Sunday, March 11, 2012

Blog ni buat orang lapar tau...

Saya nak kawan-kawan singgahlah blog  Attilia's Home ni.Atilia ni adalah sahabat baik adik saya Sekilass.Biasanya kalau kawan baik adik saya,pasti akan menjadi kawan saya juga.Sebab bila dah baik sangat,bawa datang rumah,kami mesra seperti adik beradik.

Blog dia biasanya banyak resepi-resepi ringkas dan menarik.Ada juga yang berat.Saya suka sangat resepi-resepi yang dihidangkan.



Walaupun nampak resepi mudah je,tapi cara dia menghias makanan tersebut membuatkan ianya kelihatan sangat lazat.Cara gambar makanan diambil pun menarik.Memang nampak sedap.Dia memang berbakat sebagai jurugambar.

Tak percaya? Cuba lihat gambar ni.Ini Jelly je ni,tapi nampak lazat kan?Korang tak terliur ke nak merasa?

Sori Ila,akak amik gambar ni...

Walaupun tinggal berdua,tetapi dia sangat rajin memasak untuk suami tercinta.Lebih-lebih lagi kini tinggal berjauhan dengan keluarga dan sahabat handai kerana mengikut suami bekerja di Sabah.Keluarga tercinta yang ditinggalkan di Jengka 13,Pahang sentiasa di hati.Kan Ila?

Kalau rajin jenguklah ye blog Ila ni,pasti tak menyesal.Ok jumpa lagi.

Selamat bercuti penggal pertama persekolahan.

Pesanan:Saya mudah jatuh cinta dengan hiasan makanan yang menarik.Saya tak pandai hias makanan,macam mana ni...

15 comments:

  1. mmg comel jelly nyer... bagus tu rajin memsak walau tinggal berdua kan.. mmg dia minat betul dan suami pun lagi elok makan air tangan dari isteri

    ReplyDelete
  2. @izahdaut
    betul tu...supaya mereka berbahagia dalam menempuh alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran dan dugaan ni kan..

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka dgn decoration pada makanan. Kalau tgk masterchef australia selalu rasa mcm terliur, lebih2 lagi dgn komen juri. Rajin la pemilik blog tu. Ntah bila saya nak jadi rajin camtu. Keke.

    ReplyDelete
  4. wah kreatifnya kawan adik awak tu...
    awak kenapa tak kreatif mcm dia..awak pun suka masak kan kan kan???

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak. dan sgt kreatif! huhu.

    ReplyDelete
  6. Kalau rajin + kreatip = HASIL yang menggoda ;)

    ReplyDelete
  7. @Cik Norfa
    oh bukan ke awak cik sekilass,kawan baik dia..saya ak pandai macam dia..masak2 pun amik kamera guna hp jerr....

    ReplyDelete
  8. ohhh saya sangat terharu okeyy~!!..thanks kak ida sudi buat entry khas untuk iela...hihi segera tarik hubby suh baca skali..hahaha ;p InsyaAllah lepas ni akan rajin kembali memasak bila dah sihat nanti huhu.. iela balik semenanjung iela banje akak makan..okeyyy x?!!! ;p terima kasih jugak pada semua yang mendoakan kebahagian kami berdua Amin...semoga Allah merahmati anda semua insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  9. @Attila razmie
    akak hanya menyatakan apa yang benar sahaja,tiada niat tau nak kipas2 Iela..he he he..tapi kalau nak belanja pun apa salahnya..rezeki jangan ditolak...he he he

    ReplyDelete
  10. wah...boleh belajar memasak la nanti :0

    ReplyDelete
  11. @Adylia Qarissa
    dan belajar ambil gambar makanan juga tau...

    ReplyDelete
  12. hahaha xpela kak..ini belanja bukan kipas-kipas..ape la salahnye nnti wat makan-makan jemput kawan-kawan dan sedara mara kan..hihi nak belajar amik gambar senang je yang penting kreatif..;p

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.