Showing posts with label Taska Mutiara Ibu. Show all posts
Showing posts with label Taska Mutiara Ibu. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Kesibukan Menguruskan Taska Baru

Alhamdulillah ...impian menjadi kenyataan.Berkat usaha dan doa dari semua yang menyayangi diri ini,akhirnya dapat ramai anak.Bukan seorang tapi hampir 20 orang semuanya.Termasuk Taska Di Rumah.




Itulah taska saya.Taska Mutiara Ibu,yang berlokasi di Taman Benta Permai,Benta,Pahang.
Bermula dengan menjaga anak jiran secara suka-suka (dah tak keja,jadi boring duk umah goyang kaki),maka saya mula berdaftar sebagai Taska Di Rumah Ibu pula.






Semenjak dari itu semakin bulan semakin tinggi permintaan untuk menjadi pengasuh anak-anak jiran sekitar Kuarters Guru Benta.Semakin ramai ingin menghantar anak masing-masing.Sedangkan saya tidak mampu menguruskan seorang diri dan terhad sehingga 9 orang kanak-kanak sahaja.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengikuti Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (KAP).

Setelah hampir sebulan mengikuti kursus tersebut,saya pun pulanglah ke kediaman saya dan mulalah mencorak-corak langkah-langkah yang perlu di ambil untuk peringkat penubuhan Taska saya itu.

Ianya tidak semudah yang disangkakan.Saya kerap keluar bertemu orang itu,orang ini untuk melengkapkan segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui syarat-syarat untuk buka taska boleh layari laman web JKM sendiri atau bertanya dengan pejabat JKM yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Sebenarnya ianya telah beroperasi sejak bulan Oktober 2014 lagi.Namun dengan rasminya ianya beroperasi pada 12 Januari 2015.Alhamdulillah kini sedang menerima semakin ramai kanak-kanak untuk memasuki taska ini.Dan dengan rasminya juga Taska saya sudah pun berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bermula 27 Oktober 2014.Ianya sah sehingga tahun 2019 selama 5 tahun.Dan had kemasukan kanak-kanak seramai 15 orang.

Kini saya mempunyai 2 orang pekerja di Taska Mutiara Ibu dan seorang pekerja di Taska Di Rumah Ibu.


Saya bergambar di hadapan Taska Mutiara Ibu.
Mohon doa yang baik-baik sahaja.
 Inilah yang menyebabkan kesibukan nak update blog.hehehe

Pesan:Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


Thursday, January 29, 2015

Sesi menanam rumput di Taska

Kawasan luar taska memang kering tanahnya.Jadi nampak kering kontang kalau tak berumput.Maklumlah kawasan perumahan baru macam tu lah.

Baru-baru ni saya dan suami cuba untuk mengeluarkan peluh yang dah lama terperap (alamak?) hehehe...kami menanam rumput di sekitar kawasan tu.Untuk memudahkan anak-anak taska bermain nanti.

Kami mencari rumput jenis Filipina...murah sikit lebih kurang RM3.50 sepetak panjang,berbanding rumput Jepun (lebih halus) RM7.50 harganya.

Suami nak berjimat sepetak panjang tu kerat 2,kemudian mulalah acara menggebu tanah dulu,sebelum di letakkan rumput tersebut.






Maka siaplah sebahagian rumput.Kerja saya hendaklah menyiramnya setiap pagi dan petang.Sebab sekarang ni musim panas,tanah cepat kering.

Nanti dah siap penuh kita lihat je lah hasilnya.Suami saya pun bukan pakar menanam rumput,tapi buat semampu yang boleh.Kalau rumput liar cepat je dia tumbuh.Kalau rumput berbayar ni tak tahulah.hehehe Rugi saya tak tanam awal-awal waktu musim hujan bulan Disember.

Nampak cantiklah sikit taska tu bila dah ada rumput nanti kan.Kanak-kanak pun selamat bermain jika rumput sebegini digunakan.

Pesanan:Saya sibuk sikit,lama juga nak cari masa nak update blog.Terima kasih kawan-kawan masih sudi singgah.TQ


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...