramadan akan mendapat kebajikan daripada Allah SWT.
- Pembacaan al-Quran pada bulan Ramadan juga bererti memohon maghfirah daripada Allah SWT.
- Ibadat puasa dan bertadarus al-Quran pada bulan Ramadan juga akan memberikan syafaat kepada yang melaksanakannya.
Pesanan: Sama-samalah kita bertadarus al-Quran....ingatan untuk diri saya dan anda.
Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
Monday, August 16, 2010
Udang Masak Lemak
- Bawang merah, bawang putih,halia dan cili api dikisar. Masukkan dalam periuk yang berisi santan yang telah di perah.
- Masuk serai,daun kunyit dan asam keping.
- Kacau selalu, biar menggelegak sikit, baru masuk udang.
- Kacau lagi,jangan tinggalkan dia. Api sederhana ye.
- Masuklah garam dan ajinomoto.Dah lama sikit sampai udang pun dah masak santan pun dah masak,tutup api. Agak-agak 15 minit kot. lama gak saya kat dapur masa tu.
Sedia untuk dihidang.
Pesanan: Bagi saya ringkas dah ni, tapi tak tahulah anda. Cubalah.
Sunday, August 15, 2010
Rezeki di bulan Ramadan.
Nak dijadikan cerita,semalam baru berpeluang ke pasar Ramadan di Raub. Kebetulan bawa anak lelaki ke klinik sana,kudis butanya ada lagi.Dia duduk asrama mudah sangat berjangkit.Malangnya klinik tersebut tutup.Klinik ni disarankan oleh gurunya. Mudah baik katanya.
Klinik tutup, kami pun berjalan-jalan ke pasar Ramadan. Cadangnya nak cari murtabak je. Cari punya cari jumpalah 2-3 gerai jual murtabak. Saya lihat harga antara Rm2.50-Rm3.00. Saya beli yang murah je, Rm2.50 satu keping je. Cukuplah tu. Kemudian nak balik, saya ternampak gerai menjual popiah basah. Ini memang lama dah saya nak makan, belilah Rm1.00(3).
Anak perempuan saya pula terliur karipap,beli jugalah Rm1.oo.Saya kata kat dia, kalau tak makan nanti,siap dia. Sebab saya tahu sangat perangai budak ni, dia kan puasa terliur nak itu nak ini.Eh! jalan nak balik ke kereta tu suami pula terliur tau fu fah. Ingatkan budak je,dia pun teringin nak makan tau fu fah tu. Belilah 3 bekas. saya kata dalam hati tak makan nanti siap gak lah dia.Rupa-rupanya saya pun terliur ada satu lauk tu.hu huhu saya beli pajeri terung RM1.00 he he he...Saya pasti habis makan nanti.
Balik ke rumah saya terus memasak lauk,ayam masak kicap ada 6 ketul je ayam yang tinggal,kemudian goreng daging yang tinggal sebesar penumbuk je. Cukup ke? Tiba buka puasa kami pun makan anak-beranak. 7 orang punya mulut belum masuk lagi sikecik 5 bulan tu.Mmmmm.cukup pun ,masih boleh lagi bahagi 2 lauk ayam tu untuk sahur pagi ni. Inilah dikatakan rezeki yang mencukupi.Tak perlu banyak-banyak, membazir je.Allah telah cukupkan rezeki kita.Insya Allah.
Pesanan: Memang rambang mata bila ke pasar ramadan,tapi beli yang nak makan je lah.Lepas tak payah banyak sangat,kang jadi pembaziran pula.
Thursday, August 12, 2010
Adab-Adab Berpuasa
- Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat,memfitnah,mengeji,mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat.
- Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
- Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu.
- Bersederhana ketika berbuka dan makan sahur atau dalam erti kata lain mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana.
- Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang.
- Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir.
- Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
- Sentiasa berfikir hikmah di sebalik melakukan ibadat puasa.
Pesanan: Mudah-mudahan segala amal ibadat kita di terima Allah SWT. Sumber daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.
Mereka Yang Dibenar Meninggalkan Puasa
- Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.
- Orang yang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
- Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
- Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas dan sebagainya.
- Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.
Saya sudah merasa 3 antara perkara di atas,iaitu musafir,mengandung dan menyusui anak. Alhamdulillah saya masih berdaya berpuasa. Semuanya terletak kepada keinginan kita jika bersungguh-sungguh untuk berpuasa. Mungkin lain orang lain rasanya.Sekarang saya masih menyusui anak bongsu yang masih kecil berumur 5 bulan. Pada saya selagi saya terdaya saya teruskan berpuasa asalkan tidak terjejas kesihatan bayi yang saya susui sekarang. Amin!
Pesanan: Sama-samalah kita mencari Keredhaan Allah SWT.
Wednesday, August 11, 2010
Tingkatan Puasa
Makruh ketika Puasa
- Bersuntik
- Berbekam
- Berkumur-kumur
- Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
- Mandi yang berlebihan
- Merasa makanan di hujung lidah
Biasanya perkara-perkara di atas sering dilakukan oleh kanak-kanak yang berpuasa. Contohnya mandi berlebihan. Biasa-biasa mandi sekejap je budak-budak ni,bila bulan puasa je mulalah duduk lama dalam bilik air,air dengar mencurah-curah. Tu masa balik dari sekolah lah tu. Kadang-kadang bila tak puasa nak suruh mandi pun susah. sekarang ni gerenti tak payah suruh balik je sekolah dah meluru nak ke bilik air,nak mandi.
Kalau merasa makanan di hujung lidah,mak-mak yang masak kat dapurlah tu. Masak dah macam biasa tapi nak juga merasa. Pada hal sama je. Kalau saya main campak-campak je,tak rasa pun. Tapi bila masak masa puasa ni,macam-macam kat fikiran, eh rasa ke tak masin,manis ni. tapi saya tak praktik kalau masak untuk keluarga. Sebab yang nak makan pun orang yang sama makan masakan saya masa tak puasa pun.
Pesanan: Sama-samalah kita mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara makruh ni.
Monday, August 09, 2010
Nak puasa lah....tak sabarnya...
Sebab bila dah keletihan seharian saya tidur awal tapi tak dapat juga bangun awal. Badan sentiasa letih-letih. Jadi kesempatan saya sudah tidak buat kek minggu ni, saya ingin rehatkan badan sepenuhnya. Tapi macam biasalah,kerja sebagai surirumah tidak pernah habis. Saya lakukan kerja rumah yang banyak tertinggal, seperti melipat kain, basuh kawasan dapur,basuh bilik air dan kemas bilik. Bilik pun dah penuh pakaian dicampak sana-sini...he he he tak sempat nak kemas. Mujur suami banyak membantu bila saya sibuk.
Saya tak buat dululah kek sempena puasa ni..lagipun orang bukan makan sangat kek puasa-puasa ni. Nanti dah mula puasa mulalah bangun lagi awal iaitu pukul 4 pagi. Dah beli lauk mentah hari ahad semalam. Ramai betul orang ke pasar semalam. Ayam,ikan dan daging banyak yang cepat habis. Biasa menu kena masak sedap sikit sahur nanti, nak buka selera anak-anak biar diorang makan banyak sikit. Seronok sediakan sahur dan berbuka untuk keluarga.
Hari ni nak balik Kota Bharu, kampung suami. Selepas anak-anak balik dari sekolah.Saya ikut sekali dengan anak-anak. Sebab meneman suami ada kerja sikit di sana. Anak-anak yang sekolah, ponteng sekolah esok. boleh tengok sekali macamana persediaan menyambut Ramadan di sana. Sehari je, esok selepas suami habis kerja balik semula ke rumah.
Pesanan: Berhati-hati dalam mengerjakan amal ibadat, jangan riak nanti tak boleh pahala. Sia-sia je. Yea...semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik.
Sunday, August 08, 2010
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
- Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari diri sedang berpuasa).
- Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
- Muntah dengan sengaja.
- Keluar haid dan nifas.
- Gila.
- Murtad (keluar daripada Islam).
- Mengeluarkan mani dengan sengaja.
- Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadan).
Pesanan: Jangan 'sengaja'...ramai yang sengaja dari yang betul2 terlupa.
Friday, August 06, 2010
Penzina Ditimpa Empat Kecelakaan
Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.
Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk,sehingga ada dikalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka itu, menurut Jibril,adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Allah memberi amaran,bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka,yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia ingkar terhadap larangan-Nya.
Friman Allah,yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk."(Surah al-Isra',ayat 32).
Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan,Rasulullah bersabda bermaksud:"Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam,iaitu hilang seri pada mukanya,disempitkan rezekinya,kemurkaan Allah atasnya,dan ia berkekalan dalam neraka".
Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan,tidak melakukan syirik,penipuan mencuri dan berzina.
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina,hendaklah dihukum 100 kali dera(sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah,yang bermaksud:
"Perempuan dan lelaki yang berzina,hendaklah kedua-duanya didera.Masing-masing 100 kali dera (pukulan),janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya,satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur,ayat2).
Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya,jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah,nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman bermaksud;
"Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya,Allah mengampuni dosa semuanya.Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar,ayat 53).
Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud:
"Ibrahim berkata,tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya,kecuali orang yang sesat." (Surah al-Hijr,ayat 56).
Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besaritu,tidak harus berputus asa. dia hendaklah segera bertaubat kepada allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.
Pesanan:peringatan untuk saya dan juga anda. Takutlah dengan balasan Allah sebelum melakukan zina. Dipetik dari keratan akhbar Berita harian ruangan Agama 11 nov 2005.
Thursday, August 05, 2010
Kenapa zina berleuasa?
Dapat bayaran lumayan ke? Kalau dapat dosa free tu banyak rasanya. Sepatutnya masa di sekolah dihabiskan dengan belajar. Tetapi apa yang saya dengar dari rakan-rakan saya yang menjadi guru, masa tersebut dihabiskan dengan berkongsi melihat perkara-perkara yang tidak baik untuk keseronokan mereka. Bukan sahaja melihat aksi lucah yang tidak baik,malah sempat juga melakukan adegan yang memalukan itu di sekolah. Disekolah? terkejut? memang betul. Di sekolah kan banyak 'port' yang sunyi.Mungkin mereka dah 'survey' dulu tempat tu. Malah siap pasang 'spy' lagi untuk mengawasi perbuatan mereka. Tanpa segan silu mereka melakukan perbuatan terkutuk itu. Lebih berani lagi,mereka melakukannya di bilik air guru. bilik air guru tau!
Bagaimana mereka boleh terlepas dari pandangan guru-guru mereka,itu saya kurang pasti. Yang pastinya guru-guru pun sibuk dengan kerja mereka masing-masing.
Inilah bahananya melayari internet dengan tujuan yang tidak baik. Selain itu video-video lucah pun mudah sahaja mereka dapat. Tolonglah ibu dan bapa,awasilah tingkah laku anak-anak. Terapkanlah ilmu agama. Agar tidak tersesat lebih jauh. Terlalu sibuk mengejar dunia hingga terlupa bekalan untuk dibawa ke akhirat.
Pesanan: Saya sentiasa tidak lupa berdoa agar dijauhkan anak-anak dari menjadi mangsa zina.
Tuesday, August 03, 2010
Kenapa rezeki sentiasa ada?
Tetamu undangannya hari tu Abby abadi. Dr kata antara sepuluh perkara jika kita sering memberi maaf pada orang lain adalah, hati kita dibersihkan, muka kita berseri-seri, doa dimakbulkan, segala yang kita buat menjadi,rezeki kita bertambah-tambah dan ada lagi...saya ni pelupa tak ingat. tapi bab rezeki bertambah-tambah tu lah yang saya nak 'higlight' kan.
Saya sebenarnya walaupun duduk buat kerja kat rumah pun,masih ada juga jiran tetangga yang tak senang dengan saya. Saya pun tak pastilah apa yang jiran tu tak puas hati. Tapi yang pasti satu perkara yang saya lakukan adalah memaafkan semua orang dan berdoa pada Allah agar memberi petunjuk dan hidayah pada mereka-mereka yang ada 'hal' dengan saya. Jadi saya buat seperti biasa, melenting tidak, membalas apatah lagi.Tak semua jiran yang teruk macam tu. sorang dua je, tapi apa nak kisahkan.Bermasam muka tanpa sebab munasabah. Kalau dia berada di pihak yang benar berdepan ajelah kan.
Jadi dengan kemaafan yang saya berikan, rezeki saya tak putus-putus. Ada aje tempahan kek, tat keju.Cuma saya tidak cukup kakitangan nak buat. Itu aje. Selebihnya saya buat yang termampu sahaja. Jadi saya percaya dengan memberi kemaafan kepada orang akan membuat orang lain juga terbuka hati memaafkan kita pula. Dan rezeki pun bertambah-tambah. Sebab ikhlas memaafkan orang adalah yang terbaik bagi diri kita yang kerdil di sisi Allah.
Pesanan: Mudah-mudahan orang lain pun berfikiran seperti ini, iaitu sering memberi maaf dan menerima maaf.
Syarat Wajib Puasa
2. Baligh- Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.
3. Berakal- Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
4. Sihat- Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.
5.Bermukim- Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan Ramadan.
6. Suci- Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.
Pesanan: Bersama-samalah kita melatih anak-anak sedari kecil mengamalkan puasa.
Sumber:Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan ustaz Mohd Azrul Azlen Ab Hamid