Showing posts with label pensil khat. Show all posts
Showing posts with label pensil khat. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Pensil Khat

Dulu sekolah rendah ada tak korang belajar tulisan jawi.Mestilah ada kan..

Tapi masa tu tulis tulisan jawi pakai pensil biasa je,takde lah pulak cikgu suruh beli macam-macam.Tapi sekarang ni,anak saya kata ustaz dia suruh beli pensil khat.Biasanya saya dengar pen khat.Jadi sebab pertama kali nak beli saya tak tahu.Mujur suami bertanya penjual di pasaraya tu.Ada lah stok,itupun tinggal satu je kata penjual tu.

Begini rupanya pensil khat tu.Harganya pun tak lah mahal.RM2.50 sahaja.Tapi kat plastik tu tulis pensil jawi.Betul dah tu kata anak saya.Kawan-kawannya semua dah ada.


Sebab tak pernah tengok,saya buka plastik tu saya belek-belek pensil tu.Oh.muncung dia leper lah.Mudah lah nak tulis tulisan khat kan.


Ubat pensil dia pun leper jugak,tak seperti ubat pensil picit-picit yang dulu saya pakai zaman sekolah dulu.


Teruja sangat nak tengok isi dalam,marah lak anak saya sebab saya buka dah plastik dia...hahaha nasiblah..
Bukan nak pakai pun plastik tu,nak pakai pensil dia je kan.

Pesanan:Lama dah tak guna pensil picit-picit tu,tapi saya nak guna untuk apa ye?

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...