Monday, February 18, 2013

Cantik tak dia?,dia nak kawan dengan saya...


Saya dapat e-mail darinya.Tapi yang peliknya e-mail dia masuk dalam kotak SPAM.Apa maknanya?Dia hanya sekadar untuk berkawan.Tetapi kenapa dia tak tulis lanjut tentangnya atau kenapa dia tak bagi sahaja alamat facebooknya.Mudahlah saya nak berinteraksi dengannya.

Why is this message in Spam? It's similar to messages that were detected by our spam filters. 

Ini kata-katanya dalam e-mailnya:

Assalamualaikum, I am sorry for invading your privacy,i Just saw your email  and decide to write you , If you don't mind being my friends Feel free to reply my message.Rabiah

Ada tak sesiapa kenal dia atau pernah dapat e-mail yang serupa saya.Cantiklah dia kan.

Pesanan:Sentiasa berjaga-jaga.

Sunday, February 17, 2013

Berehat seketika di Stesyen Petronas!

Biasalah bila berjalan jauh,masa perjalanan cuti-cuti sekolah ni walaupun makan masa sekejap sebenarnya,tapi dek kerana jem kereta yang banyak,perjalanan dekat menjadi jauh...

Jadi usaha pihak petronas memberikan minuman percuma sangat dialu-alukan.Apabila berehat seketika menikmati minuman panas atau sejuk,badan boleh berehat sekejap.Mata pun segar semula.

Jom berehat!

Sewaktu sedang menikmati minuman di salah sebuah stesen petronas di Kelantan,pada dinihari yang dingin,saya terpandang pada sebuah banner yang direntangkan di situ.Jom lihat!

Tengok tulisan yang atas tu,bukan yang bawah tu tau!
Katanya di situ "Sekiranyo ado silap,tulung royak weh" "Kami sedia ditegur"

Bila saya membacanya hati bertambah sejuk.Walaupun tak jumpa lagi silapnya sewaktu mengisi minyak kereta disitu.Apa yang saya suka sangat dengan rakyat Kelantan ni,bahasanya sentiasa berada di atas walaupun dimana mereka berada.Bila kita yang tak pandai bahasa diorang ni,bila sebut semula perkataan yang ditulis tu,terasa benar pandai berbahasa Kelantan...hehehe

Okaylah...buat pemandu di luar sana,pastikan rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan anda.

Pesanan:Alhamdulillah selamat sampai Lipis jam 1 pagi,setelah menghantar anak ke asrama di Kelantan.

Friday, February 15, 2013

Suatu Malam yang Misteri

Kisah jiran rumah saya:

Kes pertama:

Malam yang pekat,hujan yang lebat.Pagi dikejutkan dengan laungan azan di surau berdekatan.Tuan rumah tertidur di ruang tamu di atas sofa.Terbangun bila merasakan suara azan tersebut jelas.Rupanya pintu sliding terbuka luas di sebalik langsir yang menutupinya.Kunci pintu masih di gril.Tiada tanda-tanda manusia hadir di situ.Berdasarkan lantai luar yang masih bersih.Tiada juga tanda-tanda rumah diceroboh.

Kes Kedua:

Malam berikutnya.Jam 12 tengah malam.Tuan rumah keluar sebentar tanpa mengunci pintu.Ruang tamu diterangi lampu.Anak-anak kecil di bilik membuat kerja sekolah.Si ibu sudah terlena kepenatan.Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka,anak kecil berusia 7 tahun menjangkakan si ayah sudah pulang.Menjengukkan kepala melihat dari bilik ke arah pintu utama.Terlihat tangan orang yang bersarung tangan hitam cuba membuka pintu.Mungkin terkejut.Terus menutup pintu bilik menguncinya dan menangis bersama adiknya.

Tuan rumah beberapa minit kemudian pulang,mendapati anak-anak menangis di dalam bilik.Si ibu baru tersedar dari tidur.Tidak perasan anak-anak menangis di dalam bilik berkunci.Terus si anak bercerita apa yang berlaku.Tiada tanda-tanda rumah diceroboh.Si ayah tanpa berlengah keluar rumah mengelilingi sekelilingnya ditemani jiran.Tiada tanda-tanda aneh.Terus ke pondok jaga.Jaga berkata baru sahaja membuat rondaan di blok tersebut dan baru sahaja pulang ke pondok jaga yang hanya tak sampai seminit pun.

Tidak dapat dipastikan sama ada itu tangan manusia atau makhluk halus.Sungguh Misteri!

Pesanan:Sentiasa berpesan kepada anak-anak kunci pintu rumah.

Thursday, February 14, 2013

Pilihan puting botol susu untuk anak kecil

Inilah pilihan ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka dalam jagaan saya.

Yang ini untuk anak jagaan saya yang baru berusia 3 bulan.Memang saya lihat anak ni tak meragam bila diberi susu botol.Mungkin ada persamaan sedikit dengan bentuk puting ibu.



Yang ini pulak pilihan untuk anak jagaan saya yang baru berusia 11 bulan.Anak jagaan saya minum dengan lancar.

Selain itu anak-anak jagaan saya yang lain guna puting susu biasa.Alhamdulillah semua anak-anak jagaan saya mudah dijaga dan mak ayah diorang tak cerewet.

Pesanan:Anak saya yang ke 5 dan ke 6 susu badan sepenuhnya.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...