Saturday, March 24, 2012

Kalau sudah rezeki...

Saya ingin berkongsi kisah yang berlaku di satu majlis di sebuah sekolah.Majlis ini diadakan pada sebelah petang,kerana kebanyakan mereka yang hadir adalah guru-guru sekolah.

Untuk menambahkan kehadiran para tetamu,mereka telah mengadakan cabutan bertuah berdasarkan nombor kehadiran yang terdapat di buku atucara.

Setelah seorang demi seorang berucap mengikut di dalam urutan buku atucara,tibalah masanya perasmi majlis berucap sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Sedang berucap,kedengaran suara azan menandakan sudah masuk waktu azan Asar.Maka berhentilah seketika ucapan tersebut sehingga selesai azan dilaungkan.Kemudian perasmi majlis menyambung ucapannya.

Pada ketika itu saya melihat hanya 2 orang yang bangun untuk menunaikan solat Asar.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Bagaimana saya tahu,saya kenal mereka berdua,dan saya pasti memang mereka ingin menunaikan solat Asar terlebih dahulu.

Yang lain?Saya pasti mereka masih menunggu di dewan hingga habis majlis kerana takut terlepas pengumuman nombor cabutan bertuah yang akan dipilih setiap selesai satu acara.

Setelah itu,tidak lama kemudian masuk lah mereka berdua yang telah menunaikan solat,Lega nampaknya air muka mereka.Segar di basuhi air solat.

Majlis hampir ke penghujungnya.Maka cabutan terakhir untuk 2 nombor pun dipilih.Jadi memang ada 2 orang yang bertuah kali ini iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Siapakah mereka?

Mereka adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah meninggalkan seketika majlis untuk menunaikan solat.

Apakah yang kita dapat dari cerita ini.Ini kisah benar yang berlaku dihadapan saya.Bukan rekaan.

Tunaikan solat pada waktunya.Jangan ditangguhkan.Jika sudah ditetapkan itu adalah rezeki kita,tidak akan ke mana rezeki itu,ianya tetap kepada kita.Insya Allah.

Pesanan:Saya pulang dengan merumuskan apa yang terjadi semalam.(Jumaat)Saya?saya uzur...

11 comments:

  1. pengajaran ada di sekeliling kita namun x semua ambil iktibar...

    ReplyDelete
  2. @Bapak
    benar tu bapak...saya sangat setuju..cerita ini juga ditujukan kepada saya juga sebagai peringatan..

    ReplyDelete
  3. ramai x amik kisah benda ni..x payah nk tgk jauh2 pn nk wat contoh..kat sekeliling kite pn bersepah...camne rezeki nak masyuk..kan ummi?

    ReplyDelete
  4. kalau dah rezeki..
    kalau bukan rezeki..dalam mulut pun boleh terlepas..

    ReplyDelete
  5. Yg lain terlalu takut kalau pegi solat nnt terlepas hadiah kot. Bagus kisah ni. Ada pelajaran.

    ReplyDelete
  6. @rieda_ffya
    memang ramai yang tidak ambil berat perkara-perkara wajib sebegini..leka seketika..

    ReplyDelete
  7. @LydSunshine
    kita ambil yang baik sahaja..yang buruk jadikan teladan..

    ReplyDelete
  8. meremang bulu roma baca..kita tak ada kesedaran tentang ni..huhu

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. @Prettywrite
    kita ni sentiasa kena beringat...sebab manusia ni kan mudah lupa..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.