Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

BE Nuffnang menggalakkan

Saya suka tengok bila perkataan 'on going' tertera di status kempen yang Nuffnang bagi.Itu tandanya kempen sedang berjalan.Apa-apapun terima kasih kepada pihak Nuffnang dan pembaca yang sudi singgah blog saya.

Pesanan:Macam mana anda kira ni Be yang ke berapa,adakah termasuk dengan BE yang saya share dengan blog suami?

Sunday, March 31, 2013

BE Nuffnang


Bolehlah setakat ni. Share dengan blog suami. Status on going ada 4 BE setakat ni.Credited ada satu.
Setakat tahun ni ada 8 BE.
Apa-apapun yang penting saya menghargai semua pembaca saya.Terima kasih semua!

Pesanan: Kadang-kadang je saya sempat check akaun earning kat Nuffnang ni.

Monday, March 04, 2013

Saya keliru atau tak faham.....ah...tanya dululah...

Campaign CPUV saya seperti gambar di bawah ni masih lagi berstatus 'on going' sejak dari tahun lepas seperti tarikh yang tertera di situ iaitu 8 Nov 2012.Saya ni bukan faham sangat tentang iklan-iklan dan kempen-kempen ni.Saya cuba bertanya dengan pihak Nuffnang untuk kepastian.

Apa masalahnya?Entahlah saya rasa macam keliru sikit,betul ke masih status 'on going',dari tahun lepas lagi.Biasa ke terjadi dengan blog orang lain?Lagipun tak gerak-gerak lagi pun amount di situ.hehehe...Manalah tau ada kesilapan teknikal ke kan.Jadi malu bertanya sesat jalan.Elok bertanya kalau nak tahu kan...

Iklan Tourism Australia seperti yang ditunjukkan anak panah hitam tu.Dia bukan selalu berkelip-kelip kat bawah tu,kadang-kadang ada,kadang-kadang tak nampak.Ni pun nampak jam 9 pagi baru nampak.


Jawapan dari pihak Nuffnang?....Ini dia....


Hehehe...saya ni masih lagi banyak tak faham tentang ni,namun demikian bila pihak Nuffnang dah memberi jawapan balas,saya rasa lega.Ini bukan salah teknikal.

Terima kasih ye Nuffnang.

Pesanan:Setiap keraguan eloklah bertanya untuk kepastian...lebih baik bertanya kan...

Saturday, December 08, 2012

Baru boleh merasa hasil....

2 tahun....lama tu...bukan sekejap...penantian itu memang menyiksakan... Apa yang 2 tahun...saya dah berblog hampir 2 tahun...namun demikian sekarang baru berpeluang untuk menikmati cheque dari Nuffnang.Pertama kali ni tau.Memang lah tak banyak,tapi dah rezeki banyak ni,terima je lah.Bersyukurlah.



Hari ni  pulak tu baru dapat,disebabkan tak pandai macam mana nak cashkan cheque ni,terpaksa juga tanya suami.Jadi esok lusa bolehlah pergi bank uruskan hal ni.Maklumlah pernah pegang cheque pun 20 tahun yang lepas rasanya.Hmmm....nak belajar ilmu baru lagilah ni.

Pesanan:Kalau tak cuba tak tahukan....Terima kasih korang yang rajin datang blog saya.

Saturday, June 09, 2012

BE ke 11 & 12


Saya dapat lihat Buffered Earning (BE) saya sentiasa ada sejak saya kerap update blog.Jika saya lama tak update maka BE saya pasti akan terus menjadi Metered Earning (ME).Walaupun saya berkongsi BE dengan blog suami,ianya tidak menjadi masalah pun.

Maka saya buat kesimpulan,jika saya kerap update blog,ramai yang akan kunjung blog saya,jika tidak maka BE pun susah nak dapat.Setakat ini hingga hari ini (Jun2012)sudah 12 BE yang diberikan oleh Nuffnang.Terima kasih ye..

Memang lah sehingga kini saya belum menunaikan sebarang cheque dari Nuffnang,namun demikian semangat saya berkobar-kobar untuk genapkan hingga angka yang saya kehendaki,barulah saya nak 'cash out my earning'...he he he

Pesanan:Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog saya.

Monday, May 07, 2012

Header Baru,Semangat Baru



Kepala Blog (blog header) saya sudah berubah untuk kali ke 3.Kali ini saya telah meminta bantuan daripada seorang blogger terkenal iaitu Mialiana.Kepada mereka yang biasa datang ke blog saya pasti perasan ianya sudah berubah.

Walaupun tidak pernah bertemu muka,namun sifat kepercayaan dan sifat persahabatan yang kuat di alam maya ini,menyebabkan saya memilih dia untuk membuat header saya itu.Walaupun ianya mudah,tetapi atas alasan saya tidak berapa mahir,maka saya meminta pertolongan Mia.

Nampak ceria sikit blog saya (atas pandangan peribadi saya),maka semangat untuk terus berblogging semakin tinggi.Mia kini menduduki rank#1 untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 setakat hari ini.Marilah sama-sama kita mengundi beliau.(promote sikit).he he he

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan gambar lama saya tahun 1996 sewaktu saya ke Jepun dulu sebagai header blog saya.Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk,sekadar melakar kenangan yang tidak mungkin saya lupakan sewaktu berada di negara matahari terbit itu.

Nanti ada juga hendak saya kongsikan pengalaman saya di negara orang ni,cuma belum masanya lagi.Satu perkara yang pasti hendak saya kongsikan,memang Negara Jepun BERSIH!

Terima kasih Mia!

Pesanan:Kadang-kadang blog ni seperti dalam rumah perlu diubah mengikut kesesuaian.

Monday, April 30, 2012

Keywords ni nakal tau!

klik untuk lihat jelas ye...

Memang ada kisah bapa mertua kat blog saya.Tapi bukanlah perkara yang pelik-pelik saya ceritakan.Tak percaya?Klik sini.

Dulu saya tergelak juga lihat keywords pelik-pelik macam ni kat blog orang.Ha,ada juga orang cari di sini.Takpelah tersesat kat blog saya,boleh cari info perbetulkan otak dia sikit.

Saya pun tak terfikir langsung nak cuba mencari perkara-perkara yang bermain di minda orang tersebut.Macam merosakkan reputasi blog saya yang bersih dari pencemaran gitu.Cheewaaah!Tolonglah cari ilmu yang bermanafaat.

Seronok juga ye sekali sekala kita pergi melawat Nuffnang dan lihat macam-macam di situ.Dari keywords nya,orang yang melawat blog kita,negara luar negara yang singgah kat blog kita,banyak juga info yang kita dapatkan.Yang penting berapa dah pendapatan yang terkumpul.he he he....

Pesanan:Elok juga mereka tersesat sebegini,nak cari lain terjumpa lain.Ilmu harus dikongsi.

Thursday, April 26, 2012

Ini BE saya ke?

Saya tengok ramai yang tulis tentang BE (Buffered Earning)yang mereka dapat dari Nuffnang.Sebenarnya saya pun dapat,tapi tak teruja sangat sebab tak berapa faham tentang BE ni.

Kalau ada kawan-kawan boleh terangkan sedikit info kat bawah ni.



Note:Asalnya nama blog saya adik saya tulis dalam BI,saya tak suka saya pun tukarkan dari My Story is Begin kepada Bermula Ceritaku.

Terima kasih ye...

Pesanan:Tak cash out lagi sebab nak tengok jumlah hingga RM100 genap dulu.

Monday, March 05, 2012

Genap 2 tahun,terima kasih semua!

Bulan ini genap 2 tahun saya berblog semenjak ianya dibuka pada Bulan Mac 2010.Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu masa nanti masa saya terisi dengan menyediakan entry-entry menarik buat tatapan semua.

Setiap hari di fikiran saya ligat memikirkan apa yang perlu di isi di dalam blog saya agar semuanya boleh membaca tidak kira tua atau muda.Walaupun niat asal dahulu berblog untuk menghasilkan wang yang cepat akibat dipengaruhi oleh orang sekeliling,kini saya lebih suka berblog untuk menambahkan kenalan dan berkongsi sesuatu yang boleh dimanafaatkan bersama.

Pada mulanya iklan Nuffnang telah memeningkan kepala saya kerana memaparkan iklan yang bersandarkan wanita berpakaian tidak sopan,kini setelah membuat permintaan kepada  Nuffnang melalui e-mel dan berbincang agar hanya iklan yang sesuai sahaja disiarkan.Maka Nuffnang menyambut baik permintaan saya.

Antara jawapan e-mail yang saya terima di atas persoalan saya tentang iklan yang disiarkan..

Regarding the matter you mentioned, we will need you to provide us a clearer information as which advertisement exactly so we can assist you further. :)

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd



Thank you for your email. :) Just allow me to explain further on the advertisement mentioned on MilkADeal. Term "Pork Free" is actually referring to the idea that the food is actually free from pork, as in there is no ingredient in that particular food. Simply put, this ad is also suitable for Muslims as well.

Hope this explanation clears your doubt. :)

Also, can I confirm with you again on your decision on wanting to remove Marie France CPC campaign from your blog? It will be ending on the 4th of July 2011 for your kind information. :)

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Nuffnang kerana memahami kehendak saya sebagai wanita muslim.Dan kini setelah 2 tahun bertahan,pendapatan saya bersama Nuffnang walaupun tidak banyak seperti blog lain,saya tetap bersyukur.

Saya juga tidak lupa kepada semua followers saya sama ada yang ikuti blog saya secara langsung atau tidak langsung,blogger-blogger yang di hormati semua yang sering meninggalkan komen di setiap entry saya atau tidak meninggalkan komen tetapi tetap membaca isi kandungannya,kamu semua telah membakar semangat saya untuk terus berblog dan memeriahkan dunia blog yang baru saya ceburi ini.

Komen pertama yang saya terima adalah dari dua orang adik saya iaitu sumijelly dan sekilass.Biasa lah tuAnak beranak sendiri.Kemudian diikuti dengan entry ini oleh pengomen Yatie Fahmi dan La Dolce Azarina.Terima Kasih.Dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan dan tahun ke tahun,kenalan saya pun bertambah.

Akhir kata,saya sangat gembira berkenalan dengan kamu semua.Semoga kita dapat berblog dengan cara berhemah dan berkongsi ilmu yang ada dengan niat yang baik.Kepada mereka yang mungkin terasa hati dengan isi entry-entry yang lepas atau akan datang,saya pohon maaf.Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas membuat kesalahan.Saya sekadar ingin berkongsi ilmu dan rasa.

Selamat Ulangtahun ke 2 BLOG UMMIARISSA!

Kebetulan hari ini 5/3/2012 Arissa anak bongsu saya genap 2 tahun,blog pun dah 2 tahun..he he he

Bersama ini saya ingin kongsikan satu entry yang pada saya sangat banyak dibaca orang sebagai panduan iaitu entry ini.Selamat membaca.

Pesanan:Sentiasa berfikiran positif...

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Sudah lama saya membayangkan diri saya berada di negara matahari terbit iaitu Jepun. Apa yang selalu bermain difikiran saya adalah untuk bermain salji asli yang terdapat di negara tersebut sambil berjalan-jalan makan angin di Tokyo Disneyland.


Selain itu saya juga ingin melihat keadaan sebenar di sana yang selalu saya baca di akhbar yang mengatakan negara tersebut mempunyai rakyat yang cukup berdisplin dalam menepati masa. Saya juga ingin menaiki keretapi yang paling laju di sana. Saya juga teringin membeli '
kimono ' iaitu pakaian tradisional yang sering dipakai oleh rakyatnya bila meraikan sesuatu. Memakainya juga adalah salah satu impian saya.


Mesti saya akan kelihatan comel kan?

Apabila tiba di sana nanti saya juga teringin menikmati makanan popular mereka yang dikenali sebagai 'tempura', iaitu sayuran atau makanan laut yang disalut dengan tepung rangup khas buatan mereka. Lebih asli jika menikmatinya di negara asalnya.

Jepun juga menjadi destinasi impian saya kerana dapat melihat tempat sebenar pengeboman yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Hiroshima. Menurut pembacaan saya, tempat tersebut masih lagi ada dan boleh dilawati oleh sesiapa. Di Jepun juga terdapat banyak sejarah yang boleh saya ketahui termasuk yang membabitkan negara kita Malaysia.



Saya masih teringat sebuah rancangan popular yang saya minati sejak dari kecil lagi iaitu 'Doeraemon',jika saya dapat ke negara Jepun saya ingin melihat sendiri cerita tersebut dalam bahasa Jepun sepenuhnya. Saya juga ingin menikmati makanan yang selalu dimakan oleh watak kartun tersebut iaitu 'Dorayaki' yang mana setahu saya melalui rakan-rakan,makanan tersebut memang ada di jual di Jepun. Bolehlah saya membelinya untuk dirasa juga oleh anak-anak saya. Mereka juga terlalu suka menonton kartun tersebut.

Itulah destinasi impaian saya. Bilakah ia akan menjadi kenyataan. boleh jugakmenaiki penerbangan MAS nanti.



Sebelum tu kita layan dulu project alpha season 2 episod 4...


ini adalah episod 5 project alpha season 2

Ini episod 6

Ini episod 7 lak

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...