Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #14 Hanya di Kelantan...ini syaratnya...



Jika ingin muncul di mana-mana iklan di Kelantan...ini syaratnya untuk kaum wanita. Hanya dengan pemakaian yang sopan sahaja,baru iklan diluluskan ...moga suatu hari menjadi terbuka hatinya....Menarik kan.....

Pesanan:Saya sering berulang alik ke Kelantan,tetapi percaya atau tidak banyak lagi tempat tak sempat dilawati akibat kengkangan waktu yang sangat singkat.

Tuesday, October 30, 2012

Lewat je sikit...habis jem le jalan...

Hari ahad yang lepas,saya bertolak pulang ke Kuala Lipis jam 4 petang dari Kota Bharu.Lewat dari rancangan asal nak bertolak lepas zohor.Kebetulan pula adik ipar ajak makan mee kari.Kami pun tak makan tengah hari lagi,jadi kami singgah dulu makan di rumahnya.Rezeki jangan ditolakkannnnn...


Kami sampai ke Gua Musang pun dah masuk waktu Isyak,berhenti juga di R&R Hentian Gua Musang untuk solat.Anak-anak pun nak ke tandas,dahaga airlah,nak makan lah.Nak makan kat situ,tengok beratur panjang,langsung tak jadi,beli roti je lah.Waktu kami sampai di Merapoh pun kereta berderet-deret,merangkak-rangkak bergerak.Cuba lihat anak panah menunjukkan betapa panjangnya kereta beratur di jalan raya.


Ni pun saya dah tak tahan.Slow je kereta.Saya pun keluarkan handphone,buka tingkap kereta,snap sana snap sini,tak cukup saya snap gambar,saya suruh pula anak lelaki yang duduk belakang ambik lagi gambar.Si suami sudah menjeling,kemudian buat lawak malam-malam buta..."tu nak masuk blog lah tu...mesti tajuk dia jem..."he he he...suka benar dia menyakat saya.Sama naik juga anak lelaki tersengih-sengih di belakang.


Yang ni lah sering berlaku,kalau kereta lain ikut peraturan beratur....kereta ni mungkin dah tak sabar memotong di lorong sebelah sewaktu kereta kosong.Memanglah kosong sebelah tu,sebab kebetulan takde kereta yang lalu,habis tu kalau ada kereta,agak-agak dia nak menghimpit kereta siapa ye,agar beri dia ruang masuk ke lorong kanan??Habis orang lain jadi mangsa.Semua pun nak cepat...bersabarlah...kami ni lagilah dengan anak kecil lagi.Boleh je sabar.Nanti bila jalan dah clear sikit,pecutlah ikut suka.

Tiba di Benta-Kuala Lipis jam 11.30 malam.Agak-agak pukul berapa mereka yang duduk di Kuala Lumpur sampai ye?Mau jam 2-3 pagi rasanya.

Pesanan:Memang tak boleh elak dah,asal cuti panjang je..sesaklah jalan ke KL-Kota Bharu-KL.

Sunday, October 28, 2012

Amir.....I'm Sorry!


Ha ha ha...I'm sorry...comellah Amir Raja Lawak ni.Slow je waktu saya jumpa dia di rumah kawan anak saya.Senyap je....Ajak bergambar terus posing kat kamera saya.sportinglah u Amir!Tapi I'm sorry...gelap gambar ke Amir yang gelap?he he he...I'm sorry Amir...Tak banyak cakap.Tanya sepatah jawab sepatah.



 Ha ni lah anak saya dan kawan baiknya yang tinggal di Kubang Kerian,Kelantan.Kebetulan kami datang open house rumah kawan anak ni,Amir ada pulak kat situ ngan family dia.Patutlah anak saya cepat-cepat nak ke sana.Amir ni menurut kata anaknya sepupu mak dia.Tak jauh tu,dekat lagi tu.


Aisyah terkejut bila dapat bergambar dengan Amir.Amir senyum je.Amir pula waktu ni nak balik dah.Baru lah sibuk nak bergambar,budak-budak ni.Ikutkan je lah.Saya?ehhh..saya taklah bergambar sama.Biarlah budak-budak ni je.He he he...Bukan senang nak jumpa orang popular ni.Asal jumpa kena amik gambar diorangkan.

Pesanan:Artis Raja Lawak baru jumpa Amir dan Johan je.

Saturday, October 27, 2012

Rentetan Cerita Lembu Korban di Pagi Raya Aidil Adha


Rentetan cerita lembu korban

Mula-mula lembu tu mengeluarkan bunyi yang kuat 'moooooo.....moooooo.....moooooo'.Kemudian dia terkencing.....banyaknya keluarkan air kencing.Budak-budak dah kerumun sekeliling lembu tu.Maka mereka pun dapat menyaksikan adegan tersebut.he he he....

Mulalah acara akad jual beli.kemudian berniatlah masing-masing yang terlibat dan acara penyembelihan pun bermula.Menggeleparlah lembu tersebut tatkala selesai penyembelihan dan akhirnya senyap juga menandakan sudah tamat riwayat hidupnya.

Maka,bermulalah kaum lelaki melapah daging lembu.Kaum wanita mulai memasak di dapur.

Daging korban mulai ditimbang dan di agih-agihkan kepada yang layak menerimanya.Sementara di dapur daging tadi dimasak sama ada di goreng atau di buat singgang daging.

Sebelum kaum lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,acara makan-makan untuk mereka disediakan.Perut kenyang,selesai solat,nampaknya ramai yang cuba melelapkan mata....keletihan nampaknya.....

Tamatlah cerita daging korban hari ini.Selesai!

Pesanan:2 - 3 hari ni jumpa lauk berasaskan daging je lah....tak nampak dah lauk lain....pening wei!

Thursday, October 25, 2012

Puasa di hari Arafah


Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. 

Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

copy sini je

Puasa Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Marilah bersama-sama berpuasa hari ini.

Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud

"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."

(hadis Riwayat Muslim)


Semoga kita ikhlas dalam beribadat kepada Allah.



Pesanan: 2 tahun tau!!Takkan nak lepaskan peluang tu...Selamat Hari Raya Aidil Adha.....

Tuesday, October 23, 2012

PCOS (Sindrom Ovari Polisistik)- Punca Gagal Untuk Hamil



Saya terpanggil untuk berkongsi penyakit Sindrom Ovari Polisistik/Polycystic Ovarian Sydrome (PCOS).Ini kerana salah seorang jiran saya sukar untuk hamil kali ke 2,dan setelah berjumpa doktor dia antara pesakit PCOS ini.Kalau saya cari di dalam google,ini bukanlah penyakit tetapi lebih kepada sindrom.

Sumber Gambar: di sini

Masalah jiran saya ni,dia ingin menambah lagi anak setelah anaknya yang sulung berusia 2 tahun,namun setelah berusaha dia menemui jalan buntu.Akhirnya bertemu doktor untuk mengetahui permasalahan yang dihadapinya.Aneh juga,dia bukan tidak pernah hamil dan melahirkan,tetapi usaha untuk anak ke 2 tidak berhasil.Dan salah satu masalah yang sering dia luahkan pada saya ialah kitaran haid yang tidak menentu.

Saya pun baru tahu tentang sindrom ini,kalau tidak dia menceritakan pasti saya tidak tahu wujudnya penyakit seperti ini.Mungkin ramai lagi wanita di luar sana tidak mengetahuinya.

Memetik petikan akhbar mengenai PCOS ini ,PCOS ialah gangguan hormon paling tinggi dikalangan wanita yang berada pada peringkat subur.Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Antara gejala-gejala sindrom ini:

1 .Haid tidak teratur atau lewat kedatangan haid.
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen,sejenis hormon kaum lelaki)
3.Ovari polisistik (iaitu sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follilkel) atau saiz ovari telah membesar.

Namun demikian PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria di atas.

Dengan kata lain PCOS boleh menggangu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari.Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dilkeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.


Sukar sebenarnya untuk kita fahami,tetapi itulah dia penyakit PCOS antara punca ketidaksuburan di kalangan kaum wanita.Dan menurut kajian,20 peratus wanita berusia lebih dari 20 tahun mengalami masalah ini manakala lebih 40 peratus yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Jiran saya juga pernah juga merungut tentang pertambahan berat badan mendadak walaupun baru melahirkan seorang anak dalam usia muda lagi.Rupanya ia juga adalah antara permasalahan sindrom PCOS.

Berikut ialah masalah lazim yang Dr Saravenun Velu  lihat seperti ditulis dalam blognya:

1.Pertambahan berat badan mendadak (sekurang-kurangnya 5 peratus) sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan.

2.Ahli keluarga atau diri sendiri mengidap penyakit Diabetes(kencing manis).

3.Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan-roma makin menebal,hitam dan kerinting.Mula tumbuh di bahagian yang sensitif seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut.

4.Central Obesiti-kaki dan tangan tampak slim,tetapi lemak berkumpul di kawasan dada,abdomen dan
punggung menyebabkan wanita hilang shape(bentuk badan)...maaf saya bukan menghina kaum wanita..p/s:doktor yang kata ni tau...

5.Kurang subur..jika mengandung mudah gugur.

Lagi petikan akhbar,

Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.
Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.


Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.


"Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.


Artikel Penuh di sini

Punca PCOS ni masih belum diketahui,tetapi ianya juga berlaku kepada sanak saudara terdekat tetapi ia juga bukanlah penyakit keturunan.Eloklah kaum wanita ambil berat dengan perubahan diri secara mendadak seperti kitaran haid yang tidak teratur dan juga pertambahan berat badan.


Menarik betul bila saya cuba mencari banyak maklumat tentang PCOS ni.

Banyak lagi maklumat tentang PCOS ni jika anda mencari lebih banyak info di internet.Saya sekadar berkongsi sebahagian sahaja.

Saya simpati dengan keadaan jiran saya itu,seringkali dia berkata "kak saya nak anak lagi,tapi tak boleh"...sayu je.Apabila saya beritahu si polan-polan ni mengandung,dia pun kata "ala.kak bestnya".Dia juga lah yang menyarankan saya mengetengahkan penyakit ni di blog saya.

Tak mengapa, kalau saya baca tentang PCOS ni kehamilan masih boleh berlaku jika mengikut rawatan yang bersesuaian.Dia pun masih lagi berjumpa doktor untuk rawatan sesuai dengannya.

Pesanan:Seronok bila ada anak ramai ni,macam saya..macam-macam ragam,sangat menghiburkan.

Sunday, October 21, 2012

Makan-makan di Marry Brown Raub



Kaum lelaki malam tadi dah puas menjerit tengok bola,hari ni pula ke Sepang menonton GP Motor pula.Tinggallah anak-anak bersama umi duduk di rumah.

Eh,tak boleh jadi ni....saya punajak Cikgu Niena berjalan ke Raub.Jalan-jalan cari makan.Seawal pukul 10 pagi kami bertolak ke Raub dari Benta.Perut pun dah berkeroncong ni,tak makan satu apapun kat rumah tadi.Kami pun masuk ke Marry Brown di Raub.Di waktu ni kereta tak banyak sangat,jadi cepatlah kami sampai ke Raub.

Anak-anak pun suka bila dibawa berjalan,umi pun hilang tension sikit asyik mengurung diri di rumah je.Memang dah hampir cuti sekolah pun,tapi letih juga asyik di rumah je,nak juga hirup udara di luar.Kaum bapa senang je kan nak ke sana sini,tak perlu fikir nak bawa anak-anak kan.Umi ni ha,angkut semua anak masuk kereta bawa berjalan...no problem!he he he

Sewaktu nak pulang semula ke Benta-Lipis,kereta dah mula banyak.Agak-agak kereta dari mana ye?Ha...kereta yang bawa bendera negeri Kelantanlah.Kan hari ni diberi cuti,hari nilah semuanya nak bertolak balik ke Kelantan.Siap pakai baju pasukan bola mereka dan kibar bendera.Dan paling best suasananya,masing-masing membunyikan hon dan mengelipkan lampu tinggi tanda sokongan sesama mereka.Dah macam pesta jalan raya pula.Mesti jem sampai ke malam lah ni...

Selamat sampai di rumah,perut dah kenyang,masuk tidur.....hehe he

Pesanan:Saya pun ada juga bunyikan hon..he he he...saja je....

Saturday, October 20, 2012

Mesti gamat malam ni!


Malam ni sangat mendebarkan!Pasukan yang cuba merebut menjadi juara Piala Malaysia antara ATM dan Kelantan adalah pasukan yang bagi saya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bagi yang tak dapat pergi stadium,tengok kat TV pun dah memadai.Ada juga yang menontonnya melalui layar gergasi bersama penyokong-penyokong lain.Ha macam kat tempat saya ni lah.Mereka seawal lepas solat Asar dah mula berkumpul dan bergotong royong untuk memasang khemah dan layar gergasi kat bawah tu untuk menonton dan bersorak ramai-ramai sekaligus menyokong pasukan mereka.

Kebanyakan guru-guru kat sini ramai dari Kelantan,jadi setakat nak kumpul penyokong Kelantan kat sini pun dah ramai.Beria-ia saya tengok gelagat mereka sanggup panjat tangga nak pacak bendera Kelantan.hmmm..semangat betul!

Tapi ada juga berita yang mendukacita tentang penyokong Kelantan seperti yang tersiar di Berita Harian.Kemalangan motorsikal yang terbabas berlaku di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis,dekat tu dengan tempat saya.Seorang maut,seorang cedera parah.Berhati-hatilah wahai pengguna jalanraya semua.

Takziah kepada keluarga mangsa.Semalam hari Jumaat,kawan lama suami saya sempat singgah di rumah untuk tumpang solat.Katanya,masjid,surau,stesyen minyak juga hentian penuh dengan ramai orang.Mereka kebanyakannya semua nak ke Shah Alam.Alhamdulillah,bola bola juga...solat jangan tinggal.

Apa-apapun jadilah penyokong yang berhemah!no laser-laser...no baling-baling botol air and no bakar mercun!no ! no! no!

Selamat Berjuang!Kalah menang adat perlawanan.

Pesanan:Saya tak kisah pun siapa menang,saya tumpang gembira je.Tak sabar nak tunggu malam ni!


Friday, October 19, 2012

Maafkan adik ye.....ini karenah adik.....



Maafkan adik ye...apa lah adik ni,kain lampin buat tudung.Ni lah kerja Arissa,dimintanya berulangkali pakaikan di kepalanya,umi pun turutkan sahaja.Cantikkan lagi.....

Sekarang ni rasanya dah ramai tak pakai kain lampin untuk anak-anak,semua dah pakai lampin pakai buangkan.Ni kain lampin adik waktu kecil-kecil dulu,itupun guna untuk lap selsema adik atau pun emergency buat tuala sementara adik.

Hmmm...kalau dah mata sepet tu,pakai apapun sepet juga matanya.Arissa yang kini sudah bermur 2 tahun 7 bulan,semakin petah bersoal jawab dan bercakap.Paling tak tahan dengannya ni,ada sesetengah perkataan akan diakhiri dengan huruf m.Sembahyang jadi semayam,sayang jadi sayam,...selalu jugak adik cakap begini kat umi...."adik sayam umi...adik geram ni,adik geram ni."...he he he....

Umi pun sayammmmm adik.Arissa yang paling lama duduk dengan umi.Siang malam dengan umi.Sekarang Arissa menjimatkan sedikit perbelanjaan,dia dah tak pakai lampin pakai buang.Dia dah pandai cakap kalau nak ke toilet.Tapi jenuh jugalah kencing atas tilam,atas lantai,atas toto sebelum boleh nak membiasakan diri ke toilet.Umi jugalah setiap sebelum tidur dan awal pagi bangunkan adik untuk ke toilet.

Arissa pula,kalau nak ke toilet je,mesti nak suruh umi buka seluar dan baju sekali.Umi tahu Arissa nak main air kan....hmmm...turutkan je lah kehendaknya.Kadang-kadang sehari 4-5 kali mandi.Umi pun dah tahu Arissa buat apa kat bilik air.Cuba teka?ha ha ha...Ada ke patut Arissa masuk dalam baldi kecil tu yang muat-muat untuk badannya dan berendam sambil air paip dibuka.Habis dah pecah baldi tu.Umi pun beli yang baru.Umi tak bagi dah Arissa buat macam tu lagi...anak....anak...

Hmmm...memang tak terlayan dengan karenah si kecil ni.Tapi sangat menghiburkan.Masa ni lah kalau dia nak tiru perbuatan orang lain ,memang melekat punyalah....mindanya mudah menangkap,jadi janganlah ajar benda yang bukan-bukan.

Itu je lah celoteh petang Jumaat ni.

Pesanan:Bongsu dah rasanya Arissa ni...hmmm...cukuplah tu kot..he he he

Popia Sayur Dan Ayam

Popia ke popiah ye ejaannya?Takpelah asal sebutan tak lari okay lah tu kan.

Kali ni saya nak kongsi resepi mudah dan gerenti sedap buat peminat popia.



Bahan-bahannya:

Kulit popia
Sayur:
Lobak merah (potong dadu)
Taugeh (pilihan,saya tak letak pun)
ubi kentang (potong dadu)

bawang merah
bawang putih          {semua ditumbuk}
cili kering (cili blender je)

isi ayam potong dadu
garam,gula

Cara memasaknya:
1.Goreng ubi kentang hingga empuk (asingkan)
2.Tumiskan bahan tumbuk,masuk ayam kacaukan.
3.Masukkan sayur dan ubi kentang tadi,kacau lagi.
4.Perasakan garam dan gula

Siap!

Ambil kulit popia letak isi dan balutlah ikut gaya anda.Kemudian goreng hingga kekuningan.Makan begitu sahaja pun sedap tanpa pencicah.

Pesanan:Ni saya rajin buat bila nampak ada lebihan kulit popia dalam peti.Dah mengeras sebab tak tutu rapat plastiknya.


Thursday, October 18, 2012

Lalu,singgah,baca dan faham

Sewaktu saya di Penang dulu,saya singgah bermalam di rumah sepupu dekat dengan Kompleks Tabung Haji.Di kesempatan dah dekat sangat,saya saja berjalan-jalan di sana.Terbayang-bayang kawasan tersebut dipenuhi dengan bakal-bakal jemaah haji yang melambaikan lambaian terakhir kepada ahli keluarga masing-masing.

 Tersentak dari lamunan,kawasan tersebut kosong sebenarnya.Maka bila saya lalu,saya singgah,baca dan terus faham sedikit demi sedikit.Bertambah sedikit ilmu didada.

Ini rupanya barang larangan di dalam kapal terbang dan beg galas.Begitu ketat juga peraturan yang perlu dipatuhi oleh jemaah haji Malaysia ni.

Boleh lihat dan baca:

Gambar 1

Gambar 2

Nampak remeh bagi kebanyakan dari kita,tapi itulah hakikatnya.Peraturan tetap peraturan.Kita...patuh je lah.

Gambar 3


Gambar-gambar tu bukan kecil tau,besar sebesar kaunter penerangan disebelahnya.Kalau tak boleh lihat dan baca lagi tu,tak tahulah nak kata apa.Inilah persediaan kita sebagai bakal jemaah haji kelak.


Semoga suatu hari ada rezeki saya untuk menunaikan haji bersama suami.Saya doakan jemaah haji Malaysia kita selamat pergi dan selamat kembali dengan haji yang mabrur.

Pesanan:Jiran lama saya baru je berlepas pada 14hb yang lalu,sempat menelefon meminta maaf jika ada salah silap sepanjang kenal,sedih pula saya.Saya mohon didoakan murah rezeki saya.Amin!

Wednesday, October 17, 2012

Wajah saya di majalah mana ni?


Pernah terfikir suatu hari nanti wajah anda akan menghiasai muka hadapan sebuah majalah?hmmm..berangan je lah dulu,mana tahu jadi kenyataankan.

Saya pun pernah  berangan yang wajah saya berada di muka hadapan sebuah majalah wanita. Tapi angan-angan mungkin akan menjadi kenyataan cuma tak pasti satu hari nanti atau tidak akan terjadi he he he....

Sekarang ni zaman semakin canggih,dah ramai yang celik IT,jadi applikasi-aplikasi berlambak-lambak kat internet,pilih je,bolehlah nanti korang buat majalah sendiri,kad kawin sendiri apa-apa je lah yang terlintas di hati.Kali ni,saya cuba membuang masa saya membikin majalah sendiri.Konon-konon saya lah wanita waja itu...he he he...Majalah Waja....edisi ummiarissa

Pemandangan tu saya ambil sewaktu berada di Pulau Pinang tidak lama dulu.He he he seronok juga kan bila setiap majalah yang ada wajah saya laris dijual...ha ha ha...berangan tak sudah ummiarissa ni...

Apa yang dikorbankan oleh ummiarissa dalam cerita di majalah tu.Ha ni lah yang nak cerita ni.Hampir 10 hari suami 'out station' ke Perak,jadi saya lah menjadi ibu dan bapa dalam tempoh masa tersebut.Saya mengambil alih kerja suami yang menghantar anak pagi-pagi ke sekolah.Pada masa yang sama saya seperti biasa menyediakan sarapan,bermakna saya bangun sangat awal seawal jam 4 pagi.Pukul 6 pagi selesai Subuh,menghantar anak ke sekolah,patah balik jam 6.45 sampai rumah balik.

Waktu jam 6 pagi jalan sunyi dan gelap,saya bawa si kecil 2 tahun meneman saya di dalam kereta.Nanti balik taklah sorang-sorang kan.Kalau dia sedang tidur saya angkut juga,biar dia sambung tidur dalam kereta.Waktu pagi ni kebanyakan lori-lori banyak dijalanan.Tapi takde masalah,jalan lengang boleh je potong lori-lori tu,tak yah beratur pun.

Begitulah sehari-hari bila ketiadaan suami disisi,inilah pengorbanan seorang isteri.Cheh...he he he..

Begitulah cerita saya.Tamat.

Pesanan:Terima kasih pada yang sudi lagi singgah sini walaupun saya bercuti 10 hari...tq..tq..nanti saya lawat.

Pencarian Bloglist Muslimin & Muslimat by Nurul


Pencarian Bloglist Muslimin & Muslimat by Nurul

Meh lah join...saja-saja menambah rakan-rakan di alam maya...tak salah kan...

Saya dah join....Ikut syaratnya boleh je kot...

Pesanan:Lama tak join itu ini...he he he

Saturday, October 06, 2012

Sepupu Kahwin,Blogger Kahwin,saya cuba penuhi jemputan

Hari ini (sabtu) saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang tinggal di Cheras Perdana.Saya bertolak jam 6.30 pagi dari Benta-Kuala Lipis,berhenti minum di Bentong dan sampai Cheras Perdana jam 9.10 pagi. 

Sepupu saya ni kini terpaksa meraikan majlis perkahwinannya tanpa mak tersayang disisi.Sedih rasanya mak su(adik bongsu mak) saya sudah lama meninggal dunia sewaktu anak sulungnya masih belajar di sekolah menengah lagi.Paling terharunya,ayahnya iaitu seorang mualaf Cina terpaksa berseorangan membesarkan 6 orang anak-anaknya.Syukur kerana paksu masih kekal dalam agama Islam.

Apa-apapun saya merasa gembira dapat meraikan pengantin baru,walaupun sekejap cuma kerana perlu bergegas pulang semula ke Kuala Lipis kerana membuat persediaan kain baju suami yang akan out station ke Taiping Perak selama 10 hari bermula esok hari (ahad).

Biasanya anak-anak dara yang pegang barang-barang hantaran ni,tapi terselit juga mak orang kat hujung sekali tu,sape lagi kalau bukan ummiarissa.Jangan salah faham ye,saya ni pegang sebab dah habis anak dara besar yang boleh disuruh pegang,kang suruh anak kecik jatuh lak barang hantaran tu.


Selesai makan je,terus saya pulang.Tapi masih ada sebuah rumah yang perlu saya cari sebagai memenuhi jemputan walimatul urus dari seorang blogger.Oleh kerana kenduri kahwinnya esok,tapi sebab tak dapat hadir,saya datang melawatnya sehari sebelum kenduri sebenarnya.

Ini dia blogger Afzalsukasuki.Saya terjah rumahnya tanpa pengetahuannya.Saya call pun setelah saya sudah sampai rumahnya.Pada mulanya dia tak berapa cam nama glamer saya di alam maya ni,namun demikian setelah berfikir dan congak mencongak..he he he..akhirnya dia cam saya.Akan merahlah muka saya yang gelap ni jika benar dia tak kenal saya...he he he..

Untuk mengelakkan orang mengata saya, untuk saya berjumpa dengannya,saya diiringi suami dan anak-anak pergi berjumpanya untuk mengucapkan tahniah untuk perkahwinannya dan seterusnya memberi sesuatu dalam bungkusan sebagai hadiah perkahwinannya....sungguh tak sangka dapat juga berbual lama sedikit.Kalau kenduri esok,mungkin tak dapat berbual mesra macam tu kan...Terima kasih ye Afzal sudi layan akak dan family.

Inilah pasangan pengantin yang berpakaian simple dan santai tanpa pakaian pengantin,sebab pakaian pengantin tu nak pakai esok(ahad).Kelihatan Afzal memeluk erat hadiah saya seperti tidak sabar-sabar mengetahui apakah kandungan di dalamnya...Isterinya yang cantik manis memunculkan diri sambil memberi goodies kepada saya sekeluarga.Terima kasih ye.

Nota:Jumpa 10 hari lagi...jangan lupa tinggal jejak..nanti saya lawat kembali...

Pesanan:Selagi dapat memenuhi jemputan jika tiada aral melintang,saya akan pergi walaupun bukan pada harinya.Mereka gembira bila diraikan.

Friday, October 05, 2012

Kuih Topi

Dulu saya ada pernah bercerita tentang makanan di Kelantan,di akhir entry ini saya beritahu tentang sejenis kuih yang di gelar kuih topi.Inilah rupanya kuih topi.Saya tak pernah jumpa lagi ditempat lain melainkan kat negeri Kelantan je.Kalau ada di negeri lain bagitaulah ye.



Memang kalau saya balik Kelantan saya akan cari kuih ni.Kuin ni diperbuat daripada tepung beras.Ada kakak ipar saya bagitau resepi dan cara membuatnya,tapi saya dah lupa,sebab tak salin.Boleh google kan.Boleh jangka dah kenapa digelar kuih topi kan.Rupanya je dah sebijik macam topi.Tapi bila saya google ada juga yang memanggilnya kuih cucur.Tapi saya tetap nak panggil kuih topi.


Kuih ni pun menjadi kegemaran anak-anak.Pernah sekali saya merajuk dengan anak-anak sebab habiskan kuih ni.Saya ingat diorang tak nak makan.Nasib baik takde batu belah batu bertangkup.Sekarang ni bila anak-anak pun gemar makan,kalau beli kenalah beli banyak sedikit.Kadang-kadang rasa nak beli banyak bawa balik rumah.Releven tak?he he he...

Ha kalau ke Kelantan jangan lupa ye beli.Tapi kuih topi ni kena pilih-pilih juga beli,saya suka tepi dia tak gelap sangat dan sizenya ada besar ada kecil,saya suka yang besar,baru terasa nikmat memakannya.Berminyak sedikit kuih ni,ye lah kuih ni digoreng dalam minyak yang banyak.

Pesanan:Bila lah nak belajar buat ni,bahan-bahannya nampak senang je.

Thursday, October 04, 2012

Peluang Hidup Ke 2........Allah sayang kita lagi....

Hari sabtu lepas saya ke Pulau Pinang lagi menziarahi sepupu yang kemalangan.Saya sebut 'lagi' tu,sebab dah banyak kali ke Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang di kejauhan..saya snap dari dalam feri...

Tapi ini kali kedua sepupu saya mengalami kemalangan.
Sebelum ni waktu zaman mudanya,sebelah tangannya termasuk dalam mesin di tempat kerjanya menyebabkan hancur jari jemarinya.Kini sudah pulih walaupun tanpa jari.Kini yang terbaru pada zaman berusianya dia mengalami kemalangan sewaktu menunggang motor untuk ke suatu tempat.

Apa yang peluang Allah beri padanya?Mengikut ceritanya,motornya dilanggar sebuah kereta,dia terpelanting di atas jalan raya.Kemudian datang pula sebuah kereta lain pula menggilis belakangnya dan seterusnya menyeretnya beberapa meter ke hadapan.Kalau berdasarkan cerita ini,pasti jika kita mendengarnya mengatakan bahawa mangsa mana mungkin terselamat dan masih hidup.Tetapi itulah kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Peluang hidup kedua yang Allah beri padanya.

Jadi inilah peluang hidup yang Allah beri padanya.Banyak hikmah disebalik kejadian yang menimpa sepupu saya itu.Jika dia seorang yang berfikir,dia akan merenung segala kejadian yang berlaku dengan corak kehidupannya yang sedang dia jalani sekarang ini.Jika dia muhasabah diri,dia akan ketahui bahawa hidupnya kali ini jangan dipersiakan begitu sahaja.Semoga itulah harapan saya terhadap sepupu saya tu.Bujangnya sampai bila,hanya Allah yang tahu jodohnya.

Setiap kali saya mendengar musibah atau kematian yang berlaku terhadap saudara mara terdekat atau kenalan yang saya kenal,setiap kali itulah saya bersyukur dengan apa yang saya ada.Saya mengambil segala yang berlaku sebagai teladan hidup.Saya juga tanamkan di dalam hati agar bersangka baik kepada semua orang.

Sekadar renungan sahaja.Supaya manusia itu sentiasa berfikir.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).

Pesanan:Jadi sentiasalah merendah diri,jangan terlalu sombong dengan kehidupan ini.Dunia,dunia juga akhirat jangan lupa tau!

Tuesday, October 02, 2012

Pasta Goreng Cendawan

Kadang-kadang bila menonton rancangan masakan di TV,ada satu-satu menu tu senang sangat bila dibuat.Jadi tak salah mencuba.Saya kalau menonton rancangan masakan,salin je dulu resepinya,buatnya tak tahu lagi.Kalau salin resepi pula,main salin cakar-cakar ayam je.

Baru-baru ni mak pernah salin resepi pasta tapi dia hantar sms kat saya bahan-bahan asas.Dia suruh saya cuba buat,kebetulan saya pun tengok juga rancangan yang sama.Maka saya pun mencubanya,sebab bahan-bahan pun ada.





Bahan-bahannya:
Pasta
Udang dan Sotong (saya ganti ayam je)
Bawang putih (ketuk je)
Cendawan Butang (saya guna cendawan biasa)
Sayur Brokoli
Lobak Merah
Cili Benggala
Serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Pasta ikutlah nak guna banyak mana,rebus 7-8 minit angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan ayam.
3.Masukkan lobak dahulu,kemudian gaulkan.
4.Masukkan sayur brokoli dan cendawan juga cili benggala
5.Setelah itu,masukkan pasta gaul rata.
6.Taburkan lada hitam dan oregano.
7.Perasakan garam.Tutup api.

Mudah jekan.Sebenarnya apa pun bahan yang nak dicampurkan ke dalam pasta atas kreativiti kita je.Ikut suka kegemaran kita mana nak dilebihkan,mana nak ditambahkan.

Pesanan:Suami tak makan jenis -jenis pasta ke,spaghetti ke atau macaroni,bukan selera tekak dia, orang kampung katanya...he he he..saya orang bandar,tak kisah makan apa saja...hehe he

Monday, October 01, 2012

Pelajar Maut Tak Sempat Ambil SPM

Sedih bila mendapat khabar berita pelajar di sekolah suami maut dalam kemalangan di Bentong pada hari sabtu lepas(29/9/2012).Kalau dengar cerita,macam-macam versi yang disampaikan. Ada yang sedap didengar ada juga yang tak sedap didengar.Tak perlulah saya sebarkan cerita tersebut.

 Mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ni.Seorang maut,manakala seorang lagi masih koma di hospital.Kebetulan Cikgu Niena mengajar budak-budak tersebut,jadi dia tahu lah serba sedikit tingkah laku pelajarnya itu.Tentu dia amat sedih mendengarnya.Suami pula tak mengajar budak-budak tu,jadi tak berapa kenal sangatlah.

 Menurut versi cerita yang disampaikan,pelajar yang maut tu terburai isi perutnya dan patah kedua-dua kakinya akibat kayu balak yang terhempap ke atasnya.Manakala yang koma di hospital pula mengalami kecederaan teruk di bahagian organ dalaman.Hingga kini masih tidak dapat cerita yang sahih.Sekadar penyampaian dari mulut ke mulut.

Kita hanya mampu berserah pada Allah agar segalanya selamat.Yang sudah meninggal pula takziah buat keluarga dan semoga didoakan diampunkan dosa-dosa si mati.Semoga rohnya bersama orang-orang beriman.

Berikut sedutan dari akhbar Berita Harian.

Pelajar maut, dua parah nahas motosikal dan lori

Cetak
KUANTAN: Seorang remaja maut maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohamad Zaidi Ahmad, 17, manakala pemboncengnya Mohd Hafifi Jamaludin, 17, dan pemandu lori M. Murugiah, 61, cedera parah.
"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kedua-dua mangsa yang parah itu pula kini dirawat di Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi di sini. 

Aziz berkata, ketika kejadian 6.44 pagi itu, motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

"Mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sultan Ahmad Shah di sini mati akibat cedera parah di kepala," katanya.

Pemandu lori berkenaan pula cedera parah apabila lorinya terbabas selepas melanggar motosikal itu. - BERNAMA 
Pesanan:Tanamkan sifat sabar dalam memandu,anak-anak ingatlah keluarga yang sedang menanti kepulangan kita di rumah terutama ibubapa kita.Penuh harapan menunggu si anak.