Tuesday, October 30, 2012

Lewat je sikit...habis jem le jalan...

Hari ahad yang lepas,saya bertolak pulang ke Kuala Lipis jam 4 petang dari Kota Bharu.Lewat dari rancangan asal nak bertolak lepas zohor.Kebetulan pula adik ipar ajak makan mee kari.Kami pun tak makan tengah hari lagi,jadi kami singgah dulu makan di rumahnya.Rezeki jangan ditolakkannnnn...


Kami sampai ke Gua Musang pun dah masuk waktu Isyak,berhenti juga di R&R Hentian Gua Musang untuk solat.Anak-anak pun nak ke tandas,dahaga airlah,nak makan lah.Nak makan kat situ,tengok beratur panjang,langsung tak jadi,beli roti je lah.Waktu kami sampai di Merapoh pun kereta berderet-deret,merangkak-rangkak bergerak.Cuba lihat anak panah menunjukkan betapa panjangnya kereta beratur di jalan raya.


Ni pun saya dah tak tahan.Slow je kereta.Saya pun keluarkan handphone,buka tingkap kereta,snap sana snap sini,tak cukup saya snap gambar,saya suruh pula anak lelaki yang duduk belakang ambik lagi gambar.Si suami sudah menjeling,kemudian buat lawak malam-malam buta..."tu nak masuk blog lah tu...mesti tajuk dia jem..."he he he...suka benar dia menyakat saya.Sama naik juga anak lelaki tersengih-sengih di belakang.


Yang ni lah sering berlaku,kalau kereta lain ikut peraturan beratur....kereta ni mungkin dah tak sabar memotong di lorong sebelah sewaktu kereta kosong.Memanglah kosong sebelah tu,sebab kebetulan takde kereta yang lalu,habis tu kalau ada kereta,agak-agak dia nak menghimpit kereta siapa ye,agar beri dia ruang masuk ke lorong kanan??Habis orang lain jadi mangsa.Semua pun nak cepat...bersabarlah...kami ni lagilah dengan anak kecil lagi.Boleh je sabar.Nanti bila jalan dah clear sikit,pecutlah ikut suka.

Tiba di Benta-Kuala Lipis jam 11.30 malam.Agak-agak pukul berapa mereka yang duduk di Kuala Lumpur sampai ye?Mau jam 2-3 pagi rasanya.

Pesanan:Memang tak boleh elak dah,asal cuti panjang je..sesaklah jalan ke KL-Kota Bharu-KL.

4 comments:

  1. Sebelum raya lagi jalan dah sesak dah.. Banyak kereta ikut jalan dalam ni nak balik Klate.. Jem la pekan sehari hari Khamis tu.. hehe..

    Adik saya balik sini ikut jalan lama dari KL.. Kalau dia ikut highway, mmg sampai pukul 2-3 pagi la jawabnya.. Tp jalan lama tu serammmmmmm....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak ikut jalan lama tu....kalau siang berani sikit...kalau malam...taknak lah...

      Delete
  2. meriahnya raya orang kelantan sampai jem jalan kl-kb *salam kenal*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama meriah je tempat lain,salam kenal juga..terima kasih ye

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.