Showing posts with label Musim Durian. Show all posts
Showing posts with label Musim Durian. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Musim buah-buahan.

Segar lagi ni,baru je kutip petang semalam di Jerteh Terengganu.(rumah mak cikgu Niena).Memang rezeki saya,saya ambil malam tadi sewaktu saya ke Kelantan mengambil anak saya bercuti.Baru je sampai Kuala Lipis pukul 4 pagi tadi.Sangat berbaloi perjalanan kami sehari semalam.


Ini saya close up satu-satu....Makan sampai pengsan..okay..hehehehe


Blogger Che Mid kebetulan ada kat Kuala Lipis petang semalam,tapi saya pula nak ke Kelantan ambil anak yang cuti awal sempena hari merdeka ni.Tak juga sempat berjumpa ye kak.Lain kalilah.Kebetulan ada je program tidak diduga.Jadi takde rezeki buah jugalah untuk che mid...

Pesanan:Rezeki anak-anak ni.

Monday, December 10, 2012

Rezeki Cuti Sekolah di Musim Buah-buahan-Durian

Rezeki cuti sekolah...

Hari sabtu saya menghadiri kenduri kahwin anak murid suami saya di Temerloh.Sepanjang perjalanan ke sana kiri kanan menjual buah-buahan seperti rambutan,duku,manggis dan durian.Antara buah-buahan semua tu,durian lah paling banyak dijual.

Memang dah rezeki tidak ke mana.Kebetulan saya mempunyai kawan yang tinggal di Temerloh.Hajatnya untuk singgah di rumahnya untuk tumpang solat selepas jamuan makan di kenduri kahwin tersebut..Namun demikian,dia memberitahu pulang ke kampung ibu mertuanya.Dia menjemput saya ke kampung mertuanya untuk menikmati buah-buahan.Jarak ke kampung dari rumahnya di Temerloh sekadar 15 minit sahaja.Buah-buahan punya pasal,saya sanggup!



Pucuk dicita ulam mendatang,umpama orang mengantuk disorongkan bantal.Demikianlah yang berlaku pada saya dan keluarga.Setibanya kami di sana,dihidangkan dengan pemandangan buah-buahan di rumahnya,lebih-lebih lagi buah durian yang ada baru saja luruh.



Gembira bukan kepalang saya dan lebih-lebih lagi anak ke 5 saya yang hantu durian dengan saya.Apalagi kami dijamu makan durian.Makan sekenyang-kenyangnya.Dahlah makan durian,disuruh pulak kopek lagi durian untuk dibuat tempoyak.Saya pun dengan sedaya upaya memenuhkan bekas yang memang kebetulan ada dalam kereta saya.(macam tahu aje kan).


Inilah hasilnya.Ini gambar tak penuh bekas lagi ni.Ada lah dalam 4-5 biji saya kopek dan ambil isinya.Bolehlah dibawa pulang.Macam-macam dah masakan nak dimasak dengan durian ni.Pagi ni saja saya dah ambil sedikit untuk dibuat cekodok durian.

Kami balik pun dibekalkan dalam 6-7 biji durian dan sedikit buah rambutan buat bekalan makan dirumah.Anak-anak dah order suruh masak pengat durian.Insya Allah,ada bahan-bahan dirumah bolehlah buat.Memang rezekilah.Alhamdulillah,syukur pada Allah.

Pesanan:Durian banyak ni,kalau buat durian crepe pun sodap ni kan....nanti nak salin resepi dulu...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...