Showing posts with label Restoran. Show all posts
Showing posts with label Restoran. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Mee Udang Banjir di BNO,Kuala Selangor

Ceritanya bila kami dapat undangan perkahwinan di Sungai Besar,Kuala Selangor,jadi sepanjang perjalanan kami ke rumah pengantin,sepanjang jalan tu lah kami jumpa macam-macam gerai makanan.Antaranya cendol bakar,berjenis-jenis kerepek,mee udang banjir,siput mentarang.Ada juga kedai jual bantal kekabu dan kekabu. Dalam kereta tu dah plan nak singgah sana situ balik dari kenduri kahwin nanti.

Namun demikian bila ditanya seorang gadis di kenduri tersebut,dia kata kat BNO mee udang banjir sedap.Apa BNO tu?Sebab rata-rata yang bagi peta nak kesana sebut BNO.Rupanya ianya nama tempat yang telah diringkaskan sebutannya.Jadi BNO itu ialah Bagan Nakhoda Omar,Kuala Selangor.



Kedai ini terletak betul-betul di tepi pantai.Memang kepada yang tak biasa ke sana merasakan sangat jauh.


Pemandangan di kedai tersebut.

Inilah Mee Udang Banjir Kak Wah.Ramai yang berpendapat mee sini yang paling sedap.Memang sedap jugak.Udang besar 2 ekor,4 ekor udang sederhana besar harganyaRM6.Bagi saya ianya masih tidak setanding Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang di Perak.

Inilah pemandangan dari dalam kedai tersebut menghala ke pantai.

Pesanan:Masih lagi tercari-cari mee udang banjir yang lagi sedap.

Sunday, October 21, 2012

Makan-makan di Marry Brown Raub



Kaum lelaki malam tadi dah puas menjerit tengok bola,hari ni pula ke Sepang menonton GP Motor pula.Tinggallah anak-anak bersama umi duduk di rumah.

Eh,tak boleh jadi ni....saya punajak Cikgu Niena berjalan ke Raub.Jalan-jalan cari makan.Seawal pukul 10 pagi kami bertolak ke Raub dari Benta.Perut pun dah berkeroncong ni,tak makan satu apapun kat rumah tadi.Kami pun masuk ke Marry Brown di Raub.Di waktu ni kereta tak banyak sangat,jadi cepatlah kami sampai ke Raub.

Anak-anak pun suka bila dibawa berjalan,umi pun hilang tension sikit asyik mengurung diri di rumah je.Memang dah hampir cuti sekolah pun,tapi letih juga asyik di rumah je,nak juga hirup udara di luar.Kaum bapa senang je kan nak ke sana sini,tak perlu fikir nak bawa anak-anak kan.Umi ni ha,angkut semua anak masuk kereta bawa berjalan...no problem!he he he

Sewaktu nak pulang semula ke Benta-Lipis,kereta dah mula banyak.Agak-agak kereta dari mana ye?Ha...kereta yang bawa bendera negeri Kelantanlah.Kan hari ni diberi cuti,hari nilah semuanya nak bertolak balik ke Kelantan.Siap pakai baju pasukan bola mereka dan kibar bendera.Dan paling best suasananya,masing-masing membunyikan hon dan mengelipkan lampu tinggi tanda sokongan sesama mereka.Dah macam pesta jalan raya pula.Mesti jem sampai ke malam lah ni...

Selamat sampai di rumah,perut dah kenyang,masuk tidur.....hehe he

Pesanan:Saya pun ada juga bunyikan hon..he he he...saja je....

Tuesday, July 03, 2012

Nasi Arab...akhirnya masuk ke mulut jua...

Hari sabtu lepas,saya pulang ke rumah mak di Pandan Indah Kuala Lumpur.Saya menaiki bas Tranasional dari Lipis ke Hentian Pekeliling bersama 2 anak kecil saya.Sampai di hentian tu,saya amik LRT terus ke Pandan Indah dan ayah sudah menunggu untuk menjemput kami.Suami tak dapat ikut sebab bawa budak motivasi.

Saya lama dah mengidam nak makan nasi arab.Bukan tak pernah makan,tapi bila rajin jenguk blog orang cerita tentang nasi arab,saya mula mengidam nak makan. Jadi di kesempatan saya pulang ke KL untuk menghadiri jemputan kahwin sepupu saya,saya telah berbesar hati meminta dengan muka tak malunya dengan si buyong aka adik bongsu saya belanja saya makan nasi arab.

Dengan rendah hatinya adik saya bawa saya ke Restoran Saba di Dataran Jelatek,Setiawangsa KL.Selain di situ saya pernah juga makan di Restoran Saba di Cyberjaya.

Perkhidmatannya sangat baik dan memuaskan.Bila dah order,rasanya tak sampai 10 minit,makanan dah berhidang.Saya order nasi ni.Tak ingatlah namanya.Tapi ayam tu dibakar.Memang penuhlah pinggan tu.Siap dengan kuah dan cili.

Saya orang Melayu,ayam besar macam tu kat atas pinggan kecik tu,saya letak atas pinggan lain dan makan cara Melayu(amik siki-sikit).

Tengoklah beras dia,memang sedaplah nasinya.Adik saya makan habis tau,tapi alasannya munasabah,dia makan untuk berdua.Yang paling mengejutkan,saya selama ni makan banyak,boleh tak habis pula nasi tu.Untuk mengelakkan pembaziran saya minta bungkus bawa balik.Patutlah badan orang Arab besar-besar,makan nasi banyak,lauk besar.

Kalau sesiapa nak cuba makan nasi arab,bolehlah jengah kat Dataran Jelatek,Setiawangsa,KL.

Tengok tu,siap bungkus lagi makanan dan minuman.Saya bersama mak buyong yang akan melahirkan anaknya pada bulan puasa ni (yang berbaju coklat tu adik saya).

Jadi bila dah ada orang belanja ni,maka impian pun tercapai,taklah keluar air liur asyik duk mengidam je.Terima kasih adikku,tanpa duitmu kakakmu tak dapatlah makan nasi arab.he he he

Pesanan:Ada juga nak ajak sekeluarga makan situ lagi,tapi tengok budget jugaklah.Kami makan 2 orang je dah RM50 lebih,kalau saya sekeluarga 8 orang?...$$$$$

Saturday, June 02, 2012

Makan-makan lagi

Malam tadi apalah mimipi adik ipar saya nak belanja kami sekeluarga makan.Sedangkan dia masih tak sihat sebab demam.Tapi apakan daya kami,takkan nak menolak rezeki kan.He he he

Disebabkan dia pun tak tahu kat mana nak belanja kami makan,suami(abang dialah tu)ajaklah makan kat sebuah restoran ni.Saya suka nama restoran ni.Namanya Restoran Slera Puok Kito,terletak di Padang Tembak,Kelantan,Maknanya restoran selera orang-orang Kelantanlah tu.

Waktu singgah sini,memang ramai orang di dalam walaupun disediakn tempat makan di luar restoran.Rupanya geng-geng lelaki sedang tengok perlawanan bola antara Malaysia dan Filipina.Jadi hasrat saya nak menikmati angin kat luar restoran terbantut,bila suami ajak makan didalam.

Orang nak belanja kan.Saya dan dua anak dara memilih minuman buah-buahan.Dari kiri,laici bandung,carot susudan jus epal.



Part order makananlah saya paling menyampah ngan anak-anak saya.Asyik order nasi goreng je.Order lah makanan lain.Nasi gorengkan biasa je.
Tapi yang penting,harus bergambar dengan makanan...

Saya mesti order yang kaw-kaw punya.Char Kuey Teow Biasa.Kaw tak?Sebenar ada seekor je udang,tapi sebab resdung,saya bagi kat anak udang tu.

Yang lelaki sibuk menonton bola.Ada saya kisah?Saya makan jelah dulu dengan anak-anak.Bersorak kuat juga diorang tu.

Apa yang dapat saya katakan di sini,rakyat Kelantan sangat berbangga dengan bahasa ibunda mereka (loghat),jadi apa salannya mereka gunakan untuk diabadikan di restoran diorang kan.Memang bestlah!

Pesanan:Adik ipar tidak mahu gambarnya diambil kerana takut ramai yang suruh dia belanja makan pulak.he he he...

Sunday, May 27, 2012

Makan sambil tengok bola..itu dia..saya?...

Saya berkesempatan ke sebuah restoran di Pengkalan Chepa,Kelantan untuk menikmati makan malam bersama keluarag.Kebetulan semalam ada perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Johor FC,maka kebanyakan restoran memang penuh dengan orang.


 Tapi penuh dengan orang yang ramai menonton bola bukannya nak makan sangat.Saya segan nak makan depan tv yang disediakan.Sebab kebetulan hanya ada satu meja kosong depan tv.Jadi macam saya pula yang ditonton oleh orang ramai kat belakang tu. Suami dan anak lelaki kekal duduk di situ,manakala saya dan anak-anak beralih meja di sebelah yang masih kosong.Korang makanlah bola tu,kami nak makan nasi ye..

Jom lihat restorannya yang sempat saya ambil gambar.


Restoran D'Apple bukanlah hanya sekadar nama saja,tetapi turut menghidangkan makanan yang berasaskan buah epal tu sendiri.Tapi saya tidak mencubanya sebab nak jimat waktu nak bayar.Maklumlah epal kan mahal sikit.he he he..

Ada dua ruangan disediakan,sebelah kiri ada tv,sebelah kanan ada majalah.Jadi saya dan anak-anak perempuan makan sambil baca majalah,yang kaum lelaki makan sambil tengok bola.




Nasi goreng kampung

Nasi goreng Thai

Dan tak lupa rak majalah yang banyak lagi rupanya saya tak baca lagi.Macam nak pinjam je bawa balik Boleh ke?he he he melampau tau!...



Ni anak-anak sedang membaca majalah sementara menunggu makanan sampai.Taklah kita bosan menunggu kan..Yang si kecil tu belek-belek gambar je lah.Dahlah baca buku ala-ala baca majalah tulisan jawi.Dari belakang ke depan.he he he

Pesanan:Jangan makan banyaklah wahai ummiarissa,ingat anda dalam proses menurunkan berat badan.Fuhh!!!

Saturday, May 19, 2012

Kedai Makan di Kuala Krai,Kelantan


Restoran sederet ngan dia banyak...tapi saya berkenan dengan restoran ni.Eloklah sesiapa yang dari Kelantan tu nak ke Kuala Lumpur tengok perlawanan bola sepak Kelantan lawan Sime Darby,balik dari Kuala Lumpur singgah kat sinilah.Boleh tahan makanannya.Layanan pun tidak mengecewakan.

Ini pemandangan di kawasan luar restoran.Saya pasti malam ni tentu ramai yang singgah sini,sebab ada layar tv yang besar.Mesti mereka akan menayangkan aksi-aksi perlawanan bolasepak di sini.

 Kalau bab-bab suruh order air,air buah-buahan menjadi pilihan.Sedap!Sebab habis licin!
Anak-anak order nasi goreng je,tapi tak sempat snap gambar.

Kami berdua (umi dan baba).order nasi putih,sup ekor dan paprik daging/ayam.Memang kena makan nasi juga.Sebab malam tu memang kami lapar sangat.Memang sedaplah supnya,ini komen ikhlas suami saya,sebab dia memang dah biasa makan sup,ada yang tak sedap langsung.Boleh percayakan dia.Saya pun rasa sedap juga.

Jadi sesiapa ke Kelantan pasti akan melalui kawasan sederet gerai makanan yang bermacam pilihan di Kuala Krai.Buat pilihan sendiri!

Pesanan:Adakah Kelantan akan menguasai permainan malam ini?Ramai yang meramalkan Kelantan berpotensi menjadi juara.Anda bagaimana?

Tuesday, February 28, 2012

Temujanji dengan penyampai Hotfm Kelate

Hari minggu lepas bertempat di Restoran Wau,Kota Bharu,Kelantan ,saya berpeluang untuk makan malam bersama penyampai radio Kelate yang semakin dikenali ramai iaitu Wanie atau lebih dikenali sebagai Shaz Hotfm Kelate.(selepas ini panggilan Wanie dalam entry ini)


Sebenarnya memang sudah lama saya ingin berjumpa dengan Wanie, sebagai kenalan blogger juga di alam maya.Jadi kesempatan saya ke Kelantan minggu lepas,saya manfaatkan untuk bertemu janji dengannya.Maka pada hari sabtu saya mengundangnya untuk bersama keluarga saya makan malam di sebuah restoran.Ini kali ke-2 saya makan di Restoran Wau ini(sila rujuk entry ini)

Wanie yang hadir bersama dua orang anaknya Auni dan Aniq juga ditemani oleh ibunya,hadir tepat pada waktu yang dijanjikan.Wow!Ramai betul orang dalam restoran tu,terpaksalah kami menunggu tempat kosong.Sebaik ada tempat kosong kami pun mengambil tempat masing-masing.

Mulalah order-mengorder makanan.Lihat ni...

Kami kaum perempuan sedang leka melihat menu yang terdapat di Restoran Wau.Banyak sangat makanannya,pening kepala untuk nak order ni.

Ok..sementara menanti makanan sampai,biasalah posing dulu..boleh?Di saat menanti makanan,anak-anak kami meragam,maklumlah bila perut dah mula lapar,meragamlah budak-budak ni..


Di saati ini,mulalah adegan merajuk terjadi.Anak saya ni nak order nasi lemak.Kat situ mana ada nasi lemak.Hu hu hu...tetapi rajuknya tak berpanjangan apabila chicken chop menjadi pilihan keduanya.Wah!makan sorang lak tu..

Chicken chop habis dia makan sorang..eeee..bestkan merajuk

Tu dia...lauk sudah sampai.Lauk-lauk ni pilihan saya dan Wanie.Cukup tau makan ramai-ramai ni.

Mari close up apa yang kami order:

Ikan Siakap Tiga Rasa-pilihan saya

Kerabu Mangga-pilihan Wanie

Butter Prawn-pilihan Wanie (Udang mana daa.kena sorok bawah daa)

 Tomyam Campur-Pilihan saya

Kangkung Goreng Belacan-Pilihan saya


Kek-hadiah istimewa

Bercerita tentang kek tu,kebetulan ada pengunjung restoran di situ menyambut harijadi anak mereka,jadi memang dia bagilah sepotong atau dua potong di setiap meja berdekatan mereka.Jadi memang rezeki kamilah merasa kek harijadi tersebut.

Wanie,Aniq dan ummiarissa..syok berbual dan bergambar
Tengok Aniq anak Wanie,tersepit sebab mak-mak sibuk nak bergambar..he he he

Selang kami makan kami berbual,macam-macam hal kami bualkan,dari hal anak-anak,keluarga sehingga hal ke-hal kerja Wani sebagai penyampai Hotfm Kelate.Memang dia mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.Tidak kekok langsung berbual dengan Wanie.Tapi bergambar mesti tak ketinggalan.

Terima kasih Wanie,sudi makan malam bersama kami.Lain kali kita jumpa lagi.

Pesanan:Kalau tak kenal maka tak cinta kan....Ada lagi nak jumpa blogger ni,tapi tak sempat asyik tertangguh je macam Yna Preetywrite ni..bila ye?

Monday, May 30, 2011

Donut di mana?

Posing dahulu sebelum makan

Semalam juga saya dan anak-anak cuba makan donut di Big Apple and Donut di Jusco Setiawangsa.Budak-budak ni termasuk maksu diorang dah tertahan melihat bermacam-macam jenis topping yang menarik di atas donut tersebut.

Saya dah biasa buat,tak lah teringin sangat nak makan,cuma saya sempat melihat secara dekat bagaimana corak topping di atas donut dibuat.Bolehlah cuba buat nanti.


Tak tertahan hati lihat macam-macam jenis topping kat atas donut ni...

ni yang jenis ala-ala Jepun..apa ek namanya..tak ingat dah..
Apa yang penting HALAL....
Antara donut yang dibeli...saya marah kat anak-anak sebab beli jenis yang sama sampai 3...beli lah lain-lain boleh rasa sikit sorang....

Pesanan:Yang seronoknya makan kat sini...ada orang belanja...he he he sape lagi kalau bukan maksu dia....kita makan je lah....

Thursday, April 21, 2011

Jom singgah kedai pak Aziz Satar....






Hai,,,jumpa lagi...

Saya sangat sibuk kebelakangan ni..Memang tak sempat jenguk blog orang,blog sendiri apatah lagi.Lagipun bila saya dah leka dengan sesuatu,terlupa yang lain.

Saya ada cerita yang dah lama terperap kat draft post saya.Maklumlah bila bercuti baru-baru ni,saya hanya sempat upload gambar je.Ceritanya entah kemana..lupa dah kat mana.

Saya gemar makan satar yang dibeli suami di Kuala Kemaman ,Terengganu.Akhirnya saya sampai juga ke restoran pak Aziz ni.Memang satarnya tip-top...sangat sedap.Terasa ikannya.Mula-mula masuk dan duduk sahaja di kedainya,mereka terus hidangkan pulut,otak-otak dan satar.Kalau kita sambil-sambil tunggu order minuman kita makan dulu.Tapi nanti kena bayar tau.Tak rugi,memang sedap.

Kemudian yang menariknya,pinggan untuk makan nasi berlauk punyalah besar!Boleh makan 2 orang dewasa sebesar pinggan tu.Ada kot dalam 11 inci lebarnya.Tempat lain tak de tau.

Tentang satarnya yang sedap tu,awas!kalau nak suap kat anak-anak,pastikan cili api di dalamnya dibuang dahulu,mahu menjerit budak tu kang tergigit cili api.Kita ni memang sedaplah kalau pedas kan.




Okaylah,kalau ada masa carilah kedai pak Aziz ni...tanya je kat orang tempatan sana,Mesti diorang tahu,kat mana restorannya.Itu je lah cerita kali ni.

Pesanan:Ini restoran bukan Aziz Satar (pelakon) punya.Kebetulan namanya Aziz,dan pak Azizi jual satar,jadilah Aziz Satar.Menarikkan!

Wednesday, February 02, 2011

Sambutan Harijadi anak Pak Arab

Pemilik restoran Mr Sulaiman dan anaknya Hanan..

Kek berbentuk princess

Kawan adik (yang nama Jun tu)yang kawin ngan orang Arab buat sambutan harijadi anak sulungnya Hanan.Kami sekeluarga dijemput.Memang murah rezeki kami minggu ni.

Kami dijamu makan nasi arab sesuai dengan selera pemilik Restoran Saba Mr Sulaiman orang Arab yang sudah lama bermastautin di Malaysia yang akhirnya bertemu jodoh dengan orang Malaysia juga.Memang sedap dan lazat makanan di restorannya.Restoran Saba yang terletak di Cyberjaya itu memang ramai pengunjungnya terutama di hujung minggu atau cuti sekolah.


Antara juadah arab yang dihidangkan
Antara kanak-kanak yang hadir (yang berbaju skirt pink "birthday girl")


permainan rebut kerusi(yang tudung hitam kat sudut tu Jun)

Pesanan:Selagi kita dapat menghadiri jemputan orang eloklah kita pergi.Kecuali atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Nampak keceriaan di wajah tuan rumah dengan kehadiran para tetamu jemputan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...