Showing posts with label kakak ipar. Show all posts
Showing posts with label kakak ipar. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Peminat Novel


Kalau dah minat,apa saja sanggup orang lakukan.Sebenarnya novel-novel ni bukanlah saya punya.Kakak ipar saya punya.Itu pun saya snap tanpa pengetahuan dia.Mungkin tak banyak seperti orang lain.

Tapi antara banyak-banyak novel dia tu,banyak yang saya tak baca,segan pula nak pinjam.Jadi bila berkesempatan ke rumahnya,saya akan selak satu-satu buku tu,baca mana yang penting je.Kadang-kadang sebab kesuntukan masa,saya selak bab depan dan yang akhir je.Tapi mana feel...tak syok baca macam tu kan.

Kat belakang buku-buku tu pun ada lagi terselindung novel-novel dia.Saya kalau nak beli banyak-banyak tidaklah.Setakat mana yang boleh je.Dulu zaman remaja rajin membeli.

Jadi kalau saya singgah je rumah dia,mesti saya sambung balik bacaan yang tertinggal.Hahaha...jadilah...

Pesanan:Sangat sibuk kebelakangan ni.Maaf.

Tuesday, June 19, 2012

Sebenarnya........saya dah bercucu!

Yang ni cucu yang ke 6..terbaru..

Beruntungnya saya,muda-muda lagi saya dah bergelar nenek.Apa yang nak dihairankan,kalau anak kahwin awal dapatlah cucu awal jugakan.

Inilah yang terpaksa saya tanggung apabila berkahwin dengan suami saya.Ha..ayat simpati gitu.Ye lah,kakak ipar sulung saya je dah sebaya umur mak saya,adik ipar saya yang bongsu hanya muda 3-4 tahun je dari saya.Adik ipar saya (adik suami yang kedua bongsu saya)pula tua 8 tahun dari saya.Tapi saya tetap kakak ipar dia kerana berkahwin dengan abang dia.

Kakak-kakak  ipar saya anak-anak ramai dah kahwin,dah beranak pinak.Umur saya pertama kali bergelar nenek ialah 29 tahun tak silap saya.7 tahun yang lalu saya dah pun bergelar nenek dan suami digelar Tok Chik(ayah chik) gara-gara,anak perempuan kakak ipar saya bersalin anak sulung.

Cuma sampai sekarang saya sedang berkira-kira nak suruh cucu panggil apa kat saya.Kalau ikut orang Kelate,Tokku jadi Tokku Chik...kalau ikut orang Selangor Wan..boleh jadi Wan Chik......biarlah masa yang menentukan.Saya sendiri tak pernah bahasakan panggilan apa-apapun.he he he

Sekarang sedang menunggu menjadi lebih ke arah ketuaan..adik saya sendiri nak bersalin tak lama lagi,makin bertambah anak saudara,anak saudara yang duduk kat Cairo tu pun tunggu masa juga nak bersalin ,tambah cucu saudara lagi...waaa...tuanyeeee...

Pesanan:Kadang-kadang sama naik juga mak saudara dengan anak saudara,kalau mengandung dan bersalin akan sebayalah anak,sepupu dan cucu...

Tuesday, December 13, 2011

Nak feeling jangan ada gangguan..

Pernah tak dikalangan kita semua apabila terjadi sesuatu perkara maka perasaan kita mungkin akan menjadi marah,sedih,suka atau nak ketawa kuat-kuat,tetapi ada halangan atau gangguan,maka perasaan itu berlalu begitu sahaja.



Bukan apa,saya ni baru lepas menonton ombak rindu di pawagam dekat Pavilion Kuala Lumpur.Saya sengaja membawa anak bongsu umur setahun setengah,bila tiba part nak sedih,tiba-tiba anak mengganggu pula.Dia kata "umi..uk uk..."(dia beraklah tu).Hancus!!!!

Seronok rupanya menonton cerita ini,Saya ditemani adik,kakak ipar dan seorang lagi kawan adik menonton cerita tersebut gara-gara terpengaruh dengan komen-komen mereka yang sudah menonton.Ada yang kata sediakan tisulah,ada yang menangis beria-ia,ada pulak tu 2-3 kali pergi menonton lagi.

Jadi kami pun mulalah menonton,pada peringkat awal anak saya ok lagi,sebab waktu ni kami sibuk mengunyah 'pop corn' yang dibeli.Lama tu cerita makin sedih,makanan pun hampir habis,anak saya pun mulalah bercakap sorang-sorang.Kemudian ajak saya layan dia bercakaplah.Jadi saya jeling kakak ipar saya,saya kata "ish..bila nak nangis ni?"Padahal dah memang sampai part sedih ni,waktu Izah kena halau dengan mak Haris.Lagu pula syahdu kemain.

Hmm...dapat feel sikit-sikit jer,itupun sebab lagu tu pun dah sedih.Akhirnya sampai habis filem,kami feel gitu-gitu je,taklah sampai menangis,sebab tak tumpukan sepenuhnya pada filem tersebut,Yelah asyik sibuk melayan si kecik.Saya budget budak kecik tu mesti tidur,kalau masuk pawagam.Rupanya tidak.Dia jadi macam jakun sikit.Jalan sana sini,panjat tempat duduk.

Geram je adik dan kakak ipar saya.ye lah mendapat gangguan,tak dapat feel tengok cerita tu.Tak dapatlah nak cerita yang best-best kat rakan sekerjanya,He he he..jangan marah adik dan kakak iparku..Nanti kita tengok lagi ye.Kali ni jangan bawak anak.

Pesanan: Awal perjanjian nak tengok cerita tu semua tak bawa anak,tapi saya bawa juga,sebab sayang nak tinggalkan anak bongsu saya tu.He he he

Saturday, December 04, 2010

Serupa Tapi Tak Sama


Senyum lebar kami

Ramai yang sering bertanya "adik beradik ke?". Kami hanya mampu tersenyum,lama jugak tersenyum tu. Lepas tu gelak-gelak bagi jawapan macam ni, "adik beradik tapi lain mak dengan ayah". Kekwat tak?

Mentang-mentang buat kek,perkataan kek tak boleh lekang dari penulisan ni. He he he... Tapi itulah jawapan yang terbaik mampu kami beri. Wanita itu adalah kakak ipar saya. Isteri kepada abang saya. Maaflah (kena minta maaf ke?) nampak gemuk sikit saya sekarang ni. Maklumlah cuti sekolah tak banyak kerja sangat,banyak makan. Hendak pula, asyik makan kek je. Eh! nampak kurus pula Kak Sham(tu lah namanya). Cemburu tau.Kami bertemu baru-baru ni di kenduri kahwin saudara sebelah ayah di Hulu Langat, Selangor. Lama tak jumpa tu sebab saya duduk Kuala Lipis, dia duduk Kuala Lumpur(KL-KL juga kan). Tapi taklah lama sangat. Saya selalu balik rumah mak kat KL,singgah juga kat rumah dia kalau sempat.

Tujuan saya beritahu ni bukan apa, bukan kah kita ada 7 orang di dunia ni yang serupa muka dengan kita,jadi saya dah jumpa seorang kat Malaysia ni. Yang 6 orang tu ada lah tu kat mana-mana. Kalau-kalau sesiapa jumpa bagitaulah kembar dia tengah syok berblogging.

Lagi satu fakta tentang kakak ipar saya ni,dia sebaya dengan saya,oleh kerana dia pangkat kakak ipar kena panggil kakaklah. Nampak sangat dia akan menjadi cepat tua daripada saya. Ha ha ha(gelak jahat)...Dan saya akan menjadi lebih muda daripada dia.Ha ha ha(gelak lagi).

Okaylah.Sakit perut asyik gelak je ni.

Pesanan: Anda semua carilah kembar anda sebelum terlewat.ha ha ha (gelak sakan ni).

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...