Tuesday, July 03, 2012

Gas Oksigen Tok Ayah

Tok ayah pernah sakit sehingga sukar untuk bernafas.Ajak ke hospital memang susah sikit.

 Tetapi 2 bulan yag lepas,tok ayah sakit sukar nak bernafas.Dan kali ini dia sendiri 'offer' diri untuk ke hospital.Biasalah bila orang tua sakit-sakit ni,ditahan dalam wad.Hospital tak ambil mudah tentang kesihatan orang-orang tua.Duduklah di wad sambil ditemani oleh anak cucu.


Dah 3 hari di wad,doktor pun mengizinkan dia pulang.Kerana dia hanya sakit biasa sahaja.Sukar nak bernafas sahaja.


Jadi kebetulan mak mertua kakak ipar saya sakit , dan memerlukan oksigen setelah pihak hospital menyuruh membawa pesakit pulang.Jadi mereka pun membelilah tong gas oksigen yang besar ni untuk menampung keperluan pesakit.


Harganya mencecah ke seribu lebih (RM).Mereka membelinya di kedai khas yang menjual tong oksigen ni.Setelah mak mertua kakak ipar sudah meninggal dunia,tok ayah mengambil alih menggunakan oksigen ni di kala tok ayah sukar untuk bernafas.Nampaknya sangat berguna tong oksigen ni.Saya pun tak tahu nak panggil nama apa tong oksigen ni.

Cuma apa yang terlintas di fikiran saya ,bagaimana jika orang yang tidak berkemampuan untuk membeli tong oksigen ini di kala memerlukan.Memang mereka terpaksa juga mendapat rawatan di hospital juga.Tetapi masa dan kewangan sangat membataskan pergerakan ulang-alik mereka,jika hanya untuk digunakan seketika.

Menurut kata kakak ipar saya,tong oksigen ni boleh dipulangkan semula jika tidak digunakan lagi dan boleh dapat bayaran dengan harga tong sahaja.Ala macam tong gas kita guna memasak tu lah.Refill kan..yang ni pulang tong.Ye lah tong tu nak buat apa simpan kat rumah kan..

Hmmm...tinggi tong gas ni sama tinggi dengan saya tau.Itulah je info yang saya tahu.

Pesanan:Rasanya tong gas tu dah dipulangkan.Tok ayah-ayah mertua saya ye...

13 comments:

  1. nk refiil pun mahal juga ker..sian juga kan pada yg x berkemampuan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jugak kot..sebab bukan saya yang bayar...tu yang tak tahu sangat tu..

      Delete
  2. moga tok ayah tu cepat sembuh.. teringat tok ayah my FIL juga kat kg nun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok ayah sihat...ada juga ye tok ayah he he he

      Delete
  3. betul2 tinggi tu tong oksigen tu kan kak.. dni penah tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama tinggi paras bahu akak...dua biji tong gas lak tu..

      Delete
  4. syukur alhamdulillah to ayah dah sihat..kesian kan kat org2 yg tidak berkemampuan..hu2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mam...tok ayah pun bukan orang senang tak mampu juga,tapi atas ikhsan seseorang bolehlah tok ayah guna..

      Delete
  5. Boleh tahu beli kt mana tong oksigen ini,tq.

    ReplyDelete
  6. en/cik Anon..
    menurut kata kakak ipar ada tempat khas jual tong gas ni,boleh tanya farmasi..

    ReplyDelete
  7. salam boleh tanya dimana boleh beli tong gas tu ? dan untuk refill tq

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...