Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Lagi kisah arwah Sharlene dipaparkan di FB dan akhbar

Maaf kepada pembaca,saya asyik post entry berkenaan arwah je.Sehingga kini saya merasa sedih di atas kehilangannya.Dia tidak mengerti apa yang terjadi pada dirinya.Ketika saya menaip entry ini pun sudah bergenang air mata di mata.Sedih sangat,dia masih muda dan bersih dari dosa-dosa.Lagipun dia anak saudara suami saya.Sama seperti anak saudara dan anak saya juga.






[001] AL-FATIHAH: Pengurusan KBBRI ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga gadis kecil molek ini yang bernama Tuan Sharlene Zemelya bt. Tuan Mohd Zaini yang telah kembali ke rahmatullah. Gadis kecil molek ini pernah mengiring Piya masuk ke stadium dan allahyarhamah berkhidmat sebagai pengiring pemain bola sejak umur empat tahun lagi. Mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarhamah.
 — with Syed NazimAmar Ghazali,Umar LokmanWaniey Victoria and El Yea Neymar Jr..
Unlike ·  · Share

Juga dalam akhbar Sinar harian 29/10/2013..ini sewaktu Piya ke rumah adik Sharlene melawat keluarga arwah.
Kelihatan dalam gambar dari kiri abang Sharlene,ayah Sharlene dan Piya.

Pesanan: Inilah dugaan paling besar bila insan tersayang meninggalkan kita.Kami sekeluarga masih bersedih.

Wednesday, April 03, 2013

Adik ipar Fauziah: 'Mimpi kakak berpakaian cantik'

Lagi rentetan kisah Gee...

 SEREMBAN - “Dua minggu lalu saya sering bermimpi melihat kakak berpakaian cantik sambil tersenyum memandang kami sekeluarga,” demikian kata Wini Roswita Abdullah, 40, adik ipar pesakit saraf, Fauziah Muhamad, 39, yang menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.

 Menurutnya, setiap kali dia bermimpi tentang Allahyarham, dia akan memaklumkan perkara itu kepada abangnya, Abil Fikri Ahmad. “Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi saya kerap bermimpi tentang arwah dan ketika itu saya tidak rasa apa-apa. Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua hari lalu. Keadaannya tidak lagi bermaya dan berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

 Wini berkata, Allahyarham seorang kakak yang baik dan rajin memasak setiap kali adanya perjumpaan keluarga. Bagaimanapun katanya, air tangan masakan Allahyarham tidak dapat lagi dirasai selepas dia terlantar sakit. “Sebenarnya seminggu sebelum dia dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga ada merancang pergi ke Cameron Highlands. “Biasanya arwah dengan rela hati ambil peranan memasak. Tapi ketika itu dia kata mahu berehat dan rupa-rupanya itu petanda dia akan berehat selama-lamanya,” katanya. Selain itu Wini berkata, dia bersyukur kerana semasa arwah sakit, dia dijaga dengan rapi oleh abangnya.

 “Sejak kecil memang nampak abang saya seorang bertanggungjawab. Saya pada awalnya tidak sangka dia tabah dan setia menjaga isterinya. “Saya sendiri kagum dengan kesungguhan abang. Dia tidak pernah berputus asa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik,” katanya. Namun katanya, ALLAH lebih berkuasa dan arwah kini pergi buat selamanya.

Sumber: sinar harian

Pesanan:Semoga Gee aman di sana....

Gee sudah tiada - Abil:'Moga bertemu di syurga abadi'

Saya pernah bercerita tentang kasihnya suami menjaga isterinya yang sakit di SINI.

Hari ini saya mendapat berita dari suratkhabar Sinar Harian mengenai pemergian Gee isteri tercinta kepada Abil.Akhirnya Gee pergi meninggalkan dunia selama-lamanya.

Pemergian Gee atau nama sebenarnya Fauziah Muhamad 39 tahun, kira-kira 9.50 pagi semalam di rumahnya Taman Seri Puteh,Seremban disamping Abil suaminya berada di sisi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Rasah dan selamat dikebumikan Makam Haji Said,Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mengucup isterinya untuk kali terakhir

Kata-kata dari Abil:

"Moga di sana nanti Gee lebih damai.Moga di sana Gee lebih bahagia.Moga di sana Allah menempatkannya bersama para syuhada.Dan moga Allah mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi"

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

Cerita lanjut di SINI dan SINI

Pesanan:Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.Salam takziah buat Abil

Tuesday, February 12, 2013

Blogger saudara Jejai-Semoga rohmu dletakkan dikalangan orang-orang beriman...


Adik saya memberitahu melalui telefon yang saudara Jejai (Teratakarmo) sudah meninggal dunia jam 3 petang tadi.Menurut adik saya dia sakit kanser.Salam takziah untuk keluarganya.Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.Semoga roh arwah diletakkan bersama golongan orang-orang yang beriman.









Hanya kenangan entry ini menjadi tatapan.Terima kasih sudi menjadi sahabat alam maya saya.

Pesanan:DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...