Saturday, March 31, 2012

Berkawanlah dengan semua bangsa.


Berkawan tidak semestinya dari satu bangsa sahaja.Malaysia penuh dengan berbagai kaum dan bangsa.Jangan sesekali kita menghina sesuatu bangsa.Malaysia hidup harmoni kerana sifat hormat-menghormati sesama kita.Teruskanlah!

Anak angkat saya ni,seorang yang peramah.Sewaktu gambar ini diambil dia bersekolah di Tadika Perpaduan selama 2 tahun iaitu umur 5 dan 6 tahun.Kawan bangsa Cina yang sangat baik dan rapat dengannya ialah bernama 'Wan Ru"(tak tahu ejaan sebenar,dengar je namanya).Oleh kerana ibunya tidak menghalang anaknya berkawan dengan sesiapa sahaja,maka hubungan Melayu dan Cina ini menjadi satu hubungan yang istimewa.

Setiap kali merayakan perayaan atau mengadakan jamuan,pasti mereka berdua saling jemput menjemput.Tetapi oleh kerana mereka faham budaya dan agama,maka sesuatu jemputan kadang-kadang tidak dapat dipenuhi.

Apa yang menarik ingin saya kongsi dsini,akibat hubungan tanpa perasaan benci membenci ini,maka hubungan diteruskan hingga masing-masing menaiki ke sekolah rendah.Baru-baru ini anak angkat saya Adanie,mengajak sendiri kawan baik Cinanya ini menghadiri jamuan hari lahirnya melalui pesanan di telefon bimbit.

Sebagai ibu angkat,saya merasakan dia tidak akan datang,maklumlah dia sudah bersekolah lain dan pasti mempunyai lebih ramai kawan lagi.Sangkaan saya meleset,memang dia hadir bersama ibunya.Siap bawa hadiah lagi.Terkejut saya.Memang dia menunaikan janjinya.

Walaupun disambut secara sederhana,tapi nampak meriah dengan kehadiran seorang sahabat yang berlainan bangsa.Seronok saya lihat cara mereka berdua bergaul bersama.Tidak kekok sikit pun.!Sangat mesra.

Semoga hubungan persahabatan mereka akan kekal hingga besar.Bolehlah nanti saya ceritakan lagi kisah mereka 5 atau 10 tahun akan datang lagi.

Pesanan:Kawan baik susah senang bersama!

Thursday, March 29, 2012

Bahulu Kak Mah sedap tau...

Hari Isnin baru ni,saya tercari-cari apa lah makanan nak sumbang pada hari lahir anak angkat saya.Jadi saya pun baca blog,seperti biasa saya mesti buka blog ni jika ada entry baru. Blog Kak Mah ada jual kuih bahulu.

Saya pun terus hubungi Kak Mah yang tinggal di bandar Kuala Lipis.Terus saya order.Tapi Kak Mah sempat buat satu bekas je.Lagipun dia baru balik kerja,lewat sikit hari tu.

Meh tengok betapa gebunya kuih bahulu Kak Mah ni.Memang sedap.Sekali hadap je kuih ni.

Bahulu Kak Mah


Yang ni sesi jual beli.Saja je reka perbualan tu,sebab yang snap gambar tu anak saya dari dalam kereta pulak tu.Kak Mah jangan marah bergurau je ni.

Kak Mah pun tak berapa sihat.Kalau lihat dalam blognya ada diceritakan sakit nya..dan kebetulan hari saya ambil kuih bahulu tu Kak Mah nak pergi berubat petang tu.Tak sempat juga berbual lama dengan Kak Mah.Lagipun dah senja ketika tu.
Terima kasihlah Kak Mah,sempat juga buat dalam keadaan tak berapa sihat tu.Kak Mah kata sebab dah janji jadi dia buat.Biasanya ada juga stok bahulu dia buat banyak-banyak,tapi sebab dia ke Kuantan,maka tak ada lah yang stok tu.Satu bekas pun jadilah.Lain kali nak order lagi.

Sesiapa nak merasa kuih bahulu Kak Mah...bolehlah lawat blog Kak Mah @ LipisLady
Pesanan: Tanya khabar sahabat-sahabat kita kalau dengar mereka sakit.

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday # 6-Siti Nurhaliza

Selamat datang ke laluan orang-orang terkenal di SMK Clifford,Kuala Lipis,Pahang.



Pesanan:Sekadar untuk kenangan di Kuala Lipis.

Monday, March 26, 2012

Tempahan kek coklat lagi

Betulkan.Jika memang telah ditetapkan rezeki itu milik kita,pasti ianya menjadi milik kita.Dalam diam tak diam,lama saya tidak mendapat tempahan sebegini.

Dulu pernah saya menolak satu tempahan seperti ini untuk satu majlis perkahwinan pada awal Januari lalu.Saya menolaknya kerana merasakan tidak mampu melakukan sendirian tatkala saya juga menjaga seorang lagi penambahan anak jagaan yang baru awal tahun ini.


Tetapi pada sebelah petang sebelum cuti sekolah penggal pertama,saya mendapat mesej dari seseorang yang ingin menempah kek coklat ini sebagai buah tangan untuk tetamu yang hadir.Apa yang saya terkejut,dia mendapat tahu mengenai saya daripada kawannya yang mana saya pernah menolak tempahannya dengan baik pada awal Januari lepas.Kawan inilah yang mencadangkan nama saya untuk sahabatnya itu.

Lihat!Saya pernah merasakan kesal kerana menolak rezeki pada awalnya,tetapi saya telah memberikan alasan yang sewajarnya dan menolak dengan cara yang baik.Tidak sangka dia pula memberikan cadangan kepada kawannya agar membuat tempahan dari saya.Terkejut juga pada mulanya.Inilah balasan berbaik sesama manusia,Baik dibalas baik.

Saya bersetuju kali ini kerana,setelah dapat menyesuaikan masa jadi saya merasakan mampu melakukannya.

Tempahan kali ini berjumlah 600 biji mini coklat kukus siap dengan pembungkusnya.Saya meminta bantuan seorang jiran untuk membungkusnya manakala saya menyiapkan adunan dan kukusan.

Alhamdulillah,saya berjaya juga meyiapkan tempahan seperti waktu yang telah dijanjikan.Banyak dugaan dan cabaran dikala meyiapkan tempahan ini.Saya terima dengan redha walaupun saya sedikit tension.

Tetapi apabila difikirkan kembali setiap yang berlaku ada hikmahnya,Pasrah dan redha.

Pesanan: Hobi suka-suka menjadi rezeki keluarga.Alhamdulillah.

Saturday, March 24, 2012

Kalau sudah rezeki...

Saya ingin berkongsi kisah yang berlaku di satu majlis di sebuah sekolah.Majlis ini diadakan pada sebelah petang,kerana kebanyakan mereka yang hadir adalah guru-guru sekolah.

Untuk menambahkan kehadiran para tetamu,mereka telah mengadakan cabutan bertuah berdasarkan nombor kehadiran yang terdapat di buku atucara.

Setelah seorang demi seorang berucap mengikut di dalam urutan buku atucara,tibalah masanya perasmi majlis berucap sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Sedang berucap,kedengaran suara azan menandakan sudah masuk waktu azan Asar.Maka berhentilah seketika ucapan tersebut sehingga selesai azan dilaungkan.Kemudian perasmi majlis menyambung ucapannya.

Pada ketika itu saya melihat hanya 2 orang yang bangun untuk menunaikan solat Asar.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Bagaimana saya tahu,saya kenal mereka berdua,dan saya pasti memang mereka ingin menunaikan solat Asar terlebih dahulu.

Yang lain?Saya pasti mereka masih menunggu di dewan hingga habis majlis kerana takut terlepas pengumuman nombor cabutan bertuah yang akan dipilih setiap selesai satu acara.

Setelah itu,tidak lama kemudian masuk lah mereka berdua yang telah menunaikan solat,Lega nampaknya air muka mereka.Segar di basuhi air solat.

Majlis hampir ke penghujungnya.Maka cabutan terakhir untuk 2 nombor pun dipilih.Jadi memang ada 2 orang yang bertuah kali ini iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Siapakah mereka?

Mereka adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah meninggalkan seketika majlis untuk menunaikan solat.

Apakah yang kita dapat dari cerita ini.Ini kisah benar yang berlaku dihadapan saya.Bukan rekaan.

Tunaikan solat pada waktunya.Jangan ditangguhkan.Jika sudah ditetapkan itu adalah rezeki kita,tidak akan ke mana rezeki itu,ianya tetap kepada kita.Insya Allah.

Pesanan:Saya pulang dengan merumuskan apa yang terjadi semalam.(Jumaat)Saya?saya uzur...

Monday, March 19, 2012

Kek Coklat Cappucino Segitiga -Saji Mac 2012

Biasa tak mencuba resepi-resepi dari majalah masakan.Eloklah dicuba ye,jangan asyik membeli dan membelek-belek aje majalah tersebut.Tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak kan.

Ini gambar dari majalah Saji keluaran Mac 2012.Cara hiasan yang sangat menarik.

Ini hasil yang saya buat setelah mencubanya untuk pertama kali.Memang sangat sedap.Lebih-lebih lagi penggemar kopi.Baunya sahaja sudah cukup menggambarkan keenakan kek ini.


Saya buat kek nipis,tidak seperti yang majalah Saji buat kerana menggunakan acuan segi empat yang besar.Inilah hasilnya setelah di sapukan krimnya dan di potong dua.Ini adalah sebahagian dari kek,masih ada lagi lebihan kek yang belum di sapukan krimnya.

Mari lihat resepinya.
Bahan-bahan:

4 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu besar ovalet
50 ml air
1 sudu besar serbuk kopi nescafe
100 gm tepung kek
25 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
65 gm mentega (dicairkan)

Bahan Mentega Krim Kopi:

90 gm lemak sayuran
50 gm mentega
190 gm gula aising
30 gm serbuk kopi nescafe(dicairkan)
1 sudu besar air panas

Cara Menyediakan:
1. Sediakan mentega krim kopi.Pukul lemak sayuran,mentega dan gula aising sampai kembang.
2. Kemudian masukkan bancuhan kopi dengan air panas tadi ke dalam bancuhan dan gaul rata.
3. Bagi menyediakan kek,pukul telur,gula,ovalet,air dan serbuk kopi hingga kembang.
4. Ayak tepung,serbuk penaik dan serbuk koko ke dalam bancuhan tadi dan gaul rata.
5. Masukkan mentega cair dan gaul rata.
6. Tuang ke atas tin pembakar empat segi dan bakar pada suhu 180darjah selsius selama 30 minit.
7. Sejukkan,potong kepada bentuk segitiga.
8. Sapukan coffee buttercream.

Nota:Saya tidak guna jenama nescafe,boleh guna kopi lain pun.Saya juga membakar tidak sampai 30 minit kerana kek yang saya buat nipis tidak tebal.

Pesanan:Jaga-jaga dengan kandungan gula yang banyak,manis sangat pun tak baik untuk kesihatan.

Friday, March 16, 2012

Suasana pasar pagi Jumaat

Hari ini saya berkesempatan singgah ke pasar Jumaat di Kota Jembal,Kota Bharu Kelantan.Hari ini juga pertama kali saya singgah di tapak pasar baru yang dibina khas di satu kawasan yang tidak jauh dari tapak pasar lama.

Antara gambar yang sempat saya ambil:

Ni pandangan dari pintu belakang pasar...tak sempat ambil bahagian depan.Ramai sangat orang.



Sayur kampung dijual oleh orang kampung.

Tidak ketinggalan barangan runcit juga.

 Kuih muih beraneka jenis

Kuih tradisi tidak dilupakan
 Nasi dagang,nasi kerabu dan nasi berlauk pasti menambat selera.

Pulut,mee goreng dan meehoon goreng juga menyelerakan.Yang lebih bestnya..murah!!

Pastinya saya merindui semua ini.Cuti sekolah sudah sampai ke penghujung,tibalah masanya kami pulang semula ke rumah untuk meneruskan kehidupan yang serba sibuk dan berhadapan dengan barangan yang serba mahal.

Bye,Kelate...Jumpa lagi.

Pesanan: Kuih yang akan di cari di Kelantan ialah kuih topi.Kata orang susah juga nak buatnya.Macam mana rupa kuih topi?cari sendiri..he he he

Thursday, March 15, 2012

Surat Cinta Dari Pihak Tol

Pertama kali sepanjang menggunakan laluan yang dikenakan tol,suami saya mendapat surat cinta dari pihak tol.Sebagai seorang isteri,apa perasaan anda,nak marah atau pendamkan sahaja.

Saya faham mereka bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan,tetapi oleh manusia.Maka dengan itu setiap kesalahan tidakboleh dipandang ringan.

Surat ini diterima awal Mac lalu,mengatakan kereta kami tidak membayar tol di Karak Highway.Sepanjang yang kami tahu ,kami tidak pernah lagi melalui mana-mana tol seluruh Malaysia tanpa membayar tol.Jadi oleh kerana tidak puas hati dengan penerimaan surat ini,maka saya menalifon pihak terbabit,meminta penjelasan.Apa yang kami dijanjikan siasatan akan dijalankan.

Pada pihak saya,mengatakan ianya kecuaian pekerja mereka sendiri.Mungkin sewaktu kami sudah membayarnya,lampu merah masih menyala,sedangkan kereta kami sudah melepasi palang tol.

Saya bukan mempertikaikan jumlah bayaran yang dikenakan,tetapi merasakan tidak adil langsung membayar denda di atas kesalahan yang tidak dilakukan.

3 helai surat menceritakan segala-galanya.





Oleh kerana siasatan masih dijalankan,maka kami hanya menunggu panggilan dari pihak terbabit dan denda yang dikenakan perlu diabaikan dahulu pembayarannya,

Pesanan: Berhati-hatilah pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tol.

Sunday, March 11, 2012

Blog ni buat orang lapar tau...

Saya nak kawan-kawan singgahlah blog  Attilia's Home ni.Atilia ni adalah sahabat baik adik saya Sekilass.Biasanya kalau kawan baik adik saya,pasti akan menjadi kawan saya juga.Sebab bila dah baik sangat,bawa datang rumah,kami mesra seperti adik beradik.

Blog dia biasanya banyak resepi-resepi ringkas dan menarik.Ada juga yang berat.Saya suka sangat resepi-resepi yang dihidangkan.



Walaupun nampak resepi mudah je,tapi cara dia menghias makanan tersebut membuatkan ianya kelihatan sangat lazat.Cara gambar makanan diambil pun menarik.Memang nampak sedap.Dia memang berbakat sebagai jurugambar.

Tak percaya? Cuba lihat gambar ni.Ini Jelly je ni,tapi nampak lazat kan?Korang tak terliur ke nak merasa?

Sori Ila,akak amik gambar ni...

Walaupun tinggal berdua,tetapi dia sangat rajin memasak untuk suami tercinta.Lebih-lebih lagi kini tinggal berjauhan dengan keluarga dan sahabat handai kerana mengikut suami bekerja di Sabah.Keluarga tercinta yang ditinggalkan di Jengka 13,Pahang sentiasa di hati.Kan Ila?

Kalau rajin jenguklah ye blog Ila ni,pasti tak menyesal.Ok jumpa lagi.

Selamat bercuti penggal pertama persekolahan.

Pesanan:Saya mudah jatuh cinta dengan hiasan makanan yang menarik.Saya tak pandai hias makanan,macam mana ni...

Tuesday, March 06, 2012

Kek Harijadi Warna-Warni

Hari Isnin (semalam) genap dua tahun anak ke 6 saya merangkap anak bongsu saya.Maka oleh kerana kami sibuk,jadi tak sempat nak buat jamuan hari lahirnya.Saya pula nak keluar cari kek pun tak berkesempatan.

Oleh kerana bahan-bahan dah ada,bolehlah buat kek yang ringkas untuknya.

Saya tengok blog-blog lain sibuk buat warna-warni kek diorangkan..Apa susah,dengan resepi kek span biasa pun saya boleh buat.Sebab tambah pewarna je kan.Jom tengok saya buat kek.Resepi google je lah ye..Saya cuma nak beritahu macam mana warna-warni itu terjadi je..

Bagaimana kek ini terhasil?he he he

Setelah dipotong akan menjadi begini.Tertarikkan,Budak-budak suka warna warni ni.


Inilah potongan dari bahagian di atas.


Jom tengok sini pula.
Mula-mula dah bahagi beberapa bahagian warna,bakarlah satu-satu,kemudian lapiskan dengan krim antara satu lapis ke satu lapis.

Buatlah sampai habis lapis-lapis warna tu.Begitu asyik saya melakukan selapis demi selapis.Letih tau,nak tunggu sejuk dulu,dahlah bekas satu saiz tu ada satu je.



Dah siap,krimkan semuanya.Biar tutup semua kek tu.Krim ler kemas-kemas ye,bawah ni kurang kemas sikit.Tapi okay je...he he he


Hiaslah mengikut citarasa anda.Saya suka warna-warni di luar juga...


Inilah birthday girl nya...Arissa (baju belang) dan kakaknya Anis  tolong pegangkan pisau kek.
Selamat Hari Lahir Arissa!

Pesanan:Kasihan anak-anak,dah lama umi tak buat jamuan untuk kawan-kawannya.Masalah masa yang sangat sibuk.Tapi umi tetap luangkan masa buat kek ni.

Monday, March 05, 2012

Genap 2 tahun,terima kasih semua!

Bulan ini genap 2 tahun saya berblog semenjak ianya dibuka pada Bulan Mac 2010.Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu masa nanti masa saya terisi dengan menyediakan entry-entry menarik buat tatapan semua.

Setiap hari di fikiran saya ligat memikirkan apa yang perlu di isi di dalam blog saya agar semuanya boleh membaca tidak kira tua atau muda.Walaupun niat asal dahulu berblog untuk menghasilkan wang yang cepat akibat dipengaruhi oleh orang sekeliling,kini saya lebih suka berblog untuk menambahkan kenalan dan berkongsi sesuatu yang boleh dimanafaatkan bersama.

Pada mulanya iklan Nuffnang telah memeningkan kepala saya kerana memaparkan iklan yang bersandarkan wanita berpakaian tidak sopan,kini setelah membuat permintaan kepada  Nuffnang melalui e-mel dan berbincang agar hanya iklan yang sesuai sahaja disiarkan.Maka Nuffnang menyambut baik permintaan saya.

Antara jawapan e-mail yang saya terima di atas persoalan saya tentang iklan yang disiarkan..

Regarding the matter you mentioned, we will need you to provide us a clearer information as which advertisement exactly so we can assist you further. :)

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd



Thank you for your email. :) Just allow me to explain further on the advertisement mentioned on MilkADeal. Term "Pork Free" is actually referring to the idea that the food is actually free from pork, as in there is no ingredient in that particular food. Simply put, this ad is also suitable for Muslims as well.

Hope this explanation clears your doubt. :)

Also, can I confirm with you again on your decision on wanting to remove Marie France CPC campaign from your blog? It will be ending on the 4th of July 2011 for your kind information. :)

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Nuffnang kerana memahami kehendak saya sebagai wanita muslim.Dan kini setelah 2 tahun bertahan,pendapatan saya bersama Nuffnang walaupun tidak banyak seperti blog lain,saya tetap bersyukur.

Saya juga tidak lupa kepada semua followers saya sama ada yang ikuti blog saya secara langsung atau tidak langsung,blogger-blogger yang di hormati semua yang sering meninggalkan komen di setiap entry saya atau tidak meninggalkan komen tetapi tetap membaca isi kandungannya,kamu semua telah membakar semangat saya untuk terus berblog dan memeriahkan dunia blog yang baru saya ceburi ini.

Komen pertama yang saya terima adalah dari dua orang adik saya iaitu sumijelly dan sekilass.Biasa lah tuAnak beranak sendiri.Kemudian diikuti dengan entry ini oleh pengomen Yatie Fahmi dan La Dolce Azarina.Terima Kasih.Dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan dan tahun ke tahun,kenalan saya pun bertambah.

Akhir kata,saya sangat gembira berkenalan dengan kamu semua.Semoga kita dapat berblog dengan cara berhemah dan berkongsi ilmu yang ada dengan niat yang baik.Kepada mereka yang mungkin terasa hati dengan isi entry-entry yang lepas atau akan datang,saya pohon maaf.Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas membuat kesalahan.Saya sekadar ingin berkongsi ilmu dan rasa.

Selamat Ulangtahun ke 2 BLOG UMMIARISSA!

Kebetulan hari ini 5/3/2012 Arissa anak bongsu saya genap 2 tahun,blog pun dah 2 tahun..he he he

Bersama ini saya ingin kongsikan satu entry yang pada saya sangat banyak dibaca orang sebagai panduan iaitu entry ini.Selamat membaca.

Pesanan:Sentiasa berfikiran positif...

Saturday, March 03, 2012

Apam Beras Warna Warni


Ni close up yang terbaik punya!!!

Yang ni warna suka hati nak letak,ada juga yang terkena air menitik tu..Janji sedap.

Cuba sekali memang terus jadi!Itulah ungkapan yang mampu saya ucapkan..Setelah berkali-kali mencuba pelbagai resepi apam ni,ni lah resepi yang bila saya buat terus menjadi,Gebu lagi.

Dua kali bancuhan saya buat.Bukan apa nak tengok betul ke menjadi yang mula-mula buat tu,takut kebetulan je nak menjadi.Bila buat kali kedua,menjadi lagi,barulah saya puas hati.

Sumber resepi:SINI

Tapi saya google banyak juga resepi dia lebih kurang sama,tapi yang ni resepi apam yang saya dah buat.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis (11gm)
1 1/2 cawan gula

2 cawan nasi diblender dengan 3 cawan air.(blend hancur)

Cara-cara membuatnya:

1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Nasi blender masukkan dalam bahan kering tadi,kacau rata.Perap 1 jam.Tutup dengan tuala bersih.
3.Masukkan dalam bekas apam kecil-kecil,kukus 15-20 minit,api sederhana.

*Bekas disapu sedkit minyak.
Sudah siap.Mudah bukan.

Pesanan:Kalau google resepi ni,macam-macam bahan mereka tambah.Tapi saya pilih yang senang je.

Thursday, March 01, 2012

Susulan berita tentang sahabat suami yang rentung

Susulan berita tentang kemalangan tragis melibatkan sahabat suami dan juga bekas jiran kami yang saya paparkan semalam di sini.Kali ini berita memuatkan gambar mereka sekeluarga.


Dua beranak rentung nahas


Oleh Norliza Wasilan

2012/03/01

ARMINUDIN (kiri) dan Marzuany Shuhaida (kanan) bersama anak sulung mereka, Marissa Alma.
ARMINUDIN (kiri) dan Marzuany Shuhaida (kanan) bersama anak sulung mereka, Marissa Alma.

KOTA BHARU: Seorang guru dan anak perempuannya berusia empat tahun rentung apabila kenderaan dinaiki meletup selepas bertembung pacuan empat roda malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih, di sini, Arminudin Abdullah, 42, yang bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Marissa Alma dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Selepas kemalangan, Arminudin dikatakan keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan Marissa Alma dari pintu tempat duduk belakang namun gagal akibat letupan yang akhirnya mengorbankan mereka berdua di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, turut terbakar.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala dua mangsa yang rentung turut dibawa ke hospital yang sama,” katanya di sini, semalam.

Isteri Arminudin, Marzuany Shuhaida Mohd Sukri, 39, yang bertugas di sekolah sama dengan suaminya berkata, arwah keluar dari rumah di Kampung Seri Kulim, Melor, bersama anak sulung jam 7 petang untuk menghantar saudara ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan kemudian mahu bertemu rakannya.

Bagaimanapun, beliau berasa bimbang apabila suaminya dan anak tidak pulang rumah sehingga jam 11 malam.
“Saya cuba telefon arwah banyak kali tetapi tidak dijawab. Saya menghubungi adik ipar dan meminta dia menghubungi hospital namun tidak ada sesiapa maklumkan ada kemalangan.

“Selepas menunggu lama, akhirnya saya dimaklumkan adik ipar jam 5 pagi tadi (semalam) mereka terbabit kemalangan,” katanya yang sebak kehilangan suami dan anaknya.

Jenazah dua beranak itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Seorang saksi kejadian warga Myanmar, Razak Abdullah, 30, berkata dia baru selesai menunaikan solat Isyak di madrasah tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Berikutan itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar.

“Saya hanya sempat menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Rangers berikutan api marak dengan cepat,” katanya.

Sumber:SINI

Pesanan:Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t.Al-Fatihah untuk arwah dan anaknya.