Showing posts with label aktiviti taska. Show all posts
Showing posts with label aktiviti taska. Show all posts

Tuesday, May 05, 2015

Persatuan dan Mesyuarat yang memang tidak dapat dipisahkan

Bila dah jadi pengusaha taska ni,saya kenalah masuk persatuan untuk mengetahui segala aktiviti berkaitan dengan TASKA.

Oleh kerana taska saya terletak di kawasan Pahang,maka Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP)adalah persatuan yang tepat untuk saya sertai.Bermacam aktiviti dan program yang telah dirancang untuk ahli-ahlinya.

Bermula dengan program Sambutan Hari Pengasuh sehinggalah ke Mesyuarat Agungnya.Kebetulan saya ada masa lapang,maka saya sertailah program yang diadakan.Biasalah mula-mula saya pun tak berapa kenal sangat dengan ahli-ahlinya,kerana ahli-ahli baru dan lama bersilih ganti.Namun demikian akhirnya saya dapat menyesuaikan diri dengan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru.

Untuk pengetahuan PPNP ini terdiri dari pengusaha dan pengasuh TASKA seluruh Negeri Pahang.Sangatlah rugi jika kita mengusahakan TASKA dan bekerja di TASKA kita tidak menyertai persatuan yang ditubuhkan untuk membela ahli-ahlinya jika terdapat sebarang masalah berkaitan TASKA dan mencadangkan kepada pihak berkenaan terutamanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tentang sesuatu usaha menaik tarafkan kedudukan TASKA atau cadangan daripada ahli-ahli persatuan sendiri.



Kami berbincang dan mengeluarkan pendapat untuk aktiviti berkumpulan pada sambutan hari pengasuh.


Acara makan malam yang diadakan di Felda Residence Tekam,Jerantut.



Diakhiri dengan Mesyuarat Agung untuk membincangkan usul-usul dan seterusnya berbincang dan memilih Ahli Jawatankuasa dari kalangan pengusaha dan pengasuh untuk menerajui pimpinan PPNP.


Bila dah berpersatuan ni,banyak lah sikit aktiviti yang dirancang.Terpulang kepada kita untuk memilih aktiviti yang bersesuain dengan kehendak kita.Banyak manfaat yang kita dapat dari berpersatuan.Semoga sesiapa yang di luar sana berminat untuk menjadi ahli,bolehlah berhubung dengan PPNP.

Pesanan:Ramai kawan baru dapat,banyak ilmu baru dikaut.

Thursday, January 29, 2015

Sesi menanam rumput di Taska

Kawasan luar taska memang kering tanahnya.Jadi nampak kering kontang kalau tak berumput.Maklumlah kawasan perumahan baru macam tu lah.

Baru-baru ni saya dan suami cuba untuk mengeluarkan peluh yang dah lama terperap (alamak?) hehehe...kami menanam rumput di sekitar kawasan tu.Untuk memudahkan anak-anak taska bermain nanti.

Kami mencari rumput jenis Filipina...murah sikit lebih kurang RM3.50 sepetak panjang,berbanding rumput Jepun (lebih halus) RM7.50 harganya.

Suami nak berjimat sepetak panjang tu kerat 2,kemudian mulalah acara menggebu tanah dulu,sebelum di letakkan rumput tersebut.






Maka siaplah sebahagian rumput.Kerja saya hendaklah menyiramnya setiap pagi dan petang.Sebab sekarang ni musim panas,tanah cepat kering.

Nanti dah siap penuh kita lihat je lah hasilnya.Suami saya pun bukan pakar menanam rumput,tapi buat semampu yang boleh.Kalau rumput liar cepat je dia tumbuh.Kalau rumput berbayar ni tak tahulah.hehehe Rugi saya tak tanam awal-awal waktu musim hujan bulan Disember.

Nampak cantiklah sikit taska tu bila dah ada rumput nanti kan.Kanak-kanak pun selamat bermain jika rumput sebegini digunakan.

Pesanan:Saya sibuk sikit,lama juga nak cari masa nak update blog.Terima kasih kawan-kawan masih sudi singgah.TQ


Monday, October 27, 2014

Taska dan aktiviti

Cabaran sangat besar apabila anda mempunyai taska sendiri.Berat tanggungjawab yang perlu dipikul.Tidak boleh lepas tangan sahaja dengan amanah yang diberi ibubapa.



Aktiviti untuk melihat dan memantau perkembangan kanak-kanak inilah yang membezakan penjagaan di taska.


Seawal usia 3 tahun kanak-kanak suka bertanya dan mencuba segala yang dilihat di sekelilingnya.

Jadi bila aktiviti memasak dilakukan,kita pantau dan ajar anak-anak mengikuti langkah demi langkah memasak sesuatu makanan.

Setiap kali mengajar kita selitkan bahaya tentang pisau tajam,kuali panas dan sebagainya.Kanak-kanak mudah faham.

Semoga ibubapa di luar sana jangan risau untuk dedahkan anak-anak suasana memasak di dapur.Memang hasilnya mungkin lambat dan tidak memuaskan...kena ingat kita bukan mahu hasilnya kita mahu anak kita faham kaedahnya.
 Bye,jumpa lagi

Pesanan:Otak kanak-kanak menyerap segala apa yang diajar oleh orang tuanya.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...