Friday, July 20, 2012

Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadan

1. Ketibaan Ramadan,umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa,semua golongan Islam,kaya dan miskin,berada dan tidak berada,terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih -mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah,justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah,selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain,khususnya mereka yang daif.

8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:

Maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu."

9. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

10. Malam Nuzul al-Quran (17 ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Pesanan: Semoga kita dapat menghayati Ramadan dengan penuh keinsafan. Di petik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. hamid

SELAMAT BERPUASA!


p/s:mungkin slow sikit update blog bulan ni...tapi kawan2 jangan lupa terjah menerjah ye..saya pasti singgah..

4 comments:

  1. As salam sis Ida,

    Manis betul perkongsian ini... jom collect pahala byk2 dibulan yg mulia ini ye! Salam Ramadhan :)

    Salam perkenalan juga! :)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa kak..

    mmg bln pose ni byk kelebihannya.. semoga kita mendapat keberkatan..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa k.ida..
    maaf salah silap ya..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...