Sikat kutu
Ubat kutu jenama Delice @ syampu kutu
Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.
Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.
Dah bermacam-macam jenis sikat kutu digunakan dari jenis kayu,plastik sampai ke besi,apalagi ubat kutu yang berbotol-botol beli di farmasi dan ambil di klinik kesihatan.Hampir putus asa jadinya.Bila kita ingat dah tinggal hampas je,rupanya masih ada lagi saki baki yang hidup.Hari-hari mencari telur yang tersembunyi.
Yang bestnya kalau ada tin,ha..letupkan je atas tin tu,berdetup-detup bunyinya.Kadang ralit juga mencari kutu dan telurnya ni.Kadang-kadang sampai tertidur anak saya.
Kini saya cuba cari lagi ubat yang tak pernah guna lagi yang disertakan dengan sikat kutu besi.Rapat sangat,jadi potensi luruh dan melekat tu besarlah sikit.Guna ubat dia dalam keadaan rambut basah,macam syampu.Biarkan 10 minit baru bilas.Ni jenama Delice,harga RM15 kakak ipar tolong belikan di KL.
Nampak macam berkesan sikit.Tapi kena teruskan menyisir rambut guna sikit kutu ni.Kalau anda ada petua lain silalah kongsikan.
Pesanan:Biasanya bau ubat kutu ni busuk kan,tapi syampu kutu delice ni wangi.


