Monday, October 01, 2012

Pelajar Maut Tak Sempat Ambil SPM

Sedih bila mendapat khabar berita pelajar di sekolah suami maut dalam kemalangan di Bentong pada hari sabtu lepas(29/9/2012).Kalau dengar cerita,macam-macam versi yang disampaikan. Ada yang sedap didengar ada juga yang tak sedap didengar.Tak perlulah saya sebarkan cerita tersebut.

 Mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ni.Seorang maut,manakala seorang lagi masih koma di hospital.Kebetulan Cikgu Niena mengajar budak-budak tersebut,jadi dia tahu lah serba sedikit tingkah laku pelajarnya itu.Tentu dia amat sedih mendengarnya.Suami pula tak mengajar budak-budak tu,jadi tak berapa kenal sangatlah.

 Menurut versi cerita yang disampaikan,pelajar yang maut tu terburai isi perutnya dan patah kedua-dua kakinya akibat kayu balak yang terhempap ke atasnya.Manakala yang koma di hospital pula mengalami kecederaan teruk di bahagian organ dalaman.Hingga kini masih tidak dapat cerita yang sahih.Sekadar penyampaian dari mulut ke mulut.

Kita hanya mampu berserah pada Allah agar segalanya selamat.Yang sudah meninggal pula takziah buat keluarga dan semoga didoakan diampunkan dosa-dosa si mati.Semoga rohnya bersama orang-orang beriman.

Berikut sedutan dari akhbar Berita Harian.

Pelajar maut, dua parah nahas motosikal dan lori

Cetak
KUANTAN: Seorang remaja maut maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohamad Zaidi Ahmad, 17, manakala pemboncengnya Mohd Hafifi Jamaludin, 17, dan pemandu lori M. Murugiah, 61, cedera parah.
"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kedua-dua mangsa yang parah itu pula kini dirawat di Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi di sini. 

Aziz berkata, ketika kejadian 6.44 pagi itu, motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

"Mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sultan Ahmad Shah di sini mati akibat cedera parah di kepala," katanya.

Pemandu lori berkenaan pula cedera parah apabila lorinya terbabas selepas melanggar motosikal itu. - BERNAMA 
Pesanan:Tanamkan sifat sabar dalam memandu,anak-anak ingatlah keluarga yang sedang menanti kepulangan kita di rumah terutama ibubapa kita.Penuh harapan menunggu si anak.

16 comments:

  1. innalillah..takziah pada keluarga mangsa yg terlibat..semoga mereka tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang kita harapkan agar keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah ni

      Delete
  2. takziah buat keluarga mangsa dari TA..
    Smoga tabah menghadapi ujian ini.

    Terima kasih sudi singgah ke teratak buruk TA..MEnulis bukan sebagai seorang penulis,nukilan kehidupan Tirana aduka sis.. Thanks again sis

    ReplyDelete
  3. takziah buat keluarga mangsa dari TA..
    Smoga tabah menghadapi ujian ini.

    Terima kasih sudi singgah ke teratak buruk TA..MEnulis bukan sebagai seorang penulis,nukilan kehidupan Tirana aduka sis.. Thanks again sis

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah..dan yg cedera semuga cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete
  5. Innalillah..Al-Fatihah buat mereka.

    Beberapa tahun lepas akak pernah jadi pengawas SPM di sebuah sekolah yg salah sorang calonnya telah meninggal dunia sebelum peperiksaan. Hari2 jaga dalam dewan tu tengok meja dia yg kosong. Walaupun tak kenal, tetap rasa sayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat, Al-Fatihah buat pelajar tu, baca kali kedua baru perasan sorang saja yg meninggal, haisy akak nih..

      Delete
    2. sedihkan kak...bila tengok meja calon kosong sebab calonnya sudah meninggal...

      yang sorang lagi berita terkini masih koma lagi kak...

      Delete
  6. al-fatihah...sedih bila membaca berita sebegini...

    ReplyDelete
  7. Salam Umi, sebaya Farah tu.. takziah buat keluarganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak...tu lah dah dekat sangat nak amik SPM

      Delete
  8. Takziah buat keluarga mangsa..saya tak boleh dengar cerita sebegini..sedih sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun begitu juga...membayangkan perasaan sebagai seorang ibu

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.