Showing posts with label Hospital Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Hospital Kerajaan. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Masih adakah peristiwa ibu mengandung di suruh berbogel?

Seronok juga sebenarnya bila kita dapat berinteraksi di alam maya ni dengan berkongsi pengalaman.Siapa kata berblogging buang masa.Disamping kita menambah kawan-kawan,kita juga berkongsi kisah suka duka bersama.

Seperti kisah saya kongsikan di entry saya: Karenah Hospital Kita.Rupanya ada kisah yang saya sendiri tidak tahu dan tidak mengalaminya.Seperti kes berbogel sewaktu berada di bilik bersalin.

Kalau kita lihat komen dari Pn Faridah ni,

klik gambar untuk lebih jelas...

Tahun 1994 dah disuruh bertelanjang bulat dalam bilik bersalin.Ish teruk sangat bunyinya.Sedangkan yang perlu dibuka hanya bahagian perut ke bawah,itupun biasanya akan ditutup juga dengan sehelai kain.Tapi itulah nasib Puan Faridah bila perkara ini terjadi ke atas diri beliau.

Ada lagi komennya:

klik gambar untuk lebih jelas.

Tahun 80an dan 90an yang banyak sebegitu...saya lahir anak sulung tahun 1998 mujur tidak disuruh berbogel.Mungkin saya juga akan turut je waktu jika disuruh berbogel,sebab masih muda lagi ketika itu.Tak pandai bersuara.

Ada lagi cerita yang lainnya:

klik gambar untuk lebih jelas

Pn Hazratie pun mengalami peristiwa yang sama.Saya terkejut bila keadaan ini berlaku.Kasihan pada mereka.Jika kita banyak komplen,takut tak dilayan pula jika kita nak minta tolong dengan nurse.


Puan Zarina wati pun berkongsi kisah bab aurat yang serupa.Tetapi untuk pemeriksaan kesihatan.Itu terjadi sewaktu pemeriksaan rekrut wanita.Seperti zalim je bunyinya,namun apakan daya wanita tidak dijaga kehormatan mereka oleh pihak berkenaan.

Saya tertanya-tanya hingga kini,masih adakah lagi peristiwa seumpama sebegini,disuruh bertelanjang didalam bilik bersalin atau pemeriksaan oleh doktor lelaki terhadap wanita yang melibatkan aurat.

Jika masih ada wanita Malaysia belum merdeka.Perkara ini telah terjadi berpuluh-puluh tahun lamanya.Sejak merdeka hingga sudah 56 tahun merdeka,di mana hak-hak wanita yang telah ditunaikan.Sangat kecil jumlahnya.

Silalah pihak berkenaan ambil berat hal ini,hal yang juga melibatkan kaum keluarga mereka juga.

Pesanan:Boleh baca lagi komen-komen yang lain dalam entry tersebut.

Wednesday, August 21, 2013

Serius ni! Kaum wanita jangan ambil mudah ye.

Nampaknya tajuk entry saya bertajuk  "Karenah Hospital Kita" mendapat sambutan pembaca.Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan berkongsi kisah bersama mengenai perkhidmatan yang mereka berikan.

Entry saya berkisarkan kisah benar dan diceritakan sendiri oleh tuan punya badan.Jika bukan orang terdekat yang menceritakan pasti kita sendiri sukar nak percayakan.

Kisah saya berkaitan dengan sikap staff dan juga persoalan aurat antara pesakit dan doktor.Kalau rajin singgahlah baca dan komen sekali ye.

Saya juga berharap pihak berkenaan terutamanya kerajaan kita sekarang dapat memberi satu penyelesaian.Jika sebelum ni kita ada coach khas untuk wanita jika menaiki keretapi,tidak mustahil,mereka juga dapat menyediakan ruangan khas untuk pesakit wanita yang sakit berkaitan dengan perlu membuka aurat untuk bertemu hanya dengan doktor wanita sahaja.

Kita sudah merdeka dan menuju pula ke Hari Merdeka yang ke 56 tahun ni 2013.Namun wanita Malaysia masih belum merdeka.

Pesanan: Sentiasa rasa berhati-hati,takut ada yang ambil kesempatan.

Friday, April 19, 2013

Bila sekali sekala berkumpul...(lawatan kejiranan)

Minggu ni,saya dah melawat 2 orang jiran.Jiran pertama saya keguguran.Usia kandungan dalam 3 bulan kalau tak silap.Dia telah pun melakukan D&C di hospital.Jiran kedua pula baru sahaja selamat bersalin anak ke 4.         

Sewaktu melawat jiran pertama,saya pergi ramai-ramai bersama 3 orang jiran yang lain.Biasanya kalau melawat jiran-jiran bersalin atau keguguran,memang kaum suami tak ikut sekali.Jadi bila kami berkumpul sekali sekala,macam-macam lah cerita tentang orang perempuan yang kami borakkan.

Masing-masing mulalah bercerita tentang pengalaman keguguran,keadaan di hospital,cerita hal jururawatnya,doktornya...macam-macamlah.Pengalaman jiran saya ni di hospital di sini,katanya perkhidmatan semakin baik.Doktor sangat ambil berat hal pesakit.

Dia menceritakan,diberi 2 pilihan sama ada bius separuh atau seluruhnya.Dia memilih seluruhnya.Setelah D&C dilakukan katanya pesakit tidak boleh bangun 6 jam selepas D&C dilakukan.Oleh kerana tiada siapa yang beritahu,dia bangun sebelum cukup jam,akibatnya kepalanya berdenyut sakit sehingga dia pulang ke rumah.Menurut katanya lagi,doktor marahkan jururawat di situ kerana tidak beritahu pesakit mengenainya.       

Kemudian selang beberapa hari,saya melawat pula jiran yang baru melahirkan anak ke 4.Sekali lagi hanya kaum perempuan je yang melawat.Bermulalah cerita masing-masing bertanyakan keadaan jiran,kemudian mulalah masing-masing berkongsi pengalaman bersalin.Macam-macam versi....hehehe..

Jiran saya ni pula,katanya bersalin awal beberapa minggu.Apabila dia dapati perutnya mengeras sehari suntuk,dia memberanikan diri ke hospital untuk diperiksa.Setelah ECG (untuk dengar denyutan jantung bayi)keatas perutnya dilakukan didapati denyutan jantung bayinya tidak berapa elok.Lalu terus dia ditahan,dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kontraksi dan dimasukkan ke bilik bersalin.

Menurut katanya lagi,setelah bukaan sudah semakin besar,jururawat menyuruhnya meneran jika rasa sakit.Tetapi dia tidak merasa sakit,jadi bagaimana dia hendak meneran.Katanya lagi dia tidak terasa seperti hendak melahirkan.Terpaksa jururawat membantunya dengan mengusik-usik sedikit perutnya,agar bayi turun cepat.Akhirnya bersalin juga.

Ada juga ye,dikalangan wanita tidak merasa seperti hendak melahirkan walaupun bukaan sudah besar.Saya buat andaian yang bayinya mungkin tidur ketika itu.Tetapi bahaya jika masih tidak keluar kan.Perlu bantuan bidan yang pakar.

Inilah antara aktiviti saya minggu ni.Masa nilah dapat berkumpul dan berbual lama sedikit dengan jiran-jiran.Maklumlah masing-masing sibuk.Ada yang jaga budak (macam saya),kerja cikgu (balik lewat),sibuk dengan urusan anak-anak dan macam-macam lagi.

Pesanan:Eloklah ziarah menziarahi untuk kenali jiran-jiran anda.Jangan lupa bawalah sedikit buah tangan.

Wednesday, April 25, 2012

Ada part 3 lah pulak!

Susulan cerita saya tentang penyakit jiran saya tu yang part 1 dan part 2 tu,hari ni (rabu),dia bersama suami tersayang membuat pemeriksaan lanjut seperti yang telah diarahkan.

Sesampai sahaja ke hospital tersebut,doktor membuat arahan agar satu pembedahan kecil dilakukan.Tapi seperti biasa jawapan yang diberikan tentang penyakit jiran saya itu adalah jangkitan kuman.

Baru sahaja sebentar tadi saya membuat panggilan kepada jiran saya itu untuk mengetahui perkembangannya terkini.Katanya dia sudah bersiap untuk ke bilik pembedahan.Dah siap pakai baju pembedahan.

Tolong ye rakan-rakan,doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.Anak-anaknya menunggu di rumah bersama datuk dan nenek yang datang dari jauh untuk menemani cucu-cucunya.

Doakan ye semoga semuanya selamat! Amin!

Nota terkini: Dia hanya standby je nak masuk bilik bedah,sebaik je kosong dia akan dibawa terus.Kalau masih belum kosong esok pagi lah.Maklumlah hospital menerima pesakit yang tidak diduga.

Pesanan:Kaum wanita berhati-hatilah dengan keadaan pelik di payudara anda.

Monday, April 23, 2012

Karenah Hospital Kita (susulan ke 2)

Cerita semalam,kita sambung lagi hari ni.Tentang layanan yang diterima di hospital besar tu lah.Dah baca kat sini kan.

Hari ni jiran saya hanya ke klinik desa berdekatan je.Nak tahu bagaimana pula komen doktor di situ tentang penyakitnya ni pula.

Sepatutnya dia ke klinik pagi-pagi lagi,tapi atas urusan kerja yang perlu diselesaikan,dia pergi lewat 2-3 jam.Yang menariknya,pihak klinik siap telefon bertanyakan sama ada dia datang atau tidak.Tengok!Kalau nak kena layanan baik,memang baik sangatlah.Siap follow up lagi misi kat sana.

Jiran saya pun bertemulah doktor di klinik situ.Layanan pun bagus.Cara doktor menerangkan penyakitnya pun sangat boleh diterima.Dan doktor memang memeriksa rapi payudara jiran saya ni,untuk memastikan sama ada,ada atau tidak ketulan di bawah ketiaknya.Biasa kalau kanser,akan ada ketulan di bawah ketiaknya.


Setelah diperiksa memang tiadalah ketulan di bawah ketiaknya itu,maka doktor pun berkata "Tidak boleh juga dikatakan sama ada jangkitan kuman atau kanser.Sebab kalau jangkitan kuman biasanya dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi.Contohnya kalau puting luka,maka jangkitan kuman boleh berlaku,dan bengkak juga menanah".

Lihat!Mudah bukan nak terangkan tentang penyakit ni walaupun masih tidak dapat diketahui puncanya.Lalu,doktor serta merta menelefon sebuah hospital kerajaaan (yang ada doktor pakar) di sebuah daerah yang jauh jugalah dari hospital yang jiran saya pergi semalam tu,untuk membuat temujanji dengan pakar.Tarikh pun ditetapkan,surat rujukan pun dibuat.

Lihat sekali lagi!Beginilah tindakan susulan yang tepat dibuat oleh doktor ini.Bukan menunggu sudah parah baru nak membuat rujukan di mana-mana hospital pakar.

Seperti kata doktor tersebut "Kita cegah dulu sebelum rawat".

Sebenarnya jiran saya tak beritahupun kat doktor tersebut dia sudah ke hospital semalam,cuma waktu doktor nak bagi ubat baru dia beritahu.Jadi doktor suruh teruskan dulu makan ubat yang telah diberi semalam.

Bagi saya elok tak beritahu dulu,takut-takut dia juga tak mahu buat pemeriksaan secara rapi.

Maka hari rabu ni,rawatan dan pemeriksaan susulan akan diterimanya.Kita tunggu lah apa keputusan doktor di sana nanti.

Saya pun jadi nak tahu lanjut tentang ketulan payudara ini...sedang mencari info tentang kanser payudara.Nanti dapat saya kongsikan.

Pesanan:Kisah yang saya catatkan ini sekadar untuk panduan dan peringatan,diceritakan sendiri oleh jiran saya.

Sunday, April 22, 2012

Karenah Hospital Kita

Kalau sebut je perkhidmatan hospital kerajaan,pasti ramai yang lebih kecewa dan tak puas hati.Kalau pun yang puas hati bolehlah dikatakan mereka memang bertuahlah mendapat perkhidmatan sewajarnya.

Tak perlu bandinglah dengan hospital swasta.Kalau ada duit pergi je situ.

Saya dah lama dengar karenah pekerja dari seorang atendan,seorang misi hingga ke doktor-doktor bertauliah,pasti akan kedengaran perkhidmatan yang mengecewakan sama ada kepada pesakit mahupun kepada keluarga pesakit.

Memanglah tak dinafikan,ada juga sesetengah hospital kerajaan memberikan perkhidmatan yang memuaskan,tetapi tak banyak.Lebih banyak perkhidmatan yang mengecewakan.Saya sendiri sudah biasa dengan perkhidmatan sebegini.

Saya ni yang sibuk bercerita tentang perkhidmatan hospital kerajaan ni bukan apa,baru je tadi jiran rumah saya ke hospital kerajaan di bahagian kecemasan kerana masalah sakit puan.

Dia tiba di hospital lebih kurang jam 6 petang.Apabila hampir setengah jam menunggu,diapun dipanggil.Apa yang dia kecewakan sangat,dia ingin berjumpa doktor perempuan kerana sakitnya ini melibatkan aurat yang perlu dilihat.

Pembantu di sana bagitahu,"ala kak apa bezanya nak jumpa MA(lelaki) dengan doktor (perempuan),sama je kak" begitulah antara ayatnya.

Jiran saya pun dengan tegas beritahu "Ini masalah sakit puan,kalau ada pilihan untuk berjumpa doktor perempuan,saya nak jumpa".Setelah menerangkan sakit yang dialami,barulah dia membawa kad pesakit ke doktor.

Sakitnya adalah terdapat ketulan di sebelah payudaranya dan apabila dipicit mengeluarkan nanah.Sakitnya juga sudah hampir 3 hari.

Yang sakit hati melihat adegan berikutnya ialah,doktor yang diajukan kad pesakit tadi seolah-olah membaling kad tersebut atas meja dari pembantu yang membawanya.Maksudnya doktor macam marah kenapa nak diajukan masalah pesakit ni kepadanya.Tak nak rawat pesakit lah tu.Doktor pula tidak perasan jiran saya ada di belakang pembantunya.Dengan tak semena-mena terus berubah mukanya kerana merasakan tindakannya dilihat pesakit.

Untuk menutup malu doktor,misi pula yang mem'cover' doktor tersebut dengan berkata,

"Akak baru datangkan?kejap lagi jumpa doktor,doktor ada patient,jap lagi lah". Sedangkan tiada pun pesakit di depannya.

Jiran saya pantas menjawab "saya datang pukul 6 lagi".

Semua mata tertumpu pada jam dinding yang menunjukkan jam 6.35 petang.

"Jap lagi kita panggil,biar MA amik rekod dulu."terus misi tu jawab.

Tibalah adegan berikutnya,doktor pun tanya soalan-soalan seperti ada darah tinggi ke,kencing manis ke,berapa hari sakit.Maka jawab lah jiran saya ni semua soalan.

Doktor pun menekan-nekan sambil lewa di payudara jiran saya itu,dan mengatakan takda keluar nanah pun.Sebelum doktor pergi,jiran saya pun memicit sendiri payudaranya,dan nah!keluar nanah dari puting payudaranya.Doktor pun sempat melihatnya.

Barulah doktor cakap,"Oh yelah,nanah lah tu.Jangkitan kuman tu.Takpelah kita bagi ubat antibotik dan ubat tahan sakit"

"Jangkitan kuman datang dari mana?" tanya jiran saya ni.

"Ala datang dari mana-mana lah,rongga-rongga kulit ni pun dia boleh masuk"jawab doktor tu lagi macam malas nak layan.Jawapan macam ni budak sekolah tadika pun tahu.

"Nanti lepas 4 hari datanglah semula.Kalau kita check esok pun tak leh nak detect juga" kata doktor lagi.

Apa maksud doktor ni?Tanpa ambil sample darah atau nanah tersebut dah suruh pesakit balik?Inilah yang menjadi persoalan di kepala jiran saya tu.Atau nak tunggu hingga nanah bercampur darah baru nak ambil tindakan segera?

Temujanji pun dibuat.Dan lihat bukan 4 hari sebaliknya temujanji dibuat 7 hari.Oklah,jiran saya dalam keadaan tak puas hati,pulanglah bersama ubat yang dibekalkan.Katanya,takpelah esok dia nak cuba ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Susah ke nak terangkan apa yang sebenarnya berlaku?

Pesanan:Kalau rasa tak suka jadi doktor,lain kali tak susah-susah belajar jadi doktor...gaji nak tinggi,kerja malas!Menyusahkan orang je.Bukan semua doktor tau saya maksudkan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...