Zaman sekarang ni nak sambut apa-apa pun meriah tau.Daripada bertunang,berkahwin sehingga dah dapat anak pun sambutan diberikan cukup meriah.Beruntunglah mereka yang diraikan itu.
Dulu-dulu,majlis pertunangan ringkas sahaja.Hanya sarung cincin di bilik yang dihiasi ringkas je.Mak mertua dan ipar duai yang akan masuk ke bilik bertunang tu.Tunang lelaki tak kelihatan ketika itu,ada setengahnya bekerja seperti biasa,ada pula hanya tunggu di luar rumah sahaja.Memang tak campur.
Sekarang ni majlis pertunangan,siap pelamin,siap bagi cenderahati lagi,kalau kat luar rumah tu,pasang khemah 2-3 buah.Meriah kan.Bab bergambar pula,tunang lelaki pun ada juga yang datang berpakaian sedondon dengan tunang perempuan.Sesetengahnya ada juga siap ambil gambar kat luar dari rumah seperti di taman-taman.
Ini contoh pelamin untuk pertunangan adik kawan saya.Tak perlu hias bilik.Ringkas tapi cantikkan.
Untuk perkahwinan pula,dah jarang orang guna dua kerusi.Semua dah pakai satu kerusi lebar seperti gambar di atas ni.pelamin pun hiasan tak lengkap kalau tak letak bunga jambang besar.Gambar blur,gambar anak saya.Malas nak bagi dia interframe.
Yang ini pula perkahwinan sepupu saya.Mereka juga menggunakan satu kerusi lebar.Merenjis-renjis lebih kurang,beri telur sebiji seorang dah selesai.Bunga masih menjadi pilihan.Memang tak cantik kalau tak letak bunga kan.
Yang ini pula majlis cukur rambut anak yang baru lahir.Majlis ini untuk anak sepupu saya.Buaian pun dah tak serupa buaian bila dah dihias cantik sebegini.Siap ada patung teddy bear tau kat bawah tu.Baby baru lahir ni peduli apa dengan hiasan tu kan,asalkan tidurnya jangan diganggu.Majlis seperti ni pun,ada juga pasang khemah di luar rumah ,cenderahati pun ada juga untuk para tetamu.Agaknya berapa kos buaian secantik ini?
Hmmm...beruntunglah mereka yang diraikan sebegini meriah.Memang anak-anak saya yang seramai 6 orang tu tak merasa langsung buaian berhias sebegini.Saya pun tak merasa alam pertunangan.Takpelah,tak kisah pun.Janji kami sekeluarga bahagia.Bagaimana dengan anda?
Pesanan:Makin canggih zaman itu makin canggih juga cara meraikan sesuatu.Tapi jangan lupa batasan dalam Islam.

