Friday, May 11, 2012

Hoki-Malaysia Akan Bertemu Pakistan

Akhirnya Malaysia layak ke perlawanan akhir dalam Perlawanan Hoki Piala Remaja Asia  ke 7.Memang agak mendebarkan bila melihat perlawanan sengit antara Malaysia dan India lebih lagi pada 35 minit masa pertama apabila masing-masing belum menjaringkan sebarang gol.

Apabila bermula dengan babak kedua,Malaysia mula membangkitkan semangat apabila telah menjaringkan gol ketika mendapat 'penalty corner'.Kemudian bila lihat masa ada 20 minit lagi,berdebar-debar tatkala India asyik menyerang di kawasan gol Malaysia.

Akibat kecekapan penjaga gol,banyak jaringan gol dari pemain India digagalkan.Syabas.Dengan jaringan gol 2-0,Malaysia akan bertemu Pakistan pada 13 Mei 2012 ni.Jangan lupa ye saksikan sama ada pergi ke stadium Melaka atau menerusi kaca tv anda.

Risau juga,sebab hoki ni memang makanan Pakistan.Dia score gol pun banyak.tak pernahnya sikit-sikit.Saya mengharapkan Korea yang mara akhir,tapi sangkaan saya meleset.Tapi ingat Malaysia kan boleh.Semangat aura dari peminat sukan hoki ni akan bertiup terus ke pemain Malaysia.

Sekarang saya tahu dah sikit-sikit tentang kad hijau dan kad kuning yang dilayangkan pada pemain jika melakukan kesalahan.He he he...kad hijau pemain rehat selama 2 minit.Kad kuning pemain rehat selama 5 minit.Kesalahan lain biasa berlaku ialah bola kena kaki pemain,menghalang pemain dengan kayu hoki,bola di pukul tinggi,secara merbahaya...apa lagi ek..itu je lah yang saya ingat.

Rentetan perlawanan hoki yang saya tonton sebelum ni ada saya letak di entry saya di sini dan di sini.

Pesanan:Kebetulan agaknya,hampir ketiga-tiga perlawanan hoki yang melibatkan Malaysia yang saya tonton ,semuanya menang.Menang sorak juga saya di rumah.



Wednesday, May 09, 2012

Hoki Remaja Asia Mara lagi

Kemenangan Malaysia bertemu Jepun pada 7 Mei lalu memastikan Malaysia layak ke saingan separuh akhir sebagai juara kumpulan A bagi perlawanan Hoki Piala Remaja Asia 2012. Aksi menarik pemain yang bertungkus lumus memastikan kemenangan membuatkan saya teruja menonton hingga akhir perlawanan.

Malaysia menang 3-1 dengan Jepun.Sebelum ni Malaysia sudah menundukkan Korea seperti yang saya laporkan di sini.

Senarai pemain hoki yang sempat saya snap dalam kaca tv.Sebab sebelum ni saya pun tak berapa kenal nama pemain hoki ni.Memang seronoklah lihat cara mainan yang pantas mereka ni.Tak terkejar dek mata saya bila bola masuk gol.


Hari ini dan esok masih ada lagi perlawanan hoki.Tapi saya tak pasti siapa lawan siapa.Kena tengok jadual mereka nanti.Untuk pengetahuan semua,perlawanan diadakan di Stadium MBMB Bukit Serindit,Melaka.Orang Melaka jomlah tengok game hoki!

Pesanan:Saya semakin berminat melihat perlawanan hoki ni,apabila setiap tontonan saya itu Malaysia menang.

Semangat mencuba masuk contest/giveaway..

Sejak awal tahun ni,rezeki saya murah sikit.Asal masuk je mana-mana contest /giveaway atau apa-apa yang suruh tinggalkan komen dan link untuk dapat hadiah,pasti saya cuba masuk,tapi yang senang je lah.Setakat ni memang bertuah.

Sebelum ni yang ini,kemudian yang ini dan juga yang ini

Ini contest/Mini Giveaway blogger Intan Berlian.Terima kasih IB.


 Yang terbaru yang ini:


Dan Alhamdulillah terpilih.

Dan entrynya akan datang.Saya perlu gunakan peluang keemasan ini untuk memperkenalkan blog saya di ruang tamu rumah orang terkenal En Eyriqazz.Saya perlu memerah otak saya untuk seketika...Nak tulis yang terbaik.he he he

Walaupun hanya tinggalkan komen dan link,saya rasa bertuah itu yang penting,kerana pemenang dipilih secara rawak.5 yang saya masuk 4 hadiah yang saya dapat.Tak kisahlah hadiah apapun.Terima kasih.

Pesanan:Sentiasa suka mencuba.Sebab rezeki ada di mana-mana.

Monday, May 07, 2012

Header Baru,Semangat Baru



Kepala Blog (blog header) saya sudah berubah untuk kali ke 3.Kali ini saya telah meminta bantuan daripada seorang blogger terkenal iaitu Mialiana.Kepada mereka yang biasa datang ke blog saya pasti perasan ianya sudah berubah.

Walaupun tidak pernah bertemu muka,namun sifat kepercayaan dan sifat persahabatan yang kuat di alam maya ini,menyebabkan saya memilih dia untuk membuat header saya itu.Walaupun ianya mudah,tetapi atas alasan saya tidak berapa mahir,maka saya meminta pertolongan Mia.

Nampak ceria sikit blog saya (atas pandangan peribadi saya),maka semangat untuk terus berblogging semakin tinggi.Mia kini menduduki rank#1 untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 setakat hari ini.Marilah sama-sama kita mengundi beliau.(promote sikit).he he he

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan gambar lama saya tahun 1996 sewaktu saya ke Jepun dulu sebagai header blog saya.Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk,sekadar melakar kenangan yang tidak mungkin saya lupakan sewaktu berada di negara matahari terbit itu.

Nanti ada juga hendak saya kongsikan pengalaman saya di negara orang ni,cuma belum masanya lagi.Satu perkara yang pasti hendak saya kongsikan,memang Negara Jepun BERSIH!

Terima kasih Mia!

Pesanan:Kadang-kadang blog ni seperti dalam rumah perlu diubah mengikut kesesuaian.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...