Showing posts with label Abil dan Gee. Show all posts
Showing posts with label Abil dan Gee. Show all posts

Wednesday, April 03, 2013

Adik ipar Fauziah: 'Mimpi kakak berpakaian cantik'

Lagi rentetan kisah Gee...

 SEREMBAN - “Dua minggu lalu saya sering bermimpi melihat kakak berpakaian cantik sambil tersenyum memandang kami sekeluarga,” demikian kata Wini Roswita Abdullah, 40, adik ipar pesakit saraf, Fauziah Muhamad, 39, yang menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.

 Menurutnya, setiap kali dia bermimpi tentang Allahyarham, dia akan memaklumkan perkara itu kepada abangnya, Abil Fikri Ahmad. “Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi saya kerap bermimpi tentang arwah dan ketika itu saya tidak rasa apa-apa. Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua hari lalu. Keadaannya tidak lagi bermaya dan berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

 Wini berkata, Allahyarham seorang kakak yang baik dan rajin memasak setiap kali adanya perjumpaan keluarga. Bagaimanapun katanya, air tangan masakan Allahyarham tidak dapat lagi dirasai selepas dia terlantar sakit. “Sebenarnya seminggu sebelum dia dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga ada merancang pergi ke Cameron Highlands. “Biasanya arwah dengan rela hati ambil peranan memasak. Tapi ketika itu dia kata mahu berehat dan rupa-rupanya itu petanda dia akan berehat selama-lamanya,” katanya. Selain itu Wini berkata, dia bersyukur kerana semasa arwah sakit, dia dijaga dengan rapi oleh abangnya.

 “Sejak kecil memang nampak abang saya seorang bertanggungjawab. Saya pada awalnya tidak sangka dia tabah dan setia menjaga isterinya. “Saya sendiri kagum dengan kesungguhan abang. Dia tidak pernah berputus asa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik,” katanya. Namun katanya, ALLAH lebih berkuasa dan arwah kini pergi buat selamanya.

Sumber: sinar harian

Pesanan:Semoga Gee aman di sana....

Gee sudah tiada - Abil:'Moga bertemu di syurga abadi'

Saya pernah bercerita tentang kasihnya suami menjaga isterinya yang sakit di SINI.

Hari ini saya mendapat berita dari suratkhabar Sinar Harian mengenai pemergian Gee isteri tercinta kepada Abil.Akhirnya Gee pergi meninggalkan dunia selama-lamanya.

Pemergian Gee atau nama sebenarnya Fauziah Muhamad 39 tahun, kira-kira 9.50 pagi semalam di rumahnya Taman Seri Puteh,Seremban disamping Abil suaminya berada di sisi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Rasah dan selamat dikebumikan Makam Haji Said,Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mengucup isterinya untuk kali terakhir

Kata-kata dari Abil:

"Moga di sana nanti Gee lebih damai.Moga di sana Gee lebih bahagia.Moga di sana Allah menempatkannya bersama para syuhada.Dan moga Allah mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi"

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Cerita lanjut di SINI dan SINI

Pesanan:Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.Salam takziah buat Abil

Friday, November 30, 2012

Beruntung dia punyai suami sebegini


 Abil dan Gee....pasti ramai yang sudah tahu kisah mereka.Saya suka melihat kemesraan mereka berdua.Abil sangat romantik dengan isterinya.

Walaupun isterinya kini isterinya hanya terlantar di atas katil tetapi layanan kelas pertama diberikan kepada isterinya itu membuatkan saya sangat kagum.

Baru-baru ini saya ada menonton kisahnya di TV,saya suka sangat bila dia kata lebih kurang cam ni lah ye

"Isteri saya menjerit tanpa henti,tapi hebatkan isteri saya,walaupun begitu suaranya tidak hilang". Katanya lagi "Waktu sihat isteri membebel,waktu sakit pun dia membebel"...lucu bercampur sedih saya lihat Abil berkata-kata.



Kasih sayang seorang suami seperti Abil sangat saya kagumi.Sepanjang menonton rancangan tersebut ada linangan air mata mengalir di pipi saya.Tabah dan penuh semangat Abil menjaga isterinya yang terlantar di atas katil.Sedih bercampur gembira melihat dia sayang sangat isterinya walaupun berkeadaan sebegitu.

Saya petik sedikit dari majalah Harmoni 1-15 Oktober:

"Isteri saya merupakan seorang penghidap asma.Pada 22 Jun tahun lalu,dia diserang asma yang teruk sehingga sukar untuk bernafas ketika sedang tidur.Dia mengejutkan saya dan meminta saya memanggilkan ambulan. "Panggil ambulan" itulah ayat terakhir yang saya dengarkeluar dari mulutnyakerana sehingga kini,dia tidak mampu untuk bercakap langsung."

Pada saya sukar untuk berjumpa suami seperti ini yang sanggup susah dan senang bersama ketika sihat dan ketika sakit.Saya lihat daripada cara dia melayan isterinya sangat penuh kasih sayang.Terharu sungguh saya melihatnya.

Dan yang penting dia tidak lupa untuk membaca ayat suci al-Quran sebagai hiburan halwa telinga dia dan isterinya.

Untuk cerita lanjut berkenaan suami isteri ini boleh lawati blog Abil-Warkah Untuk Isteri.
Jangan lupa sediakan tisu untuk mengelap air mata anda.

Pesanan:Suami zaman sekarang?Sanggup ke?Jangan waktu cantik dan sihat je sayang.....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...