Pagi-pagi lagi Alia sudah keluar memandu untuk ke pejabat.Kelihatan jam di dalam kereta menunjukkan 15 minit lagi ke pukul 8 pagi.Lampu kereta dipasang agar yang tidak jelas di hadapan kelihatan jelas.
Memang jarak penglihatan sangat terhad.Kalau kereta di hadapan tidak memasang lampu memang tidak perasan ada kereta di hadapan.Alia keliru di saat-saat begitu hendak dikatakan kabus mungkin ya,jerebu juga mungkin ya.Maklumlah hari ni dan esok kerajaan Malaysia mengumumkan cuti sekolah di seluruh Malaysia.Puncanya sebab jerebu.Jalan raya pun walaupun cuti kereta pun menderu juga banyaknya.
Setiba di pejabat,anak-anak taska menyambut kedatangan Alia.Gembira sungguh mereka,Eh!..ada budak besarlah.Oh ya lupa pula Alia,ada juga sekolah tidak mengambil cuti kerana mereka akan mengadakan peperiksaan penting.Tak bolehlah cuti.Ada ibubapa bekerja sebagai guru.Jadi anak-anak sekolah rendah menumpang sementara bersama adik mereka di taska.Makan besar lah kita hari ni ye.
Alia duduk termenung di depan komputer yang sudah dibuka.Seperti malas rasanya hendak meneruskan kerja-kerja yang banyak tertangguh di pejabat.Lagi pula tekak sentiasa rasa kering,selsema dan batuk pun tidak berkurangan.Tapi dalam masa memikir-kikir apa nak dibuat,tangan Alia pantas sahaja menaip di papan kekunci.Habis selesai juga satu kerja iaitu menulis surat untuk ibubapa untuk membawa anak-anak lawatan sambil belajar di Klinik Kesihatan berdekatan dengan taska.Satu tujuan murni membawa mereka ke sana,agar mereka tidak merasa takut untuk ke klinik jika mereka sakit.
Setelah selesai menyusun surat-surat dan melabelkan nama anak-anak yang terlibat,Alia bingkas bangun dan terus menuju ke kereta.Setelah berpesan-pesan dengan pengasuh,pemanduan terus menghala ke rumah.Sesampai sahaja di rumah,Alia membaringkan diri di atas tilam.Letih benar badan rasanya.Terlelap seketika Alia di pembaringan.
Sebaik terjaga dari tidur,Alia memandang di luar rumah menerusi pintu sliding.Eh?Masih pagi lagi kah?Mata terus mencari jam di dinding.Sudah pukul 11.30 rupanya.Sejam juga dia tidur tadi.Oh..itu tandanya jerebu masih belum hilang.Larilah jerebu oh jerebu!Aku mahu bekerja dalam cuaca yang sihat.