Sambungan bahagian 3
Sebelum ke luar negara, kami telah pun awal-awal menyiapkan passport masing-masing.Passport ni pun dilakukan sewaktu kami masih belajar bahasa Jepun.Bermakna mereka yang bawa kami dan menguruskan persediaan membuat passport.Sungguh mudah!
Ada passport,mestilah ada tiket kapal terbang habis tu macam mana nak naik flight kan.Dulu tahun tu (1995/96) buat passport perlu bayar RM60 sahaja untuk tempoh 5 tahun.
Tak percaya?Ini buktinya:
Tiket kapal terbang masih dalam simpanan saya,memang saya simpan dalam tempat khas sebagai kenangan dan bukti saya pernah sampai ke Jepun.
Tiket kapal terbang kami semua telah diuruskan oleh pihak berkenaan.Dan memang mereka tempah untuk pergi dan balik.Harganyauntuk penerbangan pergi-balik ialah RM3918!!!Kalau campur dengan tax RM40 menjadikan ianya RM3958.Bukan saya bayar pun.
Ini pas masuk yang menunjukkan penerbangan kami dari Subang International Airport ke Kansai International Aiport pada 12 May 1996 pada jam 11.45 malam.Waktu tu takde lagi Sepang International Aiport.Berkumpullah semua ahli keluarga,adik beradik,sepupu sepapat dan teman-teman rapat menghantar ahli keluarga masing-masing dan mengucapkan selamat jalan.
Okay semua dah naik flight,selamat tinggal keluarga di Malaysia.Doakan kejayaan kami.Wah!Terasa seperti baru je semalam bertolak ke sana.he he he..Saya dapat tempat duduk kat bahagian tengah kalau tak silap.
bye!
bersambung...
Pesanan: Sedih ke tinggal keluarga?Mestilah sedih,tapi bila ramai kawan-kawan, sedih tu dapat disembunyikan.
Masih disimpan lagi tiketnya. mmg valuable kan! bagusnya akak! skrg tiket dah murah, ramai yg dpt melancong ke Jepun dgn AA. hehe..
ReplyDeletenilah satu2 nya kenangan yang tinggal...tiket2 yang lain dah hilang entah ke mana...ye lah,sekarang tiket dah murah...sesiapapun boleh pergi jika mampu..
Deletebila jauh dari famili, rakan2 tempat mengadu...
ReplyDeletemasih disimpan lagi semua itu.........
betul tu...kat tempat jauh rakan2lah keluarga kita
Deletejauh terbang meninggalkan keluarga..pasti sedih kan..
ReplyDeletesedih memang sedih,takpe..telefon ada...kami sentiasa berhubung..
Deleterezeki akak dapat pergi jepun..memang patut disimpan jadikan kenangan tu kak.
ReplyDeleterezeki yang datang sekali dalam hidup..contoh ni lah..
Delete12 May 1996 @ 1145pm
ReplyDeleteMenghampiri ulangtahun ke 17 tahun and yet masih simpan boarding pass??!!
Wow.. Must be a very special moment in ur life for whatever the reason it is.
I salute you.
saya pun hampir dah lupa nak kira berapa tahun dah kenangan tu...sangat berharga...bukan senang boleh ke negara orang jika tiada yang support..TQ sebab sudi membaca..
Delete