Thursday, February 16, 2012

Jalan-jalan Masuk USIM

Bulan lepas Januari 2012,saya dan suami telah mengikut kakak suami saya dan keluarganya untuk pergi menjemput anaknya yang sudah tamat belajar di USIM.

USIM ialah singkatan untuk Universiti Sains Islam Malaysia,Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Terletak di Bandar Baru Nilai,Nilai Negeri Sembilan.Tujuan saya dan suami turut serta menjemput anaknya yang juga anak buah suami ialah untuk pandu arah jalan.Mereka bertolak dari Kelantan dan singgah di rumah saya di Kuala Lipis dan terus kami ke Kuala Lumpur.

Selesai mengambil segala barang-barang di rumah sewa anak buah,kami meneruskan perjalanan dengan memasuki USIM untuk meninjau-ninjau keadaaan di dalamnya.

Kalau tak kerana anak buah masuk situ,saya pun tak tahu kewujudan USIM ni.

Inilah gambar yang sempat saya ambil buat kenangan dan tanamkan semangat semoga ada salah seorang anak saya masuk ke USIM ni suatu hari nanti.


Ni ambil waktu di lebuh raya,snap dari dalam kereta.


Pandangan dari pintu masuk USIM


Lambang bahasa Arab Iqra'-bacalah..sangat sesuai dengan USIM ni..


Gambar atas ni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnnah,tengok lambang rehal di atas bangunan itu...unik kan!

Suasana persekitaran yang luas dan jalan raya yang tidak sibuk...sebab takde pelajar waktu ni.
 USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
  • Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)

lawat laman web USIM sendirilah kalau nak keterangan lanjut.

Pesanan: Cara nak galakkan anak-anak belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk U ialah dengan buat lawatan sebegini,ini menaikkan semangat anak-anak.

22 comments:

  1. sekarang ni byk U sampai dah tak perasan hehe

    LR penah nampak bila lalu hiway PLUS.. tp bgnan tak nampak la

    ReplyDelete
  2. @Lida Rahim
    tu lah...makin banyak kan U sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. cantik USIM ni..luas sejuk mata memandang..betul tu..yna dulu pun macam tu inspired bilo tengok universti depan mata..alhamdulillah merasa juga..hee

    ReplyDelete
  4. tak pernah masuk sini...
    setuju jugak dengan pesanan tuh..

    ReplyDelete
  5. dkna lalu jer tak pernah masuk...besar gak kan akak USIM nie..

    ReplyDelete
  6. @Prettywrite
    baguslah Yna ni...teruskan usaha anda..he he he

    ReplyDelete
  7. @Qhaifa Nur
    saya pun kalau tak sebab ada anak buah u situ,tak masuk jugak..oklah suasana dia ..

    ReplyDelete
  8. @Adylia Qarissa
    besar Dkna...tu lah kalau sesaja nak masuk..jaga depan tu tak bagi jugak..

    ReplyDelete
  9. cantiknya USIM ni...skrg dah banyak pilihan U berbanding zaman kita dulu

    ReplyDelete
  10. selalu tgk kat tepi jalan je.. xpernah masuk dalam USIM

    cantek gak :)

    ReplyDelete
  11. Saya selalu lalu kat tepi USIM ni.. Lalu kat highway je la sebab kalau nak pergi rumah kakak, memang ikut jalan tu...

    Best kalau dapat jenguk2 U ni.. Namun apakan daya, takde rezeki nak belajar kat U.. huhu..

    ReplyDelete
  12. @~ Cik Azz ~
    perkataan USIM tu memang jelas kalau lihat dari lebuh raya...tu lah takde rezeki ye ke U..takpe rezeki lain pula ye..

    ReplyDelete
  13. @LydSunshine
    cantik..tapi pernah tahu tak tentang U ni?

    ReplyDelete
  14. tak pernah sampai ke USIM lagi.....bandar baru nilai xpernah sampai....hehee. memang unik betul rehal tu...:)

    ReplyDelete
  15. Ye betul tu, sambil buat lawatan sambil bercerita kat anak2 suruh belajar rajin2 :)

    ReplyDelete
  16. @Aishah Jahirah
    kena pergi ni..shopping kat Nilai 3 sambil pusing2 tengok USIM..2 in 1..

    ReplyDelete
  17. @Myra Jay
    betul tu MJ..tapi waktu pergi tu bawa anak umur 5 dan 2 tahun..yang besar tinggal rumah...takpe..dah pernah ajak yang besar g U lain...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...