Saturday, October 27, 2012
Rentetan Cerita Lembu Korban di Pagi Raya Aidil Adha
Rentetan cerita lembu korban
Mula-mula lembu tu mengeluarkan bunyi yang kuat 'moooooo.....moooooo.....moooooo'.Kemudian dia terkencing.....banyaknya keluarkan air kencing.Budak-budak dah kerumun sekeliling lembu tu.Maka mereka pun dapat menyaksikan adegan tersebut.he he he....
Mulalah acara akad jual beli.kemudian berniatlah masing-masing yang terlibat dan acara penyembelihan pun bermula.Menggeleparlah lembu tersebut tatkala selesai penyembelihan dan akhirnya senyap juga menandakan sudah tamat riwayat hidupnya.
Maka,bermulalah kaum lelaki melapah daging lembu.Kaum wanita mulai memasak di dapur.
Daging korban mulai ditimbang dan di agih-agihkan kepada yang layak menerimanya.Sementara di dapur daging tadi dimasak sama ada di goreng atau di buat singgang daging.
Sebelum kaum lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,acara makan-makan untuk mereka disediakan.Perut kenyang,selesai solat,nampaknya ramai yang cuba melelapkan mata....keletihan nampaknya.....
Tamatlah cerita daging korban hari ini.Selesai!
Pesanan:2 - 3 hari ni jumpa lauk berasaskan daging je lah....tak nampak dah lauk lain....pening wei!
Labels:
daging,
Hari Raya,
korban,
masakan,
Masyarakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
penyelembihan ke penyembelihan... hehe.. ayat kat perenggan kedua tu...
ReplyDeleteAkakpun ada gak cerita sadis pasal qurban ni.. Masih dalam draft lagi entry tu.. Rasa macam takut2 je nak publish.. Takut ada yg salah anggap atau salah faham mengenainya nanti... Tambah lagi akak ni kurang faham pasal qurban ni..
he he he typo le tu...takpe...
Deletekenapa lak takut nak publish?cuba le dulu
selamat hari raya akak..jemput datang rmah dkna raya ke 3 yea :P
ReplyDeleteselamat hari raya dkna...tak dapat agaknya datang sebab masih di Kelate lagi ni...maaf ye...
Deletesalam aidiladha dik..
ReplyDeleteakak pun pening jugak ni..makan daging bnyak sangat...
daging orang bagi pun banyak...mak kata masaklah daging tu,bagi pada jiran2...salam aidil adha kak..
Deletebelum sempat makan lg daging korban
ReplyDelete