Saturday, March 03, 2012

Apam Beras Warna Warni


Ni close up yang terbaik punya!!!

Yang ni warna suka hati nak letak,ada juga yang terkena air menitik tu..Janji sedap.

Cuba sekali memang terus jadi!Itulah ungkapan yang mampu saya ucapkan..Setelah berkali-kali mencuba pelbagai resepi apam ni,ni lah resepi yang bila saya buat terus menjadi,Gebu lagi.

Dua kali bancuhan saya buat.Bukan apa nak tengok betul ke menjadi yang mula-mula buat tu,takut kebetulan je nak menjadi.Bila buat kali kedua,menjadi lagi,barulah saya puas hati.

Sumber resepi:SINI

Tapi saya google banyak juga resepi dia lebih kurang sama,tapi yang ni resepi apam yang saya dah buat.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis (11gm)
1 1/2 cawan gula

2 cawan nasi diblender dengan 3 cawan air.(blend hancur)

Cara-cara membuatnya:

1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Nasi blender masukkan dalam bahan kering tadi,kacau rata.Perap 1 jam.Tutup dengan tuala bersih.
3.Masukkan dalam bekas apam kecil-kecil,kukus 15-20 minit,api sederhana.

*Bekas disapu sedkit minyak.
Sudah siap.Mudah bukan.

Pesanan:Kalau google resepi ni,macam-macam bahan mereka tambah.Tapi saya pilih yang senang je.

10 comments:

  1. Sallam Ida,

    Nampak sedap apam ni,
    macam apam tapai,
    apam beras ni mudah menjadi yek...
    nanti nak cuba.

    ReplyDelete
  2. @LIPISLADY
    ha'ah kak..jadi pula kali ni buat apam..selalunya tak jadi..cubalah kak

    ReplyDelete
  3. Feveret saya ni... Lagi suka kalo yang atas dia tu merekah. Uihh.. gebu je. Macam makan bulu-bulu lembut.

    ReplyDelete
  4. @LydSunshine
    kalau yang merekah tu dipanggil apam merekah..he he he..kalau nak merekah api besar sikit..kembanglah dia..

    ReplyDelete
  5. Amboi cantik sungguh rupa apam tu, mesti rasanya pun sedap. Teringin pulak nak rasa :)

    ReplyDelete
  6. @Dinas Aldi
    kak nak rasa mehlah datang umah..he he he..memang sedap punya...

    ReplyDelete
  7. Masya-Allah saya baru jer mkn apam beras ni. Baru 15 minit tadi kt tanjung rambutan.Pastu terbaca pulak ttg entry ni.

    ReplyDelete
  8. lawanya apam ni.mesti sedap ni.suka tgk color dia.

    ReplyDelete
  9. Alahaiii comelnya... nak buat jugaklah nanti.. nampak cam senang je,,hihii

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua ye...

    kepada Shameel Iskandar,Nik rosmawati dan Intan Berlian...sudi-sudilah singgah lagi ye...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.