Tuesday, October 23, 2012

PCOS (Sindrom Ovari Polisistik)- Punca Gagal Untuk Hamil



Saya terpanggil untuk berkongsi penyakit Sindrom Ovari Polisistik/Polycystic Ovarian Sydrome (PCOS).Ini kerana salah seorang jiran saya sukar untuk hamil kali ke 2,dan setelah berjumpa doktor dia antara pesakit PCOS ini.Kalau saya cari di dalam google,ini bukanlah penyakit tetapi lebih kepada sindrom.

Sumber Gambar: di sini

Masalah jiran saya ni,dia ingin menambah lagi anak setelah anaknya yang sulung berusia 2 tahun,namun setelah berusaha dia menemui jalan buntu.Akhirnya bertemu doktor untuk mengetahui permasalahan yang dihadapinya.Aneh juga,dia bukan tidak pernah hamil dan melahirkan,tetapi usaha untuk anak ke 2 tidak berhasil.Dan salah satu masalah yang sering dia luahkan pada saya ialah kitaran haid yang tidak menentu.

Saya pun baru tahu tentang sindrom ini,kalau tidak dia menceritakan pasti saya tidak tahu wujudnya penyakit seperti ini.Mungkin ramai lagi wanita di luar sana tidak mengetahuinya.

Memetik petikan akhbar mengenai PCOS ini ,PCOS ialah gangguan hormon paling tinggi dikalangan wanita yang berada pada peringkat subur.Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Antara gejala-gejala sindrom ini:

1 .Haid tidak teratur atau lewat kedatangan haid.
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen,sejenis hormon kaum lelaki)
3.Ovari polisistik (iaitu sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follilkel) atau saiz ovari telah membesar.

Namun demikian PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria di atas.

Dengan kata lain PCOS boleh menggangu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari.Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dilkeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.


Sukar sebenarnya untuk kita fahami,tetapi itulah dia penyakit PCOS antara punca ketidaksuburan di kalangan kaum wanita.Dan menurut kajian,20 peratus wanita berusia lebih dari 20 tahun mengalami masalah ini manakala lebih 40 peratus yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Jiran saya juga pernah juga merungut tentang pertambahan berat badan mendadak walaupun baru melahirkan seorang anak dalam usia muda lagi.Rupanya ia juga adalah antara permasalahan sindrom PCOS.

Berikut ialah masalah lazim yang Dr Saravenun Velu  lihat seperti ditulis dalam blognya:

1.Pertambahan berat badan mendadak (sekurang-kurangnya 5 peratus) sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan.

2.Ahli keluarga atau diri sendiri mengidap penyakit Diabetes(kencing manis).

3.Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan-roma makin menebal,hitam dan kerinting.Mula tumbuh di bahagian yang sensitif seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut.

4.Central Obesiti-kaki dan tangan tampak slim,tetapi lemak berkumpul di kawasan dada,abdomen dan
punggung menyebabkan wanita hilang shape(bentuk badan)...maaf saya bukan menghina kaum wanita..p/s:doktor yang kata ni tau...

5.Kurang subur..jika mengandung mudah gugur.

Lagi petikan akhbar,

Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.
Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.


Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.


"Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.


Artikel Penuh di sini

Punca PCOS ni masih belum diketahui,tetapi ianya juga berlaku kepada sanak saudara terdekat tetapi ia juga bukanlah penyakit keturunan.Eloklah kaum wanita ambil berat dengan perubahan diri secara mendadak seperti kitaran haid yang tidak teratur dan juga pertambahan berat badan.


Menarik betul bila saya cuba mencari banyak maklumat tentang PCOS ni.

Banyak lagi maklumat tentang PCOS ni jika anda mencari lebih banyak info di internet.Saya sekadar berkongsi sebahagian sahaja.

Saya simpati dengan keadaan jiran saya itu,seringkali dia berkata "kak saya nak anak lagi,tapi tak boleh"...sayu je.Apabila saya beritahu si polan-polan ni mengandung,dia pun kata "ala.kak bestnya".Dia juga lah yang menyarankan saya mengetengahkan penyakit ni di blog saya.

Tak mengapa, kalau saya baca tentang PCOS ni kehamilan masih boleh berlaku jika mengikut rawatan yang bersesuaian.Dia pun masih lagi berjumpa doktor untuk rawatan sesuai dengannya.

Pesanan:Seronok bila ada anak ramai ni,macam saya..macam-macam ragam,sangat menghiburkan.

18 comments:

  1. info yg bagus ni ummi..kwn sy pon ade sukar utk hamil..bole bg dia bace nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuba share sebab saya pun nak tahu juga..eloklah beritahu pada yang tak tahu k..

      Delete
  2. Kawan saya pun ada masalah ni. Ovari dia keluarkan banyak telur setiap bulan. Tapi semuanya tak matang. Jiran UmmiArissa tu sekurang-kurangnya masih beruntung sebab dia dah ada anak sorang. Kawan saya tu masih tak ada anak. Ada cara ke nak rawat masalah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihan juga ye kawan Lyd...kalau ikut apa saya baca,kalau berat badannya naik,dia harus turunkan berat badan dulu...tapi elok dia berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lagi masalah dia...baca saja pun tak boleh...nasihat doktor sangat diperlukan...

      Delete
  3. samalah dgn adik ipar saya punyalah lama tunggu anak ke 2..
    abgnya nk masuk 5 thn, akhir bln nov nnti baru adiknya kuar....

    syukur juga tiada masalah seperti ini.....

    ReplyDelete
  4. Sangat infomatif - dpt dimanfaatkan. Kadang nampak remeh tapi kalau tak tahu ianya amat berisiko rupanya kan..

    ReplyDelete
  5. tq share info ni ye

    ReplyDelete
  6. ouhh thanks sebab sharing =)
    sangat berguna

    ReplyDelete
  7. Trima kasih ats perkongsian. Mungkin sbb sindrom ni jugalah isteri kawan saya tak hamil2 selps bersalin 6 thn lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi sebahagian je...perlu rujuk doktor juga mungkin ada masalah lain...

      Delete
  8. TQ kak, info untuk semua wanita sana...


    Myra pun masih berusaha untuk mendapatkan zuriat yang pertama setelah 3 tahun masih menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...share dan memang nak tempek kat blog buat rujukan rakan2...

      MJ...harap suatu hari ada rezekinya ye...

      Delete
  9. salam, maaf menganggu.. Jemput baca masalah customer saya nie.. Dia menghidap PCOS juga.. Dia sertakan pada saya gambar scan rahim yang ada biji2 kecil di dalamnya. Alhamdulilah sekarang customer saya dah preggy... Produk ini disyorkan oleh doktor perubatan.. Mungkin Puan boleh pertimbangkan sebagai alternative untuk PCOS
    http://kokoadik.blogspot.com/2014/02/ekstrak-kacip-fatimah-testimoni-dari.html
    http://kokoadik.blogspot.com/2014/06/ekstrak-kacip-fatimah-utm-customer-pcos.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq share...saya nak maklumkan jiran saya sudah pun melahirkan anak ke 2 beberapa bulan.Saya tak pasti dia guna kaedah apa,belum sempat berbual tentangnya.

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.