Saturday, December 04, 2010

Serupa Tapi Tak Sama


Senyum lebar kami

Ramai yang sering bertanya "adik beradik ke?". Kami hanya mampu tersenyum,lama jugak tersenyum tu. Lepas tu gelak-gelak bagi jawapan macam ni, "adik beradik tapi lain mak dengan ayah". Kekwat tak?

Mentang-mentang buat kek,perkataan kek tak boleh lekang dari penulisan ni. He he he... Tapi itulah jawapan yang terbaik mampu kami beri. Wanita itu adalah kakak ipar saya. Isteri kepada abang saya. Maaflah (kena minta maaf ke?) nampak gemuk sikit saya sekarang ni. Maklumlah cuti sekolah tak banyak kerja sangat,banyak makan. Hendak pula, asyik makan kek je. Eh! nampak kurus pula Kak Sham(tu lah namanya). Cemburu tau.Kami bertemu baru-baru ni di kenduri kahwin saudara sebelah ayah di Hulu Langat, Selangor. Lama tak jumpa tu sebab saya duduk Kuala Lipis, dia duduk Kuala Lumpur(KL-KL juga kan). Tapi taklah lama sangat. Saya selalu balik rumah mak kat KL,singgah juga kat rumah dia kalau sempat.

Tujuan saya beritahu ni bukan apa, bukan kah kita ada 7 orang di dunia ni yang serupa muka dengan kita,jadi saya dah jumpa seorang kat Malaysia ni. Yang 6 orang tu ada lah tu kat mana-mana. Kalau-kalau sesiapa jumpa bagitaulah kembar dia tengah syok berblogging.

Lagi satu fakta tentang kakak ipar saya ni,dia sebaya dengan saya,oleh kerana dia pangkat kakak ipar kena panggil kakaklah. Nampak sangat dia akan menjadi cepat tua daripada saya. Ha ha ha(gelak jahat)...Dan saya akan menjadi lebih muda daripada dia.Ha ha ha(gelak lagi).

Okaylah.Sakit perut asyik gelak je ni.

Pesanan: Anda semua carilah kembar anda sebelum terlewat.ha ha ha (gelak sakan ni).

Tat Buah Strawberi

Baru-baru ni suami saya berkonvoi motor besar ke Lumut,Perak. Balik dari sana lalu kat Cameron Highlands. Dia bawa balik strawberi. Besar-besar buahnya.

Saya dan anak-anak mulalah proses mencairkan coklat masakan. Kami cicah strawberi dengan coklat.Hmmm sedapnya.... Habis 2 bekas strawberi kami anak-beranak makan. Masa tu masih manis lagi.Sebab baru bawa balik. Biasanya strawberi dah lembik dan tak manis kalau dah lama sampai rumah.

Ada lagi satu bekas je tinggal. Saya pun nak buat satu lagi projek. Nak cubalah buat tat buah strawberi. Saya dah biasa buat tat telur dan tat keju bluberi. Lain sikit proses nak buat tat buah ni.


Ain sedang menikmati tat strawberi yang lazat....

Pastri Tat


Bahan-bahan:

250gm mentega
120gm gula kastor
1 biji telur A
450gm tepung gandum
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuatnya:

1.Pukul mentega,gula dan esen vanilla hingga kembang.
2.Masukkan telur,air dan putar hingga berkrim
3.Masukkan tepung dan kacau hingga menjadi doh.
4.Tekan dalam acuan tat dan bakar 15-20 minit.(tengokkan hingga garing jangan hangus)

p/s:panaskan ketuhar 180 darjah celcius selama 15 minit dahulu.



Bahan untuk krim:


100gm kastard segera

150ml air

100gm krim putar

Buah-buahan(hiasan atas)


Cara membuatnya:

1.Putar tepung kastad segera dengan air sejuk(dah masak) hingga pekat dan lembut.

2.Masukkan krim putar dan kacau sebati.

3.Paipkan atas kulit tat dan hias dengan buah.


tat yang sudah dibakar


paipkan krim



potong buah dan hias atasnya



dah siap...

Pesanan: Cuba sekali pasti nak lagi!

Friday, December 03, 2010

Apa Anak-anak Saya Buat Cuti Ni?

Ha, apa anak-anak saya buat sepanjang cuti sekolah Nov-Dis 2010. Dulu bolehlah suruh duduk rumah je. Main gamelah, main komputerlah,main kat luar rumahlah. Boleh tengok tv,goyang-goyang kaki.Amboi! Banyak cantik muka anak-anak umi ni.

Sekarang lain, sebaik je saya baca dalam suratkhabar tentang wujudnya kem-kem motivasi untuk budak-budak sekolah ni,teruja nak hantar mereka-mereka yang berkenaan. Lagipun anak-anak makin membesar. Yang sulung nak masuk menengah. Kena beri motivasi sikit. Jadi, Ajwad yang sulung saya hantar ke Kem Tahfiz dan Motivasi Insan Cemerlang. Lokasinya di Sungai Congkak, Hulu Langat,Selangor. Bermula 28 November-12 Disember. Ha! Duduklah 2 minggu kat sana.


Riak muka ajwad waktu mendaftar

Programnya sangat bagus. Ada ceramah, teknik menghafal Quran, muhasabah diri,adab dan hafal doa,Qiamulail,ujian dan macam-macam lagi. Amat berbaloi. Bayaran pun boleh tahan juga.

Yang kedua ada kelas tambahan 2 minggu di sekolahnya. Yang ketiga saya hantar ke kem solat seperti yang dianjurkan oleh abang saya. Yang keempat,duduk di rumah dengan saya jaga adik. Yang kelima duduk kat rumah Wa dengan maksunya. Yang keenam paling bongsu duduk dengan sayalah. Mana boleh tinggal jauh-jauh,nanti siapa nak menyusu diakan.

Jadi yang sebenarnya duduk dengan saya sepenuh masa hanya 2 orang anak sahaja. Hebatkan. Dari 6 orang tinggal 2 orang je.

Pesanan: Jangan bimbang jika ada ramai anak...lihat saya....he he he

Tempahan kek sebelum cuti sekolah bermula...

Sebelum cuti sekolah baru-baru ni, saya telah banyak menerima tempahan dari kalangan budak-budak sekolah dan bakal-bakal cikgu( budak maktab daa).

Bermacam-macam jenis kek yang telah diminta untuk dijadikan hadiah ataupun untuk jamuan.
Berikut adalah hasil kerja saya dengan bantuan seorang pembantu(Cikgu Niena lah):

TENGOK JER LAH.....

untuk budak-budak bercinta..he he he


Kek Hari Raya bagi kat mak ....


Hari jadi Cikgu sekolah anak-anak...



untuk orang bercinta lagi...he he he


ni kalau mat/minah bunga sesuailah ni...


ni budak-budak tabika punya...


ni untuk yang berjiwa pink.....

Pesanan: Seronok bila tengok hasil kerja sendiri..


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...