Thursday, October 25, 2012

Puasa di hari Arafah


Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. 

Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

copy sini je

Puasa Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Marilah bersama-sama berpuasa hari ini.

Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud

"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."

(hadis Riwayat Muslim)


Semoga kita ikhlas dalam beribadat kepada Allah.



Pesanan: 2 tahun tau!!Takkan nak lepaskan peluang tu...Selamat Hari Raya Aidil Adha.....

13 comments:

  1. kisah pengorbanan lagi..selamat ari raya umi

    ReplyDelete
  2. Salam AidilAdha buat akak sekeluarga dan selamat berpuasa baut semua rakan beragama Islam yang berpuasa usnat pada hari ni.

    ReplyDelete
  3. Alamak, typo error plak.. sorry ye kak

    Baut = Buat
    Usnat = Sunat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...ok..faham dah..salam Aidil Adha juga pada MJ

      Delete
  4. tq share n selamat hari raya aidiladha juga ye

    ReplyDelete
  5. Apa yang 2 tahun tu? Hati rasa makin melambai2 mengajak ke sana. Terutamanya bila tgk drama Adam dan Hawa scene kat mekah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dosa di ampun tahun lalu dan akan datang...2 tahun kan...he hehe saya pun ada niat nak ke sana dalam usia muda ni...Insya Allah ada rezeki lebih boleh kesana..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.