Yang ni cucu yang ke 6..terbaru..
Beruntungnya saya,muda-muda lagi saya dah bergelar nenek.Apa yang nak dihairankan,kalau anak kahwin awal dapatlah cucu awal jugakan.
Inilah yang terpaksa saya tanggung apabila berkahwin dengan suami saya.Ha..ayat simpati gitu.Ye lah,kakak ipar sulung saya je dah sebaya umur mak saya,adik ipar saya yang bongsu hanya muda 3-4 tahun je dari saya.Adik ipar saya (adik suami yang kedua bongsu saya)pula tua 8 tahun dari saya.Tapi saya tetap kakak ipar dia kerana berkahwin dengan abang dia.
Kakak-kakak ipar saya anak-anak ramai dah kahwin,dah beranak pinak.Umur saya pertama kali bergelar nenek ialah 29 tahun tak silap saya.7 tahun yang lalu saya dah pun bergelar nenek dan suami digelar Tok Chik(ayah chik) gara-gara,anak perempuan kakak ipar saya bersalin anak sulung.
Cuma sampai sekarang saya sedang berkira-kira nak suruh cucu panggil apa kat saya.Kalau ikut orang Kelate,Tokku jadi Tokku Chik...kalau ikut orang Selangor Wan..boleh jadi Wan Chik......biarlah masa yang menentukan.Saya sendiri tak pernah bahasakan panggilan apa-apapun.he he he
Sekarang sedang menunggu menjadi lebih ke arah ketuaan..adik saya sendiri nak bersalin tak lama lagi,makin bertambah anak saudara,anak saudara yang duduk kat Cairo tu pun tunggu masa juga nak bersalin ,tambah cucu saudara lagi...waaa...tuanyeeee...
Pesanan:Kadang-kadang sama naik juga mak saudara dengan anak saudara,kalau mengandung dan bersalin akan sebayalah anak,sepupu dan cucu...