Thursday, March 15, 2012

Surat Cinta Dari Pihak Tol

Pertama kali sepanjang menggunakan laluan yang dikenakan tol,suami saya mendapat surat cinta dari pihak tol.Sebagai seorang isteri,apa perasaan anda,nak marah atau pendamkan sahaja.

Saya faham mereka bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan,tetapi oleh manusia.Maka dengan itu setiap kesalahan tidakboleh dipandang ringan.

Surat ini diterima awal Mac lalu,mengatakan kereta kami tidak membayar tol di Karak Highway.Sepanjang yang kami tahu ,kami tidak pernah lagi melalui mana-mana tol seluruh Malaysia tanpa membayar tol.Jadi oleh kerana tidak puas hati dengan penerimaan surat ini,maka saya menalifon pihak terbabit,meminta penjelasan.Apa yang kami dijanjikan siasatan akan dijalankan.

Pada pihak saya,mengatakan ianya kecuaian pekerja mereka sendiri.Mungkin sewaktu kami sudah membayarnya,lampu merah masih menyala,sedangkan kereta kami sudah melepasi palang tol.

Saya bukan mempertikaikan jumlah bayaran yang dikenakan,tetapi merasakan tidak adil langsung membayar denda di atas kesalahan yang tidak dilakukan.

3 helai surat menceritakan segala-galanya.





Oleh kerana siasatan masih dijalankan,maka kami hanya menunggu panggilan dari pihak terbabit dan denda yang dikenakan perlu diabaikan dahulu pembayarannya,

Pesanan: Berhati-hatilah pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tol.

16 comments:

  1. kalau tak bayar tol, camna pulak palang dia boleh terangkat kan..ke ada wang yang shot pastu pemandu pulak di salahkan...

    ReplyDelete
  2. macam x logik je tuntutan Alloy Tol Management ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen-komen anda.Saya pun tak berani nak jatuhkan hukuman lagi,sehingga pihak tol memberikan penjelasan atas siasatan yang katanya akan dilakukan....

    ReplyDelete
  4. assala ummi..sabar jelah kan..atas kecuaian pekerja mereka sendiri,kita sebagai pengguna yg terpaksa menanggungnya !!!..ehem..

    ReplyDelete
  5. @mama aini
    ya lah mama,pasti ada kesilapan dimana-mana,maka pihak mereka perlu menyiasat.

    ReplyDelete
  6. Ooo.. kalau terlepas tak bayar tol kena denda ek? Saya ingat tak kena apa2. Saya kalau balik kuantan waktu siang, saya suka guna jalan lama. Sebab tak boring sgt. Pastu redup. Cuma susah la nak bawak laju sebab jalan 1 lane je. Kalau balik malam baru guna highway. Derang ni, kalau part2 nak sama org, laju je. Padahal mcm la jalan kat hiway tu elok sgt. Memanjang je ada construction sampai kena tutup lane. Rasanya setiap kali saya lalu kat hiway ada construction. Tapi tol taknak plak kurangkan.

    ReplyDelete
  7. @LydSunshine
    surat ni sepatutnya untuk mereka yang melepasi palang tol dan ada siren bunyi....tu baru tak bayar tol...pernah dengarkan...

    ReplyDelete
  8. macam tak logik lah pulak...kan kita lalu bawah palang tu yg hanya terangkat bila dah bayar tol...musykil kat situ

    ReplyDelete
  9. ade jugak kes camni....kene hati2 lps nih...

    ReplyDelete
  10. 1st time dkna tau pasal saman tol nie...

    ReplyDelete
  11. @Adylia Qarissa
    kalau tak dapat surat ni,akak pun tak tahu...

    ReplyDelete
  12. aik peliknye..kalau xbayar camne plak leh lalu kan..ni mesti kecuaian pekerja dia ni..short duit pelanggan lak y kene bayar..adui macam2...sabar je la kak..

    ReplyDelete
  13. lenkali guna touch n go...hahaha

    ReplyDelete
  14. @Cik Norfa
    kalau adik sponsored kan best...amacam ada bran?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.