Showing posts with label Berkahwin. Show all posts
Showing posts with label Berkahwin. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Hantaran budak-budak zaman sekarang

Saya pun tak tahu nak cakap apa.Tak tahu juga nak terangkan apa kah bendanya.Nak tanya takut dikatakan busy body.Tapi mesti budak-budak muda sekarang tahu apa kah bendanya itu.

Kalau dulu ibubapa atau orang yang lebih tua mencadangkan apa yang perlu diletakkan atas dulang hantaran,sekarang ni mereka sendiri yang tentukan.

Mungkin ibubapa pun malas nak masuk campur,maka inilah hasilnya.Asalkan anak-anak suka,dah memadai.


Ini antara hantarannya.Memang nampak seperti buku,tapi buku kartunkah ini?Saya pun tak pasti.Macam buku dari Korea atau Jepun je ni.


Yang ini pula lawak kampus.Saya pernah baca dari anak saudara suami yang beli buku ni.Bagi saya tak menarik,tapi anak-anak suka pula membacanya.Dah lah tebal.

Hmmm...macam-macam pula bentuk hantaran ni kan.

Pesanan:Saya lebih suka buku bercirikan keagamaan sebagai hantaran,ilmu dapat hidup berkat.

Wednesday, November 21, 2012

Keluarga asal jangan dilupakan

Bergambar bersama keluarga paksu

Ini cerita sambungan untuk paksu saya.Kali ni undangan perkahwinan nank perempuannya pula.Kali ni lagi best ceritanya.

Ini menurut cerita mak saya.Mak paksu dulu selepas bercerai dengan suaminya berkahwin dengan orang Melayu.Jadi dalam keluarga paksu hanya tiga orang yang masuk Islam iaitu maknya,kakak dan dirinya sendiri.Jadi adik beradik paksu masih kekal dengan agama asalnya.Namun demikian mak paksu dah meninggal awal tahun ni(kalau tak silap),ada juga anak-anaknya yang lain datang menziarahi jenazah.

Kemudian baru-baru ni,kahwin anak perempuannya,datang salah seorang adik beradik paksu berbangsa Cina ke majlis tersebut,saya pun ambil kesempatan snap gambar mereka.Bukan mudah nak berkumpul sebegini.Walaupun kini mereka berlainan agama,namun demikian mereka masih ada ikatan darah sedaging dan masih adik beradik.Kakak paksu datang bersama anak perempuan dan 2 orang cucu.


Saya bergambar bersama pengantin dan adik beradik saya...

Apa yang saya tersentuh,mereka masih berhubung lagi,dengar kata mak,kalau sambutan Tahun Baru Cina,paksu pergi juga menziarahi kakaknya.Dan dia tahu apa yang perlu dihidangkan kepada adiknya yang sudah beragama Islam.Seronok saya mendengarnya.Semoga suatu hari dibukakan hati mereka dengan Islam.

Moral of Story:Kita sebagai orang Islam harus menghormati semua kaum.agama dan menunjukkan sikap yang baik seperti yang dituntut oleh Islam.Dari sinilah kita dapat menakluk hati mereka agar sayang pada Islam.

Pesanan:Indahnya Islam jika mereka benar-benar menghayatinya.


Thursday, June 21, 2012

Tunang,Kahwin dan Dapat Baby....Meriah tau!

Zaman sekarang ni nak sambut apa-apa pun meriah tau.Daripada bertunang,berkahwin sehingga dah dapat anak pun sambutan diberikan cukup meriah.Beruntunglah mereka yang diraikan itu.

Dulu-dulu,majlis pertunangan ringkas sahaja.Hanya sarung cincin di bilik yang dihiasi ringkas je.Mak mertua dan ipar duai yang akan masuk ke bilik bertunang tu.Tunang lelaki tak kelihatan ketika itu,ada setengahnya bekerja seperti biasa,ada pula hanya tunggu di luar rumah sahaja.Memang tak campur.

Sekarang ni majlis pertunangan,siap pelamin,siap bagi cenderahati lagi,kalau kat luar rumah tu,pasang khemah 2-3 buah.Meriah kan.Bab bergambar pula,tunang lelaki pun ada juga yang datang berpakaian sedondon dengan tunang perempuan.Sesetengahnya ada juga siap ambil gambar kat luar dari rumah seperti di taman-taman.

Ini contoh pelamin untuk pertunangan adik kawan saya.Tak perlu hias bilik.Ringkas tapi cantikkan.

Untuk perkahwinan pula,dah jarang orang guna dua kerusi.Semua dah pakai satu kerusi lebar seperti gambar di atas ni.pelamin pun hiasan tak lengkap kalau tak letak bunga jambang besar.Gambar blur,gambar anak saya.Malas nak bagi dia interframe.


Yang ini pula perkahwinan sepupu saya.Mereka juga menggunakan satu kerusi lebar.Merenjis-renjis lebih kurang,beri telur sebiji seorang dah selesai.Bunga masih menjadi pilihan.Memang tak cantik kalau tak letak bunga kan.


Yang ini pula majlis cukur rambut anak yang baru lahir.Majlis ini untuk anak sepupu saya.Buaian pun dah tak serupa buaian bila dah dihias cantik sebegini.Siap ada patung teddy bear tau kat bawah tu.Baby baru lahir ni peduli apa dengan hiasan tu kan,asalkan tidurnya jangan diganggu.Majlis seperti ni pun,ada juga pasang khemah di luar rumah ,cenderahati pun ada juga untuk para tetamu.Agaknya berapa kos buaian secantik ini?

Hmmm...beruntunglah mereka yang diraikan sebegini meriah.Memang anak-anak saya yang seramai 6 orang tu tak merasa langsung buaian berhias sebegini.Saya pun tak merasa alam pertunangan.Takpelah,tak kisah pun.Janji kami sekeluarga bahagia.Bagaimana dengan anda?

Pesanan:Makin canggih zaman itu makin canggih juga cara meraikan sesuatu.Tapi jangan lupa batasan dalam Islam.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...