Showing posts with label Suami-isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami-isteri. Show all posts
Tuesday, May 21, 2013
Utamakan suami dulu,baru yang lain....
Semua isteri-isteri mesti utamakan suami dalam semua hal.Kalau nak keluar rumah kena minta izin,kalau nak beli apa-apa pun kena tanya suami hatta nak balik kampung sendiri pun sebab nak jenguk mak ayah perlu persetujuan suami.
Tapi yang ini lain sikit.Mungkin ramai tak sedar.Arwah mak mertua saya kata,kalau menyidai kain baju kena utama kan pakaian suami dahulu.Umpamanya jika tempat sidai kita bertingkat-tingkat,yang paling tinggi tu mesti sidai kain baju suami dulu.Kalau kain pelikat tu,sidai dia dulu,baru nak sidai kain batik isteri.Hah,begitu sekali orang-orang dulu utamakan suami.Sebab itu hidup mereka bahagia sehingga tua.
Betapa tinggi nya rasa hormat kita pada suami sampaikan nak sidai kain baju pun kena utamakan hak suami dulu.Itu yang arwah ibu mertua saya ajarkan waktu saya mula-mula berkahwin 17 tahun yang lalu.Namun saya ada juga sempat ikut ada juga saya main sidai je,asalkan kering.hehehe...
Nabi s.a.w. bersabda:
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa,bahawa taatlah kepada suami,dan mengakui hak-hak suami,nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran.Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada ister-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."
(hadis Riwayat Al-Imam Bazzar)
Nasihat orang-orang dulu jangan diambil sambil lewa.Jangan jadi isteri derhaka pula.
Pesanan:Ingatan untuk diri sendiri yang sering lalai....
Friday, November 30, 2012
Beruntung dia punyai suami sebegini
Abil dan Gee....pasti ramai yang sudah tahu kisah mereka.Saya suka melihat kemesraan mereka berdua.Abil sangat romantik dengan isterinya.
Walaupun isterinya kini isterinya hanya terlantar di atas katil tetapi layanan kelas pertama diberikan kepada isterinya itu membuatkan saya sangat kagum.
Baru-baru ini saya ada menonton kisahnya di TV,saya suka sangat bila dia kata lebih kurang cam ni lah ye
"Isteri saya menjerit tanpa henti,tapi hebatkan isteri saya,walaupun begitu suaranya tidak hilang". Katanya lagi "Waktu sihat isteri membebel,waktu sakit pun dia membebel"...lucu bercampur sedih saya lihat Abil berkata-kata.
Kasih sayang seorang suami seperti Abil sangat saya kagumi.Sepanjang menonton rancangan tersebut ada linangan air mata mengalir di pipi saya.Tabah dan penuh semangat Abil menjaga isterinya yang terlantar di atas katil.Sedih bercampur gembira melihat dia sayang sangat isterinya walaupun berkeadaan sebegitu.
Saya petik sedikit dari majalah Harmoni 1-15 Oktober:
"Isteri saya merupakan seorang penghidap asma.Pada 22 Jun tahun lalu,dia diserang asma yang teruk sehingga sukar untuk bernafas ketika sedang tidur.Dia mengejutkan saya dan meminta saya memanggilkan ambulan. "Panggil ambulan" itulah ayat terakhir yang saya dengarkeluar dari mulutnyakerana sehingga kini,dia tidak mampu untuk bercakap langsung."
Pada saya sukar untuk berjumpa suami seperti ini yang sanggup susah dan senang bersama ketika sihat dan ketika sakit.Saya lihat daripada cara dia melayan isterinya sangat penuh kasih sayang.Terharu sungguh saya melihatnya.
Dan yang penting dia tidak lupa untuk membaca ayat suci al-Quran sebagai hiburan halwa telinga dia dan isterinya.
Untuk cerita lanjut berkenaan suami isteri ini boleh lawati blog Abil-Warkah Untuk Isteri.
Jangan lupa sediakan tisu untuk mengelap air mata anda.
Pesanan:Suami zaman sekarang?Sanggup ke?Jangan waktu cantik dan sihat je sayang.....
Friday, July 13, 2012
Selamat Hari Jadi Mat Motor!
Ingat orang lupa ler tu!mana boleh lupa dah berapa tahun ucap perkara yang sama.Tahun ni pun ucap juga,cuma bila dah ada kecanggihan teknologi komputer ni,eloklah beri sesuatu yang istimewa....
Ini kek di pinjam dari cik google,sebab isterimu ni tak reti lagi nak buat kek rupa ni.Jadi terimalah seadanya.he he he...tolong jangan marah tentang umur,sebab kita tak pasti lagi setakat mana Allah nak panjangkan umur kita.
Inilah satu-satunya gambar kita berdua dengan motor kesayangan baba tu.Mesti baba ingat lagi kan?Kadang-kadang kita terlupa untuk bergambar bersama kerana selalu sibuk dengan anak-anak kita yang ramai.
SELAMAT HARI JADI !
Ayah dan Mak Tersayang
Tak lupa juga untuk mak tersayang.Siapa sangka hari lahir mak sama dengan menantu.Bukankah menarik tu.Itulah jodoh saya mak.
Pesanan: Sungguh tak disangka hari menantu dan mertua berkongsi tarikh lahir...he he he
Thursday, July 05, 2012
Kalau cantik puji ..kalau tak cantik keji..
Baik lelaki atau wanita sifat buruk sangka mesti wujud dalam diri masing-masing.
Saya teringat cerita Korea yang saya tonton ni tajuknya Miss Ajumma. Cerita ni macam cerita-cerita lainlah,mula-mula perempuan tu tak lawa,layan tak layan je suami dia bila dapat perempuan lebih cantik.Perempuan cantik tu pula dah tahu si lelaki tu ada isteri tak cantik,dia pun mula lah pasang badan nak mengorat.
Si Gheum Hwa (nama dalam lakonan dia tu) ni pula memang perfect wife lah,semua kelengkapan suami,masak untuk suami,segala-galanya dia sediakan.Memang hebatlah.Cumanya tentang penampilan dialah yang tak berapa nak cantik.Tapi masih kemas lagi,taklah selekeh.
Ni bila dia dah cantik,si suami mulalah gila talak nak kembali semula.Mulalah tak keruan,perempuan yang menggoda dia dulu tu pun dah tak cantik pula pada pandangan dia.Apa lah punya lelaki.Selalu cerita macam ni ada yang berlaku realitikan.Sedarlah wahai lelaki,apa yang anda pandang luaran tak sama dengan yang didalam.
Ceritanya di channel Astro 393.Yang bestnya anak lelaki saya syok sangat tengok cite tu.Tapi dia layan cite tu waktu malam.Saya dah ngantuk jam 10.30malam tu,jadi saya tengok ulangan je sebelah pagi.
Saya sekadar memikirkan nasib orang perempuan,kebanyakan dari kita sebelum kawin cantik je pasang badan,bila dah beranak pinak badan pun dah mula membesar.Amboi yang lelaki pun tak sedar,perut memboyot tu dah sama besar ibu mengandung 5 bulan.Sama je.Habis tu terima je lah seadanya...
Pesanan: Aneh dengan sifat lelaki yang mudah terpedaya...

Subscribe to:
Posts (Atom)