Sunday, May 08, 2011
Kek...kek...kek...
Saksikanlah....didalam kesibukan mengurus rumah tangga,masih ada lagi tempahan kek samada untuk orang lain atau untuk anak sendiri....nikmatilah....memang seronok tengok kek berwarna-warni ni...hmmm...yummmy....







Pesanan:Nikmatilah makanan dengan barang yang halal...Aminnnn..
Saturday, May 07, 2011
Comel anak-anak ini...

Assalammualaikum....hai bersua lagi.Sekarang ini masa itu emas.jika kita tidak pandai menggunakannya,maka sia-sialah hidup kita.
Okaylah,bila dapat je masuk blog ni,ada je satu topik baru nak kongsikan.Maklumlah saya sangat sibuk.Sebagai isteri dan ibu,memang tidak terkata sibuknya.Walaupun sekadar suri rumah tangga(srt),kerja tidak pernah selesai.Mungkin tidak sama dengan orang lain yang bekerja makan gaji atau bekerja sendiri.Hanya tidur pemisah kesibukan saya.
Saya suka melihat gelagat anak-anak yang semakin membesar.Ramai ibu-ibu di luar sana pasti seronok dapat melihat anak-anak membesar didepan mata sendiri.Walaupun begitu masih lagi ada insan yang bergelar 'ibu',tidak mahu membesarkan anak-anak sendiri,sebaliknya lebih banyak menyerahkan kepada orang lain.Cuba sekali sekala,lihat ke dalam mata anak-anak kecil ini,terserlah kejujuran dan keikhlasan menjadi anak-anak yang ingin di sayangi terpancar dari mata mereka.Saya sayangkan anak-anak saya.Memang mereka penghibur dikala suka dan duka.
Lihat sahaja gambar-gambar mereka:
Thursday, April 21, 2011
Jom singgah kedai pak Aziz Satar....
Hai,,,jumpa lagi...
Saya sangat sibuk kebelakangan ni..Memang tak sempat jenguk blog orang,blog sendiri apatah lagi.Lagipun bila saya dah leka dengan sesuatu,terlupa yang lain.
Saya ada cerita yang dah lama terperap kat draft post saya.Maklumlah bila bercuti baru-baru ni,saya hanya sempat upload gambar je.Ceritanya entah kemana..lupa dah kat mana.
Saya gemar makan satar yang dibeli suami di Kuala Kemaman ,Terengganu.Akhirnya saya sampai juga ke restoran pak Aziz ni.Memang satarnya tip-top...sangat sedap.Terasa ikannya.Mula-mula masuk dan duduk sahaja di kedainya,mereka terus hidangkan pulut,otak-otak dan satar.Kalau kita sambil-sambil tunggu order minuman kita makan dulu.Tapi nanti kena bayar tau.Tak rugi,memang sedap.
Kemudian yang menariknya,pinggan untuk makan nasi berlauk punyalah besar!Boleh makan 2 orang dewasa sebesar pinggan tu.Ada kot dalam 11 inci lebarnya.Tempat lain tak de tau.
Tentang satarnya yang sedap tu,awas!kalau nak suap kat anak-anak,pastikan cili api di dalamnya dibuang dahulu,mahu menjerit budak tu kang tergigit cili api.Kita ni memang sedaplah kalau pedas kan.
Okaylah,kalau ada masa carilah kedai pak Aziz ni...tanya je kat orang tempatan sana,Mesti diorang tahu,kat mana restorannya.Itu je lah cerita kali ni.
Pesanan:Ini restoran bukan Aziz Satar (pelakon) punya.Kebetulan namanya Aziz,dan pak Azizi jual satar,jadilah Aziz Satar.Menarikkan!
Monday, March 21, 2011
Si sulung dan si bongsu....
Ini ada satu cerita.Si sulung dan si bongsu.Betapa jauhnya jarak atau perbezaan umur mereka berdua.Bayangkan hanya mereka berdua sahaja bilangan adik beradik yang ada,maka jarak umur 12 tahun sangat panjang.Memang sangat jauh......
Nampak betapa kasihnya seorang abang terhadap adiknya.Mereka merasakan hanya mereka sahaja adik beradik yang ada.Maka tentunya kasih sayang tidak berbelah bagi.
Si adik hanya mengikut sahaja rentak si abang,manakala si abang seupaya mungkin memeluk erat adik kesayangannya.Tidak gembirakah kita melihat situasi ini.Jelas di riak muka mereka sangat mesra dan akrab.
Tetapi......
Itu hanyalah khayalan semata-mata.Kerana di antara mereka masih ada 4 orang adik beradik yang masih memerlukan kasih sayang sesama mereka.Jadi jangan sangka hanya si sulung dan si bongsu sahaja yang wujud.Si angah,si achik,si uda dan si adik masih ada lagi. Maka jangan nak berangan kamu berdua sahaja adik beradik yang wujud.Ngeh...ngeh...ngeh....
Nampak sangat umi dah tak de idea nak menulis...lagi sekali..ngeh..ngeh..ngeh...
Subscribe to:
Posts (Atom)