Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Sambil memasak sambil menambah ilmu-Serambi Ustazah

Saya suka rancangan masakan yang banyak mengajar ilmu agama disamping berkongsi resepi.Ini lah yang terdapat dalam beberapa rancangan masakan terutamanya di TV Al-Hijrah.

Ada suatu pagi saya bersahur,kemudian saya buka TV 1,oh ada juga ye rancangan masakan berbentuk sedemikian.Saya tertanya-tanya siapakah ustazah ni?Sebab saya pun baru pertama kali melihatnya.

Setelah di google beliau ialah Ustazah Wan Habsah,pendakwah  bebas dan penceramah.Selain itu juga beliau seorang usahawan,pengusaha rempah ready made.Patutlah dalam resepinya ada rempah ready made juga.


Saya suka gaya ustazah ni mengacara dan meyampaikan ilmu masakan.Selain itu ustazah juga mengajar bacaan doa yang sesuai digunakan ketika kita memasak.Memberi tips masakan.Mengajar cara masakan orang-orang Arab.


Banyak rupanya doa- doa yang boleh kita baca sewaktu kita sedang memasak agar masakan kita sedap dan elok.Daripada tak tahu kita jadi tahu.

Ustazah ada FB tau..Ni FB Chef Ustazah Wan Habsah

Saya harap semoga rancangan sebegini bukan hanya ada di bulan Ramadan je,biar sepanjang tahun.Isteri kalau nak menambat hati anak-anak dan suami,perlulah amalkan bacaan-bacaan yang ustazah dah ajar tu.

Pesanan: Saya pun banyak belajar bacaan doa ketika memasak dari sahabat saya yang kini tinggal di Terengganu,Suhaila namanya.Dia selalu ingatkan saya.

Monday, December 10, 2012

Rezeki Cuti Sekolah di Musim Buah-buahan-Durian

Rezeki cuti sekolah...

Hari sabtu saya menghadiri kenduri kahwin anak murid suami saya di Temerloh.Sepanjang perjalanan ke sana kiri kanan menjual buah-buahan seperti rambutan,duku,manggis dan durian.Antara buah-buahan semua tu,durian lah paling banyak dijual.

Memang dah rezeki tidak ke mana.Kebetulan saya mempunyai kawan yang tinggal di Temerloh.Hajatnya untuk singgah di rumahnya untuk tumpang solat selepas jamuan makan di kenduri kahwin tersebut..Namun demikian,dia memberitahu pulang ke kampung ibu mertuanya.Dia menjemput saya ke kampung mertuanya untuk menikmati buah-buahan.Jarak ke kampung dari rumahnya di Temerloh sekadar 15 minit sahaja.Buah-buahan punya pasal,saya sanggup!



Pucuk dicita ulam mendatang,umpama orang mengantuk disorongkan bantal.Demikianlah yang berlaku pada saya dan keluarga.Setibanya kami di sana,dihidangkan dengan pemandangan buah-buahan di rumahnya,lebih-lebih lagi buah durian yang ada baru saja luruh.



Gembira bukan kepalang saya dan lebih-lebih lagi anak ke 5 saya yang hantu durian dengan saya.Apalagi kami dijamu makan durian.Makan sekenyang-kenyangnya.Dahlah makan durian,disuruh pulak kopek lagi durian untuk dibuat tempoyak.Saya pun dengan sedaya upaya memenuhkan bekas yang memang kebetulan ada dalam kereta saya.(macam tahu aje kan).


Inilah hasilnya.Ini gambar tak penuh bekas lagi ni.Ada lah dalam 4-5 biji saya kopek dan ambil isinya.Bolehlah dibawa pulang.Macam-macam dah masakan nak dimasak dengan durian ni.Pagi ni saja saya dah ambil sedikit untuk dibuat cekodok durian.

Kami balik pun dibekalkan dalam 6-7 biji durian dan sedikit buah rambutan buat bekalan makan dirumah.Anak-anak dah order suruh masak pengat durian.Insya Allah,ada bahan-bahan dirumah bolehlah buat.Memang rezekilah.Alhamdulillah,syukur pada Allah.

Pesanan:Durian banyak ni,kalau buat durian crepe pun sodap ni kan....nanti nak salin resepi dulu...

Thursday, December 06, 2012

Telur asin masak bersama nasi

Ni saya belajar dari mak.Memang kalau nak mudah masak telur asin masukkan aje telur tu bersama nasi yang kita nak masak.

 Bersihkan betul-betul telur asin tu,masukkan kedalam periuk berisi beras yang dah dibasuh bersih dan dah disukat airnya.Mudah je.Tak payah nak pantau-pantau telur tu.Dah masak nasi maknanya dah masaklah telur asin tu.



Beginilah rupanya telur asin yang dimasakkan sekali dengan nasi.Nasi dah masak boleh dah angkat keluar telur asin tu.


Bila dah belah dua,cantik dan masak je telur asin tu.Tak perlu bersusah payah rebus dalam periuk asing.Jimat masa.

Pesanan:Inilah hebatnya orang  dulu-dulu,macam-macam petua dan tips berguna boleh pakai sampai sekarang.

Saturday, October 27, 2012

Rentetan Cerita Lembu Korban di Pagi Raya Aidil Adha


Rentetan cerita lembu korban

Mula-mula lembu tu mengeluarkan bunyi yang kuat 'moooooo.....moooooo.....moooooo'.Kemudian dia terkencing.....banyaknya keluarkan air kencing.Budak-budak dah kerumun sekeliling lembu tu.Maka mereka pun dapat menyaksikan adegan tersebut.he he he....

Mulalah acara akad jual beli.kemudian berniatlah masing-masing yang terlibat dan acara penyembelihan pun bermula.Menggeleparlah lembu tersebut tatkala selesai penyembelihan dan akhirnya senyap juga menandakan sudah tamat riwayat hidupnya.

Maka,bermulalah kaum lelaki melapah daging lembu.Kaum wanita mulai memasak di dapur.

Daging korban mulai ditimbang dan di agih-agihkan kepada yang layak menerimanya.Sementara di dapur daging tadi dimasak sama ada di goreng atau di buat singgang daging.

Sebelum kaum lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,acara makan-makan untuk mereka disediakan.Perut kenyang,selesai solat,nampaknya ramai yang cuba melelapkan mata....keletihan nampaknya.....

Tamatlah cerita daging korban hari ini.Selesai!

Pesanan:2 - 3 hari ni jumpa lauk berasaskan daging je lah....tak nampak dah lauk lain....pening wei!

Tuesday, July 24, 2012

Hari-hari digoda makanan

Kena banyak bersabar nak melatih anak usia 5 tahun berpuasa.Bangun sahur kena pujuk rayu dulu.Cakap kena lembut sikit.Lauk kena selera dia,baru boleh makan.

Waktu ke sekolah dari pagi hingga tengah hari boleh tahan lagi.Mungkin sebab semangat kuat sebab kawan-kawan lain pun puasa juga.

Masuk je tengah hari nak ke petang mulalah buat perangai.Pujuk dulu suruh main game kat komputer,hmmm... bolehlah tahan sikit.Waktu saya mula buat kuih,dah merengek pulak.Saya janji simpan sikit kuih untuknya.Tapi kalau lama-lama tengok macam-macam kuih saya buat untuk jualan,dah mula tergoda.Waktu ni babanya dah balik.Nak menangis kuat-kuat depan saya dia takut.Pergi mengadu kat baba pulak.Baba pulak cair hatinya,minta kuih nak beri pada anak.hmmmm...jam 3.45petang dah berbuka,tak sabar nak tunggu beberapa jam lagi.

Tengoklah kuih ni,mana tak tergodanya.Saya yang tukang buat pun tiba-tiba rasa nak makan,biarpun bila waktu berbuka saya simpan sikit,tak juga habis makannya.Apa lagilah anak-anak kecil ni.

Tengok muka merajuknya.Padahal nak makan sikit je kuihnya.tu nak start meraunglah tu.ish...mudah sangat tergodanya.Semalam puasa sampai 3 petang,hari ni 3.45 petang,esok-esok tak tahu lagi.Harap kat sekolah je lah tak makan sebab cikgu dia tak masak.

Lauk kat rumah pun dah habis.Jadi saya ke kedai beli tin sardin.Sayur pula kebetulan semalam jiran (ustaz Azan)yang berkebun tu bagi.Periksa lagi peti ais ada lah ikan bilis mentah,itupun jiran bawah rumah(Cikgu Niena) bagi.Jadi saya pun masaklah untuk juadah berbuka.Alhamdulillah rezeki Allah beri pada bulan puasa ni.Dapatlah 3 lauk sambal sardin,sayur kailan goreng dan ikan bilis goreng bawang dan cili.

Selamat Berbuka!

Pesanan:Memang rezeki saya lah ni,jiran-jiran baik hati.

Wednesday, May 16, 2012

Ikan Sembilang Berlada Pujaanku


Lepas ayah masukkan gambar lauk mak dalam FBnya.Saya jadi kecur liur nak makan ikan sembilang ni.Kalau duduk dekat dengan rumah mak,dah lama saya singgah.Apa lagi saya ke pasar semalam mencari ikan sembilang untuk dimasak.

Ikan sembilang ni sedap disalai dan masak lemak cili api,fuhhh...gerenti terangkat.Ayah saya suka sangat lah lauk lemak cili api ni,sebab dia orang nogori.Bila saya tegur kata sedapnya lauk tu.Dia pun jawab balik,mestilah,lauk orang nogori.

Saya pula nak masak berlada je.Saya masak seekor je memandangkan kat rumah ni saya seorang je makan.Apa lah diorang ni tak makan ikan yang punya sedap ni.Saya beli dah siap siang lah ikan tu,nak harap saya ketuk kepala ikan tu,mau hancur rasanya kepala ikan tu.

Mula-mula saya lumurkan dulu ikan dengan asam jawa.Biar hanyir dan lendir di ikan tu hilang.Dah basuh bersih,saya potong dua ikan tu,lumur garam dan kunyit goreng garing.


Sebab seekor je bahan-bahan nak masak pun tak banyak.
Cuma perlukan


3 biji cili merah
1 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih


Kisarkan semuanya.Tumiskan dalam kuali yang berisi sedikit minyak.Goreng garing hingga kuah agak kering sedikit.Sambil tu masukkan asam keping dan garam.Dah rasa masinnya masukkan ikan dah goreng tadi.Mudah je kan.


Pesanan:Ada lagi 3 ekor dalam peti,hari-hari masak ikan sembilang pun takpe,tapi saya seorang je lah makan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...