Friday, March 16, 2012

Suasana pasar pagi Jumaat

Hari ini saya berkesempatan singgah ke pasar Jumaat di Kota Jembal,Kota Bharu Kelantan.Hari ini juga pertama kali saya singgah di tapak pasar baru yang dibina khas di satu kawasan yang tidak jauh dari tapak pasar lama.

Antara gambar yang sempat saya ambil:

Ni pandangan dari pintu belakang pasar...tak sempat ambil bahagian depan.Ramai sangat orang.



Sayur kampung dijual oleh orang kampung.

Tidak ketinggalan barangan runcit juga.

 Kuih muih beraneka jenis

Kuih tradisi tidak dilupakan
 Nasi dagang,nasi kerabu dan nasi berlauk pasti menambat selera.

Pulut,mee goreng dan meehoon goreng juga menyelerakan.Yang lebih bestnya..murah!!

Pastinya saya merindui semua ini.Cuti sekolah sudah sampai ke penghujung,tibalah masanya kami pulang semula ke rumah untuk meneruskan kehidupan yang serba sibuk dan berhadapan dengan barangan yang serba mahal.

Bye,Kelate...Jumpa lagi.

Pesanan: Kuih yang akan di cari di Kelantan ialah kuih topi.Kata orang susah juga nak buatnya.Macam mana rupa kuih topi?cari sendiri..he he he

18 comments:

  1. sayuran kg....bestnye....sini ssh nak dpt.
    kuih topi?kena google ni camne rupa.tak pernah dgr..:)

    ReplyDelete
  2. kalau ke kelantan bab makan2 munna suka... mmg warna warni dah murah kat sana...

    ReplyDelete
  3. @munna
    itulah munna,rasa tak puas duduk seminggu sini...tapi dengan anak ramai ni,banyak juga keluar duit walaupun murah,,tak daya juga ni..

    ReplyDelete
  4. kelantan..memang besh n happening...=)
    kuih topi??jap nak google

    ReplyDelete
  5. jalan jalan di kelantan memang seronok

    ReplyDelete
  6. @cheqna dah google kuih topi...macam mana?

    ReplyDelete
  7. @Abu Luqman cuti sekolah bawalah family datang...

    ReplyDelete
  8. @Liza Abu Bakarhmm..ulam memang banyak,lagi-lagi makcik2 yang jual kat situ..diorang kutip sendiri..

    ReplyDelete
  9. alamak..mmg tergoda betul la gi sini..macam2 ada..

    ReplyDelete
  10. kelantan mmg happening ngan makanan..

    ReplyDelete
  11. oh..kelek Kelate tak singgah umah kita ye..hehe
    Akak memang minat sgt gi pasar2 melayu mcm pasar payang tu..mcm2 jenis barangan ada..pastu fresh2 plk..

    ReplyDelete
  12. @fieda
    banyak lagi makanan diorang nak rasa..ada banyak lagi nih..

    ReplyDelete
  13. @ariana
    ala kak,nak singgah camne..mana lalu Kuantan...kalau g Kuantan lainlah..Lipis direct ke Kelantanlah kak...nanti ida singgah kalaug Kuantan yek...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.