Di Stesen Petronas Padang Tembak ada majlis pelancaran NGV.Jadi kalau ada kereta yang guna NGV tu,datang Kelantan takde masalah lah.Boleh je isi gas kat sini.Majlis pelancarannya juga turut diselitkan berbagai acara.
Ini acara mewarna untuk kanak-kanak.Anak saya nak masuk tapi rupanya mereka ni dah daftar lama.Kami baru sampai tak tahu pulak.
Ramai juga yang hadir.Ni kaunter pendaftaran.Belakang tu banyak hadiah lumayan disediakan.
Kemudian ada juga Pesta Flora Kelantan 2012 yang sedang berlangsung di Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa.Hari ini hari terakhir pesta tersebut.
Kemudian kami tengok siaran langsung di Astro Arena perlawanan Kelantan lawan Perak.Kelantan berjaya menjadi Juara Liga Super 2012 apabila berjaya mengumpul 3 mata kemenangan untuk menewaskan Lion XII,dengan mengalahkan Perak 6-0.Tak terkata kami apabila masa pertama je dah 5 gol berjaya disumbat.Tahniah Kelantan!
credit picture:kelantan.net
Kemudian pada masa yang sama ada Kelantan International Bike Week 6,7 & 8 Julai 2012.Majlis perasmiannya dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
credit picture:SINI
Begitulah rentetan peristiwa dalam 2 hari sabtu dan ahad saya ke Kelantan.tapi oleh kerana saya balik kerana menguruskan hal keluarga,jadi saya hanya lihat selayang pandang je lah aktiviti tu.Cuma yang lihat sepenuh masa hanyalah perlawanan bola je.
Pesanan:Banyak lagi tempat kat Kelantan tak sempat terjah dek sebab masa tak mengizinkan.
kak long dkna join biker nie ;p
ReplyDeleteoh ye ke...naik seronok tengok motor2 kat jalanraya tika tu..
Deletewah ada juga pesta flora kat kelantan tu yek ala2 cam floria kat sinilah tu!
ReplyDeleteha'ah...banyak nampak orang beli bunga orkid..
Deletebesh..kelantan pun ada pesta flora
ReplyDeleteseronok macam2 program ada......
ReplyDeletesuka tengok moto besar....
moto besar tu kalau lalu sebelah kereta saya...suami saya senyum je..dia nak naik baliklah tu moto besar..
DeleteTak bawak balik ke sepau dua bunga kat pesta flora tu..?
ReplyDeleteKalau dpt singgah kat Kuantan boleh tgk SUKMA..hehe.tp akak pun x pegi sbnrbya..huhu
hmmm.tak masuk pun kak..tengok dari luar je...kalau masuk kena beli pulak...he he he
DeleteSUKMA tengok kat tv je lah kak..
wahhh kat padang tembak... rindunye.. dni slau g stesen minyak tu hehe
ReplyDeletedni memang rindu semua kat kelantan kan..ha ha ha
DeleteLihatlah Kelantan pun ada pesta bunga macam di Putrajaya,. JB ni entah bila nak buat. Kakak suka kalau ada pesta bunga macam tu.. bestnya boleh beli banyak-banyak..
ReplyDeletememang best pesta bunga ni...siapa minat boleh beli..JB takde ye kak...hairan juga ye..bandar besar macam JB takde..
Deletepakai ngv mmg jimat kan. tp besar sgt nak bwk ke sana sini. hihi..
ReplyDeletememang jimat,tapi kalau penuh kat bonet kereta,beg baju pun tak muat nak letak...he he he
Delete