Showing posts with label makan nasi. Show all posts
Showing posts with label makan nasi. Show all posts

Saturday, May 16, 2015

Rindunya zaman pakai public phone

Entah mengapa saya sudah mulai bosan dengan gajet-gajet yang kini hampir semua orang mampu.memilikinya terutamanya handphone.Bezanya sama ada handphone seseorang itu lebih mahal lebih banyak kegunaanya.

Hampir kesemua handphone ada aplikasi we chat,instagram,facebook,whats app dan macam-macam lagi.

Sekarang dimana-mana sahaja kita berada handphone pasti ada ditangan masing-masing.Hingga ke masjid pun handphone tetap dibawa.

Apa yang buat saya bosan dan rimas bila waktu berkumpul sama ada menziarahi keluarga sihat atau sakit,sewaktu makan bersama pasti handphone berada ditangan masing-masing.Sekejap-sekejap menelek handphone masing-masing.

Baik tua atau muda sehingga umur setahun pun dah pandai menggunakan handphone..pandai guna yang touch screen lagi.

Dulu hanya orang yang berkemampuan boleh memilikinya,kini serendah harga rm70-rm90 pun orang mampu membelinya.Atau murah lagi harganya.

Dulu beratur panjang juga kalau nak guna public phone,tapi takde lah pula berbual lama sebab dah tahu ramai yang tunggu giliran.Jadi duit pun tak habis banyak.Setiap rumah pun bukan ada telefon Telekom tu.Kadang-kadang guna nombor jiran sebelah rumah untuk tinggalkan pesanan untuk keluarga kita.

Boleh lihat,zaman ni nak makan pun tak kusyuk,sibuk belek-belek handphone masing-masing.Kejap senyum.Kejap berkerut dahi.Nasi sepinggan nak habiskan pun makan masa berjam-jam.Nak habis macam mana?Sesuap nasi,berhenti belek handphone lagi.Sesuap lagi nasi belek lagi handphone.

Rimas juga.Saya pun buat juga begitu dulu.Kini saya cuba tidak menggunakan handphone jika sedang makan.Barulah lancar makanan masuk dalam perut.

Nak berbual dengan orang yang berada bersama kita nak makan pun takde masalah jika tiada handphone di tangan.Banyak hal boleh kita kongsikan.

Ingatkan negara kita je mengalami keadaan sebegini,negara luar pun sama sehingga keluarlah sketch kartun memperli dan video tentang hal tersebut.

Hmmm...semuanya terserah kepada rasa masing-masing.Tertanya-tanya juga bagaimana keadaan 10 tahun akan datang?...

Pesanan:Canggih sangat bawa padah juga.

Thursday, January 09, 2014

Kacang buncis bersambal telur


Saya pernah makan kacang buncis sebegini di Genting Highlands satu masa dulu.Ceritanya,saya dan adik bawa keluarga termasuk mak dan ayah,jalan-jalan ke Genting Highlands.Kalau bukan kerana dapat redeem bilik percuma jangan harap kami nak bermalam di situ.

Oleh kerana terlalu banyak restoran makanan segera,tentulah tidak sesuai dengan tekak orang tua saya.Maka berjalanlah saya dari satu gerai ke satu gerai.Akhirnya jumpa juga gerai menjual nasi berlauk.Oleh kerana saya dah tahu harganya pasti mahal,kami sepakat mengambil lauk sayur kacang buncis ni.Ambil pun tak banyak,sekadar cukup untuk makan dengan nasi.Waktu bayar,mak ooiii mahal juga harganya.Saya tak ingat,tapi memang mahal.

Kami berdua habiskan hingga licin sebab harganya mahalkan.hahaha...

Jadi saya suka tengok apa bahan-bahan yang diletakkan,jadi dengan harapan saya akan mencubanya suatu hari nanti.Agak lama juga saya hampir 3 tahun,baru semalam saya baru cuba masakkannya.

Bahan-bahan:
Kacang buncis
Bawang merah dan bawang putih
Cili kering blender
Udang kecil
Telur sebiji

Cara-cara memasaknya:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk
2.Masukkan cili kering dan masak
3.Masukkan udang kecil
4.Masukkan kacang buncis
5.Masukkan garam dan perasa aji
6.Bancuhkan telur dan masukkan ke dalam sayuran tu,kacau.

Dah siap.tak tahulah betul ke tidak resepi ni,saya main reka sendiri je ni.Kalau ada apa-apa yang kurang mohon kawan-kawan tolong tambahkan.

Makan dengan nasi tanpa lauk lain.Itu pun dah cukup lengkap.

Pesanan:Selamat makan..

Tuesday, September 17, 2013

Gulai Lemak Ikan Merah yang sangat simple

Ada seketul ikan merah yang tersimpan dalam peti.Habis idea nak masak,masak kari dah sudah,goreng gitu je pun sudah.Jadi hari ni kita masak lemak cili api pula.Mesti sedap.





Bahan-bahan:
1 keping ikan merah (isi tebal ni)
1 labu bawang besar
9 biji cili api (nak pedas tambahlah lagi)
Sedikit kunyit hidup
2 batang serai (kalau besar 1 batang cukup)titikkan je
Santan (1/2 biji kelapa)
1 keping asam
garam dan aji secukup rasa.

Cara memasaknya:
1.Blender bawang,cili api ,kunyit,asam keping dan serai masukkan dalam periuk sederhana besar.
2.Masukkan santan.Panaskan periuk dan kacau-kacau selalu santan tu,nanti pecah minyak pula.
3.Agak-agak dah mendidih,masukkan ikan merah tu,curah2kan santan atas ikan sambil kacau santan.Api kecilkan.
4.Rasa ikan dah masak dalam 10 minit tu,bolehlah masuk garam dan aji,rasalah sesedap rasa.

Siap,makan dengan nasi panas.Lauk tu je hari ni.Tak sempat nak masuk dalam pinggan.amik dalam periuk je...

Pesanan: Masak simple,cepat boleh makan.

Wednesday, April 17, 2013

Adab Makan dan Minum -Cuba jadikan kebiasaan..

Bila ada ceramah agama di kawasan perumahan saya,jika saya ada masa terluang,saya mesti pergi.
Maklumlah kerja rumah di rumah memang sentiasa ada.Tak pernahnya habis.Jadi elok bila ada masa terluang je saya mengisinya dengan mendengar ceramah agama.Hati dan jiwa menjadi tenang.

Antara yang dibincangkan adalah adab makan dan minum.Kita sering terlupa adab-adab ini.Cuba lihat apa yang sempat saya salin.Saya sudi untuk kongsikan.Oh ya satu lagi,kalau kita pergi mendengar ceramah agama ni,bawalah sedikit buku catitan,agar tidak mudah lupa.Catit seringkas yang boleh,sebab mereka bercakap laju juga.


Adab Makan dan Minum

1) Sunat Ambil Wudhu' dan basuh tangan.
Biasanya orang lelaki sentiasa menjaga wudhu' mereka.Mereka sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu'.Kita pun perempuan mesti begitu juga.

2) Baca Bismilah

3) Baca doa makan
Ustaz kata bila baca doa,syaitan tak boleh makan makanan kita.Anak-anak sekarang semua dah pandai baca doa makan kan.Baca doa makan tu selalu kuat-kuatkan.hehehe...siap dengan maknanya lagi.

4) Makan makanan yang dekat dengan kita.Tetapi ustaz kata kalau buah jauh,boleh ambil dulu.Maknanya kita makan buahan dulu.Baru makan nasi.Pilihan pertama buah,kedua daging.Ustaz kata lagi dalam syurga kita makan buah sahaja.Makan pula dengan 3 jari.

5) Jangan mencaci makanan yang dihidangkan.Kalau suka makan,jika tidak suka tinggalkan.
Biasakan kalau seseorang tu rasa makanan tak sedap,terus sound direct.Tak bertapis langsung.Tak baik tau.

6) Jangan makan dalam keadaan berbaring.Nabi Muhammad s.a.w. duduk satu kaki diangkat.
Pernah tak lihat orang berbaring makan,saya pernah lihat.Sambil berbaring dia makan sambil menonton TV.

7)Makan boleh bercakap,tetapi ustaz kata janganlah sampai nampak makanan dalam mulut kita.Ini ada yang sampai menyembur-nyembur bila bercakap.Tak baik tu.

8)Sunat mendoakan orang yang memberi makan pada kita.
Berapa ramai yang mendoakan pemberi makan ni ye. Pasti tak ramai ni.Lepas ni kita doakan ye.

9) Kalau makan dengan orang tua,jangan mulakan sebelum orang tua makan.
Yang ni saya selalu ajar anak.Sebelum baba dan umi makan jangan makan dulu.Kemudian saya ajar lagi,hidangkan nasi untuk untuk umi baba atau orang tua dengan pinggan kaca.Jangan guna pinggan plastik.(rumah saya ada 2 jenis pinggan plastik dan kaca).Ini sebahagian cara menghormati orang tua.

10) Makan semua sekali,ada berkat.Ini kerana syaitan akan makan yang lebihnya.
Pernah tengok orang selepas habis makan menjilat semua jari mereka,ini bukan perkara yang menjjikkan.Ini kita tak mahu ada lebihan nasi di tangan dibuang begitu sahaja.Berkatnya mungkin di jari itu.Selalukan kita ajar anak-anak habiskan nasi,nanti nasi menangis.Anak-anak ikut kan.

11) Sunat minum 3 teguk air,kemudian berhenti.Kemudian sambung lah lagi 3 teguk lagi dan berhenti.Makruh minum dari punca.Contoh minum guna jug air besar tu.
Nabi kita tak makan makanan yang panas-panas dan pedas-pedas.Nabi juga melarang makan dan minum dari bekas emas dan perak.

Inilah sebahagian yang dapat saya catitkan.Semoga menjadi renungan kita bersama.

Pesanan: Benda-benda yang remeh ni lah membawa berkat dalam hidup kita.


Thursday, April 04, 2013

Akibat mengantuk sangat...



Saya tak sedar bila masa dia tidur.Tiba-tiba tengok dia dah tertidur ketika makan nasi.Kasihan anak saya.Mungkin terlalu mengantuk inilah jadinya.

Pernah tak korang alami keadaan macam ni?Saya pernah juga membawa anak naik ke kereta.Waktu tu dia sangat mengantuk.Tapi bila suruh baring dia tak nak.Dia tetap nak duduk juga.Sampai tersengguk-sengguk kepalanya ke kiri dan ke kanan.Ada ketika terhantuk kepalanya di sisi pintu.Masih juga berdegil tidak mahu baring atas kerusi.Saya biarkan sehingga dia sendiri terbaring dengan sendirinya.

Ada juga ketika saya mengendongnya.Sewaktu tu tangan kiri saya mengendong dia,manakala tangan kanan laju menaip di papan kekunci komputer.Saya ingat dia masih berjaga,rupanya dah tertidur.Patutlah saya rasa lembik je badan dia.

Beginilah anak-anak kalau mengantuk sangat kan.

Pesanan: Sila lihat anak anda,tertidur ke sewaktu makan....hehehehe

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...