Thursday, October 04, 2012

Peluang Hidup Ke 2........Allah sayang kita lagi....

Hari sabtu lepas saya ke Pulau Pinang lagi menziarahi sepupu yang kemalangan.Saya sebut 'lagi' tu,sebab dah banyak kali ke Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang di kejauhan..saya snap dari dalam feri...

Tapi ini kali kedua sepupu saya mengalami kemalangan.
Sebelum ni waktu zaman mudanya,sebelah tangannya termasuk dalam mesin di tempat kerjanya menyebabkan hancur jari jemarinya.Kini sudah pulih walaupun tanpa jari.Kini yang terbaru pada zaman berusianya dia mengalami kemalangan sewaktu menunggang motor untuk ke suatu tempat.

Apa yang peluang Allah beri padanya?Mengikut ceritanya,motornya dilanggar sebuah kereta,dia terpelanting di atas jalan raya.Kemudian datang pula sebuah kereta lain pula menggilis belakangnya dan seterusnya menyeretnya beberapa meter ke hadapan.Kalau berdasarkan cerita ini,pasti jika kita mendengarnya mengatakan bahawa mangsa mana mungkin terselamat dan masih hidup.Tetapi itulah kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Peluang hidup kedua yang Allah beri padanya.

Jadi inilah peluang hidup yang Allah beri padanya.Banyak hikmah disebalik kejadian yang menimpa sepupu saya itu.Jika dia seorang yang berfikir,dia akan merenung segala kejadian yang berlaku dengan corak kehidupannya yang sedang dia jalani sekarang ini.Jika dia muhasabah diri,dia akan ketahui bahawa hidupnya kali ini jangan dipersiakan begitu sahaja.Semoga itulah harapan saya terhadap sepupu saya tu.Bujangnya sampai bila,hanya Allah yang tahu jodohnya.

Setiap kali saya mendengar musibah atau kematian yang berlaku terhadap saudara mara terdekat atau kenalan yang saya kenal,setiap kali itulah saya bersyukur dengan apa yang saya ada.Saya mengambil segala yang berlaku sebagai teladan hidup.Saya juga tanamkan di dalam hati agar bersangka baik kepada semua orang.

Sekadar renungan sahaja.Supaya manusia itu sentiasa berfikir.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).

Pesanan:Jadi sentiasalah merendah diri,jangan terlalu sombong dengan kehidupan ini.Dunia,dunia juga akhirat jangan lupa tau!

30 comments:

  1. Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang kepadanya. Semoga peluang itu dimanfaatkan dengan sebaiknya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah harapannya kak chik..Allah uji dengan macam-macam kesenangan dan kesusahan hidup di dunia,agar kita sentiasa berfikir...

      Delete
  2. Subhanallah...moga2 peluang yg Allah beri utk sepupu akak dan kita semua akan digunakan dgn sebaiknya :)

    ReplyDelete
  3. Betul itulah pepatah selalu mengingatkan kita utk bekerja seolah-olah utk hidup selamanya dan beribadat seolah-olah akan mati esoknya

    ReplyDelete
  4. Dahsyat juga cara kemalangan tu. Tapi Allah yang lebih berkuasa. Macam ada anak kawan saya baru-baru ni, anaknya yang berusia 3 tahun digilis mpv nazaria pada bahagian pinggang ke bawah. Syukur alhamdulillah, langsung takde luka, takde retak atau patah. Allah punya kuasa.

    Mmg bila Allah berikan musibah dan kita terselamat, itu tandanya... Allah sedang mengingati kita supaya selalu dekat kepadaNya. Cuma sama ada kita sedar atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..mujur anak kawan awak ok..ye lah ikut logik..mesti ada patah mana-mana kan...

      Musibah ni sebenarnya menunjukkan Allah sayang kat kita kan..

      Delete
  5. sepupu ma cheqna kemalangan lebih kurang macam ni la...tapi ajal menjemput arwah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah kat sepupu ma cheqna...semuanya dalam kuasa Allah...

      Delete
  6. semoga sepupu akak cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang dalam proses penyembuhan...Allah sayangkan dia lagi...

      Delete
  7. moga cepat sembuh...ada hikmah disebalik semuanyakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...cerita ni beri kita iktibar ...renung-renungkanlah..

      Delete
  8. Ngeri bila sy bayangkan kemalangan2 yg menimpa sepupu ida. Kemalangan yg menghancurkan jari jemari dan kemalangan kedua yg logik akal mmg sudah ketemu ajal.

    Bila Tuhan memberikan kita peluang kedua, kita seharusnya lebih lama bersujud kepada-Nya. Sujud dlm aspek yg lebih luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ngeri bila dengar...tapi bila lawat dia baru2 ni...keadaan kecederaan tak setimpal dengan kejadian yang menimpanya...

      Allah beri peluang hidup padanya...mungkinkah ini yang terakhir?Allah sahaja yang mengetahuinya...

      Delete
  9. Allah masih sayangkannya......
    mungkin ada hikmah disebaliknya, hargailah peluang ke2 ini..
    moga sepupu cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga doa kalian memberikan penyembuhan segera...

      Delete
  10. ingatan untuk kita semua bila diberi kesempatan keduakan!

    ReplyDelete
  11. Allah masih sayangkan dia,moga ada hikmah disebalik apa yg berlaku

    ReplyDelete
  12. Allah Huakbar....Semoga dipjgkn usianya.Amin.Byknya dugaan & ujian utk sepupu tu ya.Semoga dia perbykkan sabar & tabah.
    Mmg sukar mendpt peluang ke dua ni....Allah masih sygkn dirinya....


    p/s:Klu berminat dgn pemanggang ajaib murah...jemputlah singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah harapan saya ..semoga peluang ke 2 nitidak dipersiakan...

      p/s:nanti saya singgah ye

      Delete
  13. ya Allah.. perkataan yg trkeluar bila Ahlam baca cerita sepupu akak 2...huhuhu moga dia cepat sembuh dan keluarganya kuat utk menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah Ahlam..terkejutkan..kasihan juga kat dia..dia anak yatim piatu..harapkan adik beradik je lah jaga dia..

      Delete
  14. semuga beliau cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.